Followers

Wednesday, February 16, 2011

Keluarga fail semakan untuk lucutkan DPP

Keluarga Teoh Beng Hock akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes kematian pembantu politik itu berhubung penggunaan timbalan pendakwa raya daripada Pejabat Peguam Negara sebagai pegawainya.

NONEPeguam Gobind Deo Singh, yang mewakili keluarga mangsa berkata juga akan memohon kepada Mahkamah Tinggi agar mengketepikan keputusan suruhanjaya berkenaan bagi meneruskan inkuiri meskipun masih menunggu semakan di mahkamah lain.

Isnin lau, ketika suruhanjaya itu bersidang buat pertama kali sejak ditubuhkan, Gobind berhujah Pejabat Peguam Negara telah memfailkn semakan berhubung keputusan terbuka yang dibuat oleh koroner pada inkues kematian Teoh.

Katanya, pendakwa raya awam telah menuntut supaya bunuh diri dijadikan alasan inkues berkenaan dan perkara ini akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.

Gobind juga membantah pelantikan pendakwa raya kanan persekutuan, Amarjeet Singh dan DPP Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Kwan Li Sa, yang bertindak sebagai pegawai suruhanjaya berkenaan.

Menurut Gobind pegawai kerajaan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkin 'bias' atau condong kepada Pejabat Peguam Negara yang mahukan semakan keputusan terbuka inkues tersebut.

Namun, hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong, yang mengetuai suruhanjaya itu, tidak setuju dengan Gobind dan memutuskan sidang diteruskan.

"Walaupun ada permohonan untuk semakan kami berpandangan bahawa ini tidak akan menghalang tugas kami untuk meneruskan dengan inkuiri ini kerana belum ada keputusan yang dibuat.

"Kecuali Mahkamah Tinggi membuat keputusan, tugas kita tidak harus ditangguhkan. Kita akan membahas hal ini setelah Mahkamah Tinggi membuat keputusan, "katanya sebagai menjawap bantahan Gobind.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran