Followers

Sunday, February 13, 2011

Jangan Haraplah Umno Jaga Melayu?



Menulis artikel politik perkauman bukanlah genre kesukaan saya. Tapi hari ini saya tulis juga dengan harapan orang Melayu faham apa itu politik yang sebenarnya. Orang Melayu kena faham bahawa mereka tidak perlu bergantung dengan Umno dan mereka tidak boleh terus diperhambakan oleh Umno. Pemimpin Umno sering mainkan isu bahawa orang Me...layu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat jadi kerajaan. Model Kerajaan Pakatan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dijadikan modal bagi mereka menghasut rakyat.


Di Pulau Pinang Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri dari DAP (Pakatan), Sebelumnya adalah Koh Tsu Koon dari Gerakan (BN). Dari segi tampuk kepimpinan negeri mereka masih gagal untuk mainkan isu lemahnya kuasa Melayu. Tapi Umno nak main juga dengan alasan bahawa Adun-adun Melayu dalam Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang amat sedikit. Di Perak pula, ketika Pakatan jadi Kerajaan dengan 31 Kerusi dimana hanya ada 8 kerusi Melayu. BN yang menguasai 28 kerusi pula, dikuasai oleh 27 kerusi Melayu. Atas perbezaan komposisi yang begitu ketara, Umno memainkan isu perkauman. Walaupun Menteri Besar Pakatan adalah Melayu, Ir. Nizar Jamaluddin tetapi jelas Umno begitu tertekan dan cuba mengheret orang Melayu untuk merasai tekanan itu. Di Selangor, kuasa Majoriti dikuasai orang Melayu. Tetapi kekhuatiran kehilangan kuasa Melayu terus ditimbulkan kerana dalam BN sekarang kuasa bukan Melayu semakin hilang dan Umno jadi parti tunggal yang menguruskan BN dan kuasa Melayu nampak terlalu besar dalam BN.


Perkiraan mudah jika dianalisa memungkinkan Pakatan menguasai undi bukan Melayu sepenuhnya dan undi Melayu akan terbahagi dua kerana masih ada yang sayang pada Umno atas sentimen perkauman. Orang Melayu seharusnya berfikiran bijak. Jika semua bukan Melayu sudah sokong Pakatan untuk bentuk Kerajaan kenapa mereka masih mahu pertahankan Umno yang jelas tidak mampu bentuk kerajaan dengan BN. Umno tidak akan mampu bentuk Kerajaan bersendirian jika semua komponen utama BN tewas kepada Pakatan. Sebab itu jika Umno menang tapi Pakatan jadi Kerajaan, orang Melayu tetap rugi.


Oleh itu, satu-satunya cara untuk kekalkan kuasa orang Melayu adalah dengan mengundi Pakatan, khususnya yang majoriti kerusinya adalah milik Melayu. Orang Melayu kena undi PR. Jika orang bukan Melayu mampu terima PR terutama PAS, kenapa yang Melayu Islam tidak boleh. Dari segi perkongsian kuasa PKR, DAP dan PAS, Pakatan Rakyat mampu mengangkat imej Islam dan setrusnya imej rakyat.


Jika orang Melayu solid undi Pakatan secara auotmatiknya kuasa majoriti Melayu dalam BN akan berpindah kepada Pakatan. Ini akhirnya akan mengekalkan kuasa orang Melayu dimana Pakatan Rakyat adalah alternatif terbaik buat orang Melayu. Malah dengan itu mereka bukan sahaja mengekalkan kekuatan dan kuasa tetapi dapat membina kekuatan umat Islam itu sendiri sesuai dengan apa yang diperjuangankan iaitu Islam agama yang menyelamatkan Ummah.


jika hal ini berlaku dalam Pilihanraya Umum akan datang, Umno-BN akhirnya akan mati hujah kerana kuasa orang Melayu kekal tetapi hanya bertukar kepada Pakatan Rakyat. Undi bukan Melayu dari MCA, MIC, Gerakan dan PPP pula bertukar penuh kepada DAP dan PKR serta komponen lainnya. Sekaligus Umno dan BN boleh disemadikan dengan aman kerana mereka sudah tidak lagi diperlukan oleh rakyat kerana setiap kaum mempunyai parti dominannya sendiri dalam Pakatan sebagai mengantikan parti lama mereka yang sudah karam. Jadi untuk kekalkan kuasa Melayu, tiada cara lain. Undilah Pakatan Rakyat. Satu undi kepada Umno-BN akan membuatkan diri anda duduk dalam kumpulan minoriti dinegara ini!

1 comment:

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran