UMNO tidak dapat walau satu kerusi pun di Sarawak. Namun, mereka ke hulu ke hilir membuat sibuk. Harus diingat bahawa sehingga kini UMNO tidak diterima di Sarawak. Kehadiran pemimpin UMNO yang memakai topeng BN di Sarawak dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 (PRN Sarawak Ke-10) terasa amat janggal jika dibandingkan dengan PKR, DAP, dan PAS yang masing-masing meletakkan calon.
UMNO menjelajah segenap pelosok Sarawak sambil menabur janji dan menagih undi untuk PBB, SUPP, PRS, dan SPDS. Parti-parti tersebut telah begitu lama diberi peluang untuk memakmurkan rakyat Sarawak. Walau bagaimanapun, sehingga kini Sarawak ialah negeri kedua yang mempunyai penduduk kategori miskin tegar di Malaysia. Rakyat Sarawak miskin tetapi para pemimpinnya memiliki kekayaan yang melimpah-ruah. Sudah sembilan kali rakyat Sarawak dijanjikan dengan pelbagai perkara yang manis-manis belaka.
Namun, semuanya palsu. Jika tidak masakan Sarawak menjadi negeri termundur di Malaysia. Banyak wang telah diperuntukkan kepada rakyat Sarawak. Ke mana wang itu lesap jika rakyatnya masih di takuk lama? Sebahagian besarnya disapu oleh pemimpin. Rakyat hanya dapat kuah. Maka sudah sampailah masanya untuk rakyat Sarawak membuat perubahan. Peluang ini hanya datang sekali saja setiap lima tahun. Janganlah dipersia-siakan peluang itu. Tamatkan karier politik Taib Mahmud dan konco-konconya. Naikkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang telah terbukti menjadi pemerintah yang berkesan di Kelantan, Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang. PR di negeri-negeri itu mendapat pujian demi pujian daripada Ketua Audit Negara dan pelbagai badan lain yang berwibawa. Mengapa?
PR merakyatkan kekayaan negeri. PR berjimat cermat semasa berbelanja. PR meningkatkan pendapatan negeri. PR mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran. PR anti-rasuah dan penyelewengan. PR membantu rakyat yang memerlukan. PR tidak mengamalkan semangat perkauman. Berhentilah mempercayai BN yang rasuah. Berhentilah mempercayai BN yang mengamalkan kronisme. Berhentilah mempercayai BN yang menyelewengkan wang rakyat. Berhentilah mempercayai BN yang menyalahgunakan kuasa. Berhentilah mempercayai BN yang membazirkan wang rakyat.
Berhentilah mempercayai BN yang gila komisyen. Berhentilah mempercayai BN yang menabur fitnah. Berhentilah mempercayai BN yang hanya membantu rakyat ketika ada pilihan raya. Berhentilah mempercayai BN yang hanya tahu menjalankan projek mi segera setiap kali ada pilihan raya. Berhentilah mempercayai BN yang menggunakan semua kemudahan kerajaan untuk kepentingan diri. Berhentilah mempercayai BN yang hanya berani bertarung atas padang yang tidak sama rata setiap kali pilihan raya diadakan. Hentikan kebaculan mereka. Hentikan kesombongan mereka. Hentikan kezaliman mereka. Hentikan berat sebelah mereka. Hentikan mereka makan rasuah. Tegakkan keadilan demi rakyat. Suara rakyat suara keramat

No comments:
Post a Comment