Followers

Saturday, April 16, 2011

Takut Kalah Dan Di Dakwa Rakan Turun Membantu
















Kurang daripada 12 jam pilihan raya negeri Sarawak menyaksikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud semakin cemas untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian sehingga terpaksa menggunakan khidmat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meraih undi daripada rakyat.






Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Fariz Musa yang membantu kempen di kawasan tersebut, sambutan amat suram rakyat Balingian terhadap kepimpinan Taib telah memaksa Ketua Menteri itu menunggang populariti Dr Mahathir untuk menang.



"Berdasarkan kepada tumpuan masyarakat Balingian sejak kami mula berkempen, kami yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang baik untuk membuat kejutan pada hari mengundi esok. Semalam sahaja jumlah yang datang ke ceramah kami mencecah lebih 1,000 orang," kata Fariz.



Walaupun setiap ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh agen Barisan Nasional untuk mengganggu dan membuat provokasi namun rakyat tidak menghiraukan semua ugutan untuk mendengar penjelasan calon KEADILAN dan amanat pimpinan.

Portal The Malaysian Insider melaporkan Mahathir petang tadi memberi ucapan hambar di Padang Mesra Mukah dan turut memberitahu media, Taib "tahu apa yang patut dilakukan" apabila berhadapan dengan kritikan mengenai soal kepimpinan.

“Saya pernah berada dalam tekanan yang sama. Saya pasti beliau (Taib) tahu apa patut dilakukan,” kata Dr Mahathir apabila ditanya mengenai tekanan dialami Taib agar meletakkan jawatan.

Menurut Fariz, antara isu utama yang menjadi punca kemarahan pengundi kepada Taib ialah berkaitan tanah adat (NCR) dan pencemaran oleh kilang aluminium.



"Tanah adat mereka dirampas kerajaan negeri dan pencemaran kilang aluminium telah menyebabkan tanaman terjejas serta mencemar sungai yang menjadi punca rezeki masyarakat Iban di sini," jelasnya.



Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berdepan saingan tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak esok.



Pilihan raya bagi kerusi N51 Balingian menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Taib, calon KEADILAN, Suriati Abdullah, 50, dan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin, 67, yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran.

1 comment:

  1. Akhirnya yg.merampas Tanah, yg.menipu itu berjaya.

    Rakyat Sarawak memang suka begitu.,

    Kerana mereka bukan makan tanah.,tapi makan nasik .

    Dengar nya dapat duit RM10.,dapat nasik sebungkus.,dapat air sekotak sudah cukup mewah bagi mereka.

    Iban,Dayak,Kadazan etc.,masih pakai cawat aper!.,Malanau pula tinggal di bawah tempurung.,
    jadi cakap lah aper pon mereka x faham.

    Hasil 50 tahun Medeka.,

    TAHNIAH buat org.Sarawak.

    ReplyDelete

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran