Followers

Wednesday, February 16, 2011

Liwat II: Mahkamah sambung soal balas doktor HKL

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas terhadap ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Khairul Nizam Hassan.

Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu – Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam keterangannya pada Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

Seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng turut disoal balas Isnin lalu atas beberapa keterangan yang tidak konsisten – dalam kenyataan dan laporan perubatannya.

Mahkamah juga dijangka akan mendengar keterangan daripada seorang lagi saksi – ahli kimia Dr Seah Lay Hong – yang telah menjalankan ujian DNA ke atas bahan bukti kes berkenaan.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian beberapa wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland.

Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran