Followers

Monday, April 25, 2011

Dah Jumpa Kenapa Polis Tak Tangkap Aje.....kan ke dah keluar waran tangkap?

Raja Petra Kamarudin dikunjungi polis di hotel, di Bangkok berhubung wawancaranya berkaitan akuan bersumpah yang mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibu dengan isteri perdana menteri.

Menurut penulis blog itu, isterinya dan peguam Haris Ibrahim turut menyertai sesi yang disifatkannya sebagai "lawatan sosial" dan "perbualan mesra" itu.

"Mereka tidak lagi perlukan saya pergi ke kedutaan Malaysia untuk kenyataan saya dirakamkan, mereka beritahu saya begitu. Ini hanya lawatan sosial. Mereka hanya mahu friendly chat (perbualan mesra)," katanya.

Menulis dalam Malaysia Today hari ini, Raja Petra mendedahkan, perbualan itu keseluruhannya berkaitan wawancaranya dengan TV3 di Australia.

"Ada sedikit 'ruang' tidak disentuh dalam wawancara itu, yang mana mereka perlu pertolongan saya untuk mengisinya.

"Harus difahami, penemuramah TV3 itu bukan pegawai polis, jadi dia tidak bertanya soalan yang polis sepatutnya tanya. Lagi pun, ia wawancara, bukan siasatan jenayah," tulisnya lagi.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran