Followers

Monday, September 13, 2010

Pajak gadai Ar Rahnu dapat sambutan bukan Islam

Ar Rahnu, pajak gadai berlandaskan syariah yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), kini mendapat sambutan menggalakkan termasuk daripada pelanggan bukan Islam.

Ketua Pengarah YAPEIM, Dr Abdul Malek Awang Kechil, berkata sambutan berkenaan telah membantu menghasilkan perkembangan pesat rangkaian Ar Rahnu, dengan mencatatkan RM5.8 bilion pembiayaan terkumpul melibatkan 4.56 juta transaksi.

Katanya sambutan pelanggan bukan Islam banyak dicatatkan di Perak dan Selangor.

Abdul Malek berkata caj agak rendah yang dikenakan berbanding sistem konvensional lain menyebabkan Ar Rahnu menjadi pilihan terutama kepada mereka yang tidak mampu.

Ar Rahnu kini mempunyai 190 cawangan seluruh negara termasuk 64 cawangan yang diurus terus oleh yayasan.

Abdul Malek juga berkata Kelab Sahabat Ar Rahnu YAPEIM (Kelab Masa) yang diwujudkan sebagai sumber saluran modal perniagaan kecil kini mempunyai 23,791 anggota.

“Kelab berkenaan diwujudkan sebagai saluran untuk membantu peniaga yang menjalankan perusahaan secara kecil-kecilan mendapatkan suntikan modal menerusi program mikro kredit Ar Rahnu,” katanya.

Kebanyakan peminjam telah menjalankan perniagaan dengan baik dan berjaya membuat pembayaran pinjaman dan YAPEIM menyasarkan keahlian akan meningkat kepada 100,000 orang, katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran