Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Dr Muhammad Nur Manuty berkata: “Tidak, saya tidak akan bertanding.”
“Saya sudah membuat keputusan, dan saudara menelefon dan tanya saya... sekarang saya memaklumkan saya tidak bertanding (jawatan timbalan presiden),” kata beliau ketika ditanya sama ada akan turut turun gelanggang ekoran keputusan Senator Dr Syed Husin Ali pagi semalam mengumumkan tidak akan mempertahankan kedudukannya kali ini.
Ketika ditanya mengenai asas mengapa memutuskan untuk tidak bertanding, Muhammad Nur, bekas ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) ini berkata, beliau tidak mahu ada perpecahan dalam parti ekoran pertandingan sengit.
“Saya tidak mahu melihat ada perpecahan kerana pertandingan,” kata beliau merujuk kepada arah aliran persaingan kali ini.
Muhammad Nur pernah bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan sulung parti tahun 2001 dengan mengetuai kumpulan pemimpin-pemimpin yang pernah berada berada dalam Abim.
Ketika itu pemilihan diadakan menggunakan sistem perwakilan.
Beliau tewas kepada ahli perniagaan Abdul Rahman Othman dengan perbezaan 44 undi.
Mustaffa Kamil Ayub seorang lagi pemimpin dari kumpulan Abim tewas dalam persaingan merebut jawatan naib ketua Angkatan Muda Keadilan kepada Saifuddin Nasution Ismail yang kini merupakan Setiausaha Agung PKR.
Selepas Syed Husin mengumumkan hasrat untuk tidak bertanding beberapa nama lain disebut-sebut akan turun gelanggang.
Naib Presiden Azmin Ali yang baru-baru ini menerima sokongan daripada 20 ahli Parlimen dan majoriti ADUN dari Selangor dan Negeri Sembilan akan bertanding ataupun sebaliknya.
Kerusi itu kemungkinan disaingi tiga lagi calon termasuk ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak turun gelanggang.
Selain Azmin dan Zaid, dua lagi pemimpin turut disebut-sebut iaitu Mustaffa Kamil yang juga Naib Presiden PKR dan Muhammad Nur sendiri.
Kesemua 218 cabang PKR akan mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing mula 17 September ini.
Cabang-cabang akan mengundi memilih pemimpin nasional mulai 29 Oktober hingga 21 November.
Kelmarin, kepimpinan PKR Kedah mahu kesemua cabang di negeri itu mencalonkan Anwar bertanding jawatan presiden pada pemilihan kali ini.
Bagi jawatan timbalan presiden PKR negeri itu akan membuat pengumuman dalam sehari dua ini khususnya selepas Syed Husin mengumumkan pendiriannya.
Minggu lalu Majlis Muafakat Kepemimpinan PKR Selangor mengesyorkan agar Anwar dan Wan Azizah bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden ataupun mengekalkan status quo semasa.
Ketika ditanya sama ada keputusan itu diambil dengan meneliti peluang dalam persaingan, Muhammad Nur memberitahu:
“Hasil perbincangan saya dengan kawan-kawan saya, ada yang berkata saya ada peluang untuk menang, dan juga yang berkata peluang menang sukar.”
Bagaimanapun beliau menafikan keputusan itu diambil selepas mengadakan perbincangan dengan pucuk kepimpinan.
“Tidak, ini adalah keputusan saya sendiri hasil perbincangan dengan rakan-rakan... dibuat selepas mengambil kira pandangan akar umbi,” katanya.
Masa Yong belajor dulu, ABIM gaduh besor dengan IRC. Lepas tu wujud JIM. Kat tempat keroje Yong ABIM sambung gaduh dengan JIM. Masa tu ABIM tengah sama2 duduk dalam tong taik ameNO. Syukur, ramei orang ABIM dah kuar dari tong taik tu bila DSAI kena tendang. Jadi Yong nak nasihat pada orang2 ABIM dalam PKR, elokle kome insaf. Berbaik2 le sesama Islam. Orang2 macam Yong tak join ABIM atau JIM, tapi akan sokong sesapa yang dilihat baik dan berbuat baik.
ReplyDelete