Followers

Tuesday, April 5, 2011

Hasil Mahsul Sarawak Melebihi Selangor, Rakyatnya Tetap Miskin - Anwar


















Rakyat negeri Sarawak berhak untuk diberikan bekalan air percuma 20 meter padu, seperti mana yang dinikmati rakyat negeri Selangor.

Ini berikutan Sarawak mempunyai hasil mahsul bumi yang berlipat ganda daripada apa yang dimiliki Selangor.

Bahkan Selangor hampir tidak mempunyai khazanah kayu balak sepertimana Sarawak, yang sepatutnya dijadikan pemangkin kepada kemajuan dan pembangunan pesat negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sarawak mampu berdiri gah seiring dengan Selangor jika harta kekayaan negeri itu ditadbir urus oleh kerajaan negeri yang telus dan memihak kepada rakyat.

“Air percuma 20 meterpadu di Selangor, di Sarawak air percuma adalah air sungai dan air hujan. Kenapa Selangor boleh buat ? Selangor tiada balak ? Tapi sebab pemimpinnya berjiwa rakyat," kata Anwwar.

Tambahnya lagi, pelbagai kemudahan dan bantuan lain turut diberikan kepada rakyat seperti bantuan anak masuk universiti, tabung warisan anak Selangor, program mesra usia emas serta bantuan khairat kematian sebanyak RM2,500 seorang.

Anwar menyeru rakyat negeri ini agar berani menghantar mesej kepada kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Naji Razak bahawa mereka menolak kepimpinan korup parti UMNO BN dinegeri itu.

Tahun 2011 menyaksikan Pakatan Rakyat, genap 3 tahun mentadbir 4 buah negeri iaitu Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah.

Apa yang membanggakan, kesemua pengurusan di 4 buah negeri ini mendapat pengiktirafan audit negara berikutan pengurusan telus dan efisyen gagasan itu.

Dan senario itu tidak mustahil untuk berlaku di Sarawak jika rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir bumi Kenyalang itu.

Pemerintah UMNO BN selama lebih 50 tahun dinegeri itu menyaksikan kemunduran melampau dan paling menyedihkan negeri itu antara yang tercorot dalam hierarki kemiskinan dinegara ini.

Anwar turut membangkitkan isu tanah adat yang sewenang- wenangnya dirampas kerajaan negeri tatkala itu, UMNO BN.

“Kita tunjuk satu persatu di mana di kawasan Sri Aman, kawasan Serian, tanah rakyat diambil sewenang- wenangnya. Semua tanah milik Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud. Kita kena hentikan dan perlu berani buat perubahan," tegas Anwar.

Justeru Anwar menegaskan rakyat perlu menggunakan kuasa 'veto'nya dalam memilih kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian semasa siri lawatannya ke beberapa perkampungan masyarakat pribumi di Sarawak.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran