Followers

Saturday, June 25, 2011

Nazir Razak Terus Membisu

CIMB Group Holdings Bhd terus membisu tentang keputusannya untuk menarik diri daripada persaingan untuk bergabung dengan RHB Capital Bhd.

Ditanya sama ada ini disebabkan oleh harganya yang tinggi, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Nazir Razak, berkata: "Semuanya sudah terjawab. Saya rasa sudah jelas, jika anda baca kenyataan saya, semuanya jelas".

Penganalisis berkata perubahan keputusan ini bermula apabila Abu Dhabi Commercial Bank mula menjual 25 peratus kepentingannya kepada dana pelaburan berpangkalan di Abu Dhabi, Aabar Investments, pada harga yang agak tinggi.

Dana itu membayar RM10.80 sesaham bagi kepentingan itu semasa nilai patutnya dikatakan pada kira-kira RM10.50 sesaham, dan ini dikatakan telah merumitkan pengambilalihan RHB yang dicadangkan itu.

Mereka berkata harga terendah yang dipinta mungkin menjadi halangan dan menyebabkan CIMB dan Maybank menarik diri daripada rundingan-rundingan berkaitan. Nazir berkata langkah terbaik ialah menarik diri kerana ia tidak akan menghasilkan penggabungan yang boleh mewujudkan nilai.

"Ini adalah proses yang amat menyakitkan; rundingan penggabungan amat membimbangkan bagi pekerja mereka dan juga pekerja kami," katanya.

Lewat semalam, kedua-dua CIMB dan Maybank, membuat pengumuman tentang pembatalan rundingan masing-masing dengan RHBCap dibatalkan.

Menyentuh tentang masa pengumuman yang berlaku hampir serentak, beliau berkata: "Itu cuma kebetulan. Kami perlu mempercepat kenyataan kami kerana ada berita daripada Business Times Singapura," katanya kepada pemberita pada Hari Terbuka GLC di sini Jumaat.

Ditanya tentang keutamaan bank itu sekarang, beliau berkata: "Kami sentiasa menetapkan keutamaan kami untuk membina sebuah paltform Asia.

"Kami mempertimbang semua peluang... keutamaannya sentiasa luar negara," tegasnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran