Followers

Monday, June 20, 2011

UMNO, BN tidak mahu pilihan raya adil dan bersih


Semua pemimpin Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menyokong Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai depan.

Suara sokongan daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah beberapa kali dijelaskan dalam perhimpunan dan ceramah sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata Jawatankuasa Pusat Eksekutif DAP juga telah menyatakan sokongan penuh kepada BERSIH 2.0 yang menuntut kerajaan untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih, adil dan telus.

“DAP akan menggerakkan ahli-ahli kami untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga memberi sokonga penuh kepada Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan atas keberanian dan kecekalan beliau menghadapi ugutan dan ancaman pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, kumpulan ultra Melayu Perkasa dan suara rasmi mereka Utusan Malaysia.

Ambiga sebelum ini menjelaskan BERSIH 2.0 adalah satu gerakan rakyat untuk pilihan raya yang bebas dan adil.

“Gabungan ini tidak diwakili oleh mana-mana parti politik, malah jawatankuasa pemandunya juga bebas dari penglibatan ahli politik,” katanya.

Menurutnya, BERSIH 2.0 juga menjemput semua parti-parti politik untuk bergabung kuasa dengan rakyat untuk bersama-sama menegakkan amalan demokrasi di negara ini.

Walau pun BERSIH 2.0 mengajak semua parti termasuk BN, ia telah ditolak oleh gabungan pemerintah pusat atas alasan perhimpunan itu akan mengganggu lalu lintas.

BN di bawah pemerintah Datuk Seri Najib Razak dengan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan juga bimbang perhimpunan itu akan menjejaskan kehadiran pelancong ke ibu kota.

Tuntutan BERSIH 2.0 adalah:

  • Bersihkan senarai undi
  • Reformasikan undi pos
  • Gunakan dakwat kekal
  • Akses media bebas dan adil
  • Masa berkempen minimum 21 hari
  • Kukuhkan institusi awam
  • Hentikan rasuah
  • Hentikan politik kotor

Tuntutan-tuntutan itu dibuat kerana kerajaan BN masih enggan membuat sebarang perubahan terhadap sistem dan proses pilihan raya negara yang tidak adil, tidak telus dan penuh dengan rasuah politik dan salah guna kuasa.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran