Followers

Wednesday, April 6, 2011

Media Arus Perdana Hilang Pedoman











Media arus perdana milik UMNO mengamalkan kewartawanan yang jijik dengan sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama Islam demi menfitnah Anwar Ibrahim untuk memenuhi agenda politik Umno.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini menyelar tindakan Utusan Malaysia dan Kosmo kawalan Umno yang menyiarkan gambar-gambar video lucah demi menfitnahkan Anwar.

Tindakan media berkenaan turut mencemarkamn nama baik bangsa Melayu dan Negara Islam di peringkat antarabangsa, kata Ahli Parlimen Baling, Taib Azamauddin.

“Kalau Kosmo surat khabar Melayu, kalau Utusan surat khabar Melayu, apakah hebat surat khabar Melayu untuk tanam saham jual maruah Melayu dan Islam.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff turut mengutuk keras Utusan Malaysia dan Kosmo kerana membelakangkan etika kewatawaan dalam keghairahan mengaibkan Anwar.

Saya mengutuk media hari ini terutama media Utusan, Kosmo yang letak gambar sebelah sebelah, ia ada agenda politik. Kita hormati kebebasan media tetapi bukan media kotor seperti ini, ” tegas beliau.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran