Followers

Tuesday, April 12, 2011

Utusan Dituduh Gagal Bayar Bonus, Sembunyi Keuntungan



KUALA LUMPUR 12 : Sekumpulan pekerja Utusan Melayu hari ini memfailkan tuntutan bersabit pembayaran bonus terhadap mereka oleh syarikat akhbar milik Umno dan mendakwa syarikat berkenaan turut menyelewengkan butiran keuntungan mereka bagi mengelak memberi bonus sejak 2009.



Utusan didakwa memindahkan lebih RM30 juta kepada beberapa anak syarikatnya dan menyatakan kerugian dalam laporan tahunan syarikat dan laporan audit serta kewangan lembaga pengarah pada tahun yang sama.



Peguam mereka Ravindran Murugavell menyatakan tindakan ini ibarat memberi makan kepada anak angkat tetapi membiarkan anak sendiri kelaparan.



Tuntutan didengar oleh Pengerusi Mahkamah Industri Malaysia Susila Sithamparam di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur hari ini.



Keputusan dijangka dikeluarkan sebulan kemudian.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran