Followers

Thursday, May 6, 2010

1 KALI TAK CUKUP

Polis memanggil semula Azamuddin Omar, saksi utama dalam insiden remaja 15 tahun, Aminulrashid Amzah yang ditembak mati oleh polis awal pagi Isnin lalu, untuk memberi keterangan.


Beliau dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini mulai jam 4 petang ini.


Ini merupakan kali ketiga saksi utama insiden terasebut dipanggil memberi keterangan selepas dua kali dipanggil sebelum ini.


Beliau tiba di IPK kira-kira jam 5.20 petang bersama seorang rakannya, peguam N Surendran dan Latheefa Koya serta wakil PIBG Sekolah Menengah Seksyen 11 Shah Alam, Monalisa Mokhtar.


Bercakap kepada pemberita, Surendran memberitahu, saksi memberi keterangan kira-kira dua jam setengah kepada pihak polis.


Menurutnya, sekurang-kurangnya sembilan soalan sama seperti sebelum ini ditanya kepada Azamuddin.


Antaranya berhubung bila kali terakhir tembakan dilepaskan.


Menjawab soalan itu, saksi menurut Surendran memberitahu bahawa kali terakhir tembakan dilepaskan semasa kereta dipandu mangsa sedang bergerak dan diekori polis.


Kemudian menurutnya, Azamudin memberitahu, rakannya Aminulrasyid pengsan di atas ribanya sebelum kereta yang dipandu mangsa terbabas melanggar divider dan pokok.


Menceritakan seawal tembakan dilepaskan, Azamuddin menjelaskan ianya berlaku ketika kereta yang dipandu mangsa tiba di selekoh Jalan Tarian berdekatan stesen minyak Caltex.


Namun saksi dikatakan tidak pasti berapa das tembakan dilepaskan tetapi menganggarkan 5 hingga 15 das.


Menurut Surendran lagi, penjelasan dari Azamuddin itu bercanggah dengan kenyataan polis sebelum ini yang mendakwa tembakan dilepaskan selepas kereta terbabas dan melanggar pokok.


Beliau juga memberitahu, saksi menjelaskan kereta yang dipandu mangsa juga tidak berundur dan tiada tembakan selepas melanggar pokok.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran