Followers

Saturday, May 15, 2010

satu lagi pilihanraya kecil jika adun kerdau mati ?



Kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang masih dirawat di Institut Jantung Negara kini bertambah baik dan stabil.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Zaharuddin sudah boleh bercakap dan ceria serta tidak lagi menggunakan bantuan alat pernafasan.

Perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh seorang pegawai daerah yang melawat Zaharuddin semalam, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Festival Hari Guru 2010 di sini hari ini.

Adnan berkata sepanjang ketiadaan Zaharuddin, kawasan Kerdau di bawah seliaan Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said dan pegawai khas agamanya yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Katanya mereka akan memangku tugas Zaharuddin sehingga beliau pulih untuk kembali menjalankan tugas. — Bernama

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran