Tidak pasti apakah terdapat sebarang kajian terkini mengenai KPI atau prestasi media arus perdana - samada akhbar atau stesen radio dan televisyen dilakukan oleh mana-mana badan profesional yang berintegriti.
Tapi yang nyata, bagi rakyat yang celik minda, media arus perdana telah gagal.
Bukti-bukti kegagalan ini ialah:
1. Gagal membuka minda rakyat untuk keluar daripada kepompong pandir, khususnya orang Melayu. Kita tidak boleh menyalahkan orang Melayu kita yang mudah lupa akan segala kebejatan, perbuatan khianat dan salahlaku serta salah urus pemimpin-pemimpin yang menelan berbilion ringgit duit rakyat melalui projek-projek mega yang gagal, tiris, bocor, melingkup, ‘bail out’ dan sebagainya, kerana kegagalan media arus perdana mendedahkan segala pekung berkenaan.
2. Gagal melaporkan berita-berita penting membabitkan kepentingan rakyat dengan telus dan tulus. Bagaimanakah kita nak menaruh harapan pada media yang sanggup menghilangkan gambar logo BN pada sekaki payung demi menjaga imej parti berkenaan, untuk mendedahkan ratusan kisah benar membabitkan pimpinan Umno-BN yang bukan mengutamakan rakyat , sebaliknya sekadar menjaga 'survival' Umno-BN?
3. Gagal memberi ruang dan peluang kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk berbicara, mendapat liputan yang adil, berkongsi ilmu serta berkomunikasi dengan rakyat.
Wajah dan berita mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat , Lim Guan Eng sebagai contoh, hanya akan menghiasi kaca TV, muka depan akhbar dan lain-lain jika ada peluang manipulasi untuk memburukkan wajah dan perwatakan mereka di mata rakyat.
4. Gagal mengutamakan maruah dan integriti profesion mereka, sebaliknya sekadar menjadi alat kerajaan Umno-BN semata-mata. Sebab itulah, seperti dalam isu terkini membabitkan keadaan teruk Felda pun, media arus perdana gagal mengenengahkan persoalan pokoknya iaitu kegagalan Umno-BN menjaga kepentingan Felda dengan amanah sehingga rizab tunai Felda menjadi mangsa.
Yang digembar-gemburkan media balaci ini ialah perkataan ‘bankrap’ yang digunapakai dalam akhbar Suara Keadilan bukannya perkara utama iaitu isi-isi penting misteri berbilion tunai yang terbang tanpa enjin, dari Felda. Sadis bukan?
5. Gagal menjadi media yang bermaruah dan dihormati rakyat. Ini boleh kita lihat daripada sambutan yang sungguh hangat terhadap akhbar-akhbar Pakatan rakyat seperti Suara Keadilan, Harakah dan Roket.
Justeru itulah, kita melihat pimpinan Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengambil tindakan drastik, ‘pathetic’ dan memalukan media arus perdana serta Umno dan BN sebagai ‘reinforcement’ pada kegagalan media arus perdana yang berada di bawah telunjuk mereka.
Begitu banyak media, ‘remote’ di tangan kerajaan Umno-BN, ternyata Suara Keadilan dan Harakah tetap menjuarai dan terkedepan sebagai media alternatif pilihan rakyat cerdik yang berintegriti dan bisa menggugat kebejatan BN.
Itulah sebabnya nak tak nak, Menteri KDN terpaksa mengeluarkan kuku besinya dan menekan Suara Keadilan serta Harakah melalui KDN dan alasan-alasan lawaknya.
Tindakan flip-flop KDN, ibarat menggantung tak bertali Suara Keadilan (dan mungkin Harakah juga?) sebenarnya satu tindakan pandir yang tidak menguntungkan pimpinan Najib. Di era globalisasi dan rakyat celik IT serta celik minda sudah muak dan menyampah dengan wujudnya terlalu banyak ‘cawangan Umno-BN’ di kalangan agensi kerajaan yang sepatutnya bebas.
KDN menambah loyakan lagi minda kita! Sepatah kata Nabil...adoooo...aiii...
Pakatan Rakyat diharap terus memanaskan isu pandir dan kepandiran KDN ini sehingga PRU-13.
No comments:
Post a Comment