SHAH ALAM – Penyokong perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 disifatkan terlalu menyanjung pemimpin mereka sehingga menuruti segala tindak-tanduk dan suruhan sekalipun ingkar nasihat raja.
Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim (gambar) berkata, penganjur perhimpunan itu sanggup melakukan apa sahaja demi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Tindakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang tidak mengindahkan nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu ini secara tidak langsung mendidik rakyat supaya tidak menghormati kedaulatan institusi diraja.
“Saya percaya, perkara ini berlaku kerana konsep kepimpinan melalui tauladan, apa sahaja yang dibuat pemimpin mereka akan menjadi ikutan ahli serta penyokong tegar,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Beliau juga meminta pihak berkuasa menyiasat ke akar umbi terhadap penajaan dan penglibatan pihak luar dalam bentuk bantuan dana serta mengendalikan perhimpunan secara terancang itu.
“Buktinya terdapat transaksi kewangan dalam akaun Datuk S Ambiga, malah, himpunan Bersih diadakan serentak di merata tempat di negara lain seperti perhimpunan baju kuning di Bangkok, Thailand, Singapura, Korea, Hong Kong, Australia dan New Zealand,” katanya
sudahlah roslan... aku ingat lagi 1998 punya cerita ko bukan main lagi melaung2 reformasi... lepas tu ko tak dapat projek ko mula jadi yahudi mabuk... ko memang tak layak jadi insan... B*B* ok kottttt
ReplyDeletedalam demokrasi mana ada orang taksub, hari ini orang buat baik orang sokong esok bila buat jahat orang tendang itu ala demokrasi, bukan tutup bukti atau tanam bukti. Serupa la di England tu , Orang putih racis nanti tungggu masa tumbang juga.
ReplyDelete