Dalam pada UMNO yang mengalami gangguan mental mengenai Kerajaan Perpaduan (selepas ini disebut sebagai UG). Ada lagi sahibul samahah mufti yang tak faham faham. Meneruskan kerja UMNO. Pasal judi lambat juga fikirnya..Aih! pasal UG ini cepat pula ya. Ulama muda UMNO pun eloklah menyeru perkara yang sama dengan si sahibul samahah ini. Bersuara dengan suara UMNO,bertindak dengan tindakan UMNO. Jadi ahli UMNO mesti tahu apa yang sebenarnya UMNO mahukan. Jangan ada yang tak sehaluan.
"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini."
"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya."
"Namun kini umat Islam bukan sahaja berbeza pendapat malah berpecah belah yang akhirnya boleh membawa kepada kehancuran mereka."
Ada masa cakap pasal perpecahan bangsa, dalam masa yang sama pula cakap tentang agama. Untuk pengetahuan si sahibul samahah. Bukan PAS sahaja yang melayu. Bagaimana denga parti lain seperti PKR?DAP ada juga yang melayu..Kenapa tidak mahu melibatkan DSAI sama contohnya dalam UG?
Jika benar mahukan perpaduan berasaskan Islam maka ia haruslah melangkaui bangsa. Islam itu meliputi semua bukan untuk bangsa melayu sahaja. Melayu UMNO sayang kalimah Allah, tapi mempersendakan hukum Allah. Untuk Melayu??
"Contohnya, bangsa lain mengutamakan pendidikan tetapi kita (umat Islam) mengutamakan hiburan. Dalam pendidikan pula, kita lebih mengutamakan akademik daripada agama Islam."
Yang ini lagi mudah untuk difahami kata kata Si Sahibul Samahah. Saya akui benar kata katanya, namun kenapa disaat rakyat inginkan mufti bersuara untuk sesuatu isu tertentu.Kenapa diam? Contohnya Konsert Pitbull selama 12 jam,sahibul samahah boleh diam (orang MELAYU kata kalau diam tanda setuju,tak begitu pak mufti?)..Jangan cakap sahaja untuk umpan politik. SAYA PUN MELAYU!
"Agama diutamakan sebagai pelajaran dan bukan sebagai didikan. Kalau dari segi pelajaran agama, orang Yahudi dan Barat sebenarnya lebih pandai mengenai agama Islam daripada kita sendiri."
Sememangnya benar..individu yang memegang portfolio agama dan jadi mufti kerajaan seperti sahibul samahah juga diam bila APCO dilantik jadi penasihat kerajaan. Kerajaan rujuk barat/Yahudi (APCO) sebab barat/Yahudi (APCO) pandai agama? Maknanya disini Si Sahibul Samahah pun sama tak pandai mengenai Agama Islam. Sebab itu iyakan sahaja tindakan kerajaan walaupun ia sudah terang lagi bersuluh menyalahi Islam. Rupanya Si Sahibul ini juga berguru dengan Tok Guru APCO.. Lalu siapa yang mahu pakai cakap cakap Si Sahibul Samahah? Saya cadangkan elok Si Sahibul Samahah ini diam macam kebiasaannya. Teruslah tidur wahai Tan Sri Harussani Zakaria.
No comments:
Post a Comment