Followers

Friday, April 15, 2011

Tahu,Tak Boleh Umum kahkahkahkah........Siapa punya arahan ni






















Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sekali lagi tampil mendakwa polis telah memperolehi bukti yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang dikaitkan dalam video seks.






Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapa pelaku dalam video itu tetapi menggesa pihak media tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.



"Berdasarkan siasatan kita, kita percaya kita tahulah siapa di dalam video itu. Ini berdasarkan fakta-fakta yang ada pada pegawai penyiasat," kata Ismail pada sidang media hari ini.



Ditanya sama ada polis mengenal pasti wanita dalam video 21 minit itu, beliau berkata “polis telah bercakap dengan setiap orang yang terlibat dengan video seks".



Tan Sri Ismail turut enggan mendedahkan sekiranya polis sudah mengenalpasti sama ada video berkenaan dirakamkan di dalam atau di luar negara.



"Saya rasa yang penting ialah kesahihan video itu, maknanya ia bukanlah diadakan, superimpose. (Sama ada) buat di Malaysia ke (tidak), yang penting ialah kesahihan,"katanya.



Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa siasatan polis kini masih bertumpu di dalam negara. Siasatan dijangka diselesaikan minggu depan, kata beliau.



Dua minggu lalu, Ismail berkata pihaknya telah mengesahkan bahawa video itu adalah tulen namun, seperti hari ini, tidak menyatakan siapa pelakunya.



Tiga Datuk T yang menayangkan video itu kepada media terpilih dan pada 21 Mac lalu mendakwa pelaku berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Anwar menolak fitnah itu dan membuat laporan polis pada keesokan hari bagi membolehkan siasatan dilakukan.



Beliau juga mendedahkan dalang video itu sebagai bekas Ketua Menteri Melaka Tan sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan pemimpin Umno dari Kedah Shuib Lazim yang juga bekas bendahari Perkasa.



Ketiga-tiga mereka dilaporkan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bangunan Parlimen sebelum mengakui mereka mendalangi penayangan video itu.

Pimpinan Pakatan Rakyat menyifatkan video itu sebagai satu lagi fitnah Umno untuk menghakis sokongan terhadap Anwar dan melemahkan Pakatan Rakyat, khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran