Genap setahun selepas kematian Teoh Beng Hock, ahli keluarga mendiang dan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat, hari ini memperingati pembantu politik dari DAP itu dengan memberi penghormatan kepadanya di tempat kejadian.
Mereka hadir ke pejabat lama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam bagi tujuan itu sambil membawa jambangan bunga dan peralatan sembahyang.
Bagaimanapun pihak pengurusan bangunan itu hanya membenarkan enam orang, termasuk bekas majikannya exco Selangor, Ean Yong Hian Wah naik ke tingkat 5 Plaza Masalam, tempat Teoh ditemui mati.
Bagaimanapun pihak pengurusan bangunan itu hanya membenarkan enam orang, termasuk bekas majikannya exco Selangor, Ean Yong Hian Wah naik ke tingkat 5 Plaza Masalam, tempat Teoh ditemui mati.
Antara lain yang hadir ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo, exco Selangor Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar, Datuk Dr Hasan Ali, Dr Halimah Ali, Ronnie Liu serta kira-kira 50 penyokong.
Selepas bersembahyang kira-kira 30 minit, Ean Yong dan anggota keluarga Teoh - ibu bapa, abang, kakak dan adik - turun dan menyertai kumpulan wakil rakyat tersebut yang berucap sambil mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.
D
Dalam air mata berlinangan, beliau terpaksa mengambil beberapa minit bagi berucap kerana terlalu sebak.
Lee Lan yang turut hadir hari ini berkata keluarga mereka bercadang berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika mereka tidak berpuas hati dengan inkues yang dijalankan.
"Beliau kata inkues akan mengambil masa dua minggu, paling lama dua bulan tetapi sekarang ini sudah setahun.”
"Beliau kata kita boleh berjumpa dengannya jika tidak berpuas hati. Kita minta surat jaminan tetapi ia tidak dihiraukan,” katanya.
M
"Tunggu dan lihat, apa jawapannya kepada kami,” katanya dengan linangan air mata.
"Beliau harap kebenaran dapat diberitahu," kata Adun Teratai Jenice Lee yang menterjemahkan ucapan Lee Lan ke bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment