Penggunaan sistem biometrik dalam pilihanraya, terutama bagi proses pengesahan pegundi, bukanlah satu langkah yang baik, tepat dan selamat, malah merupakan usaha yang sia-sia dan membazir. |
Followers
Monday, July 25, 2011
Biometrik: Bukan langkah selamat malah sia-sia
Tuesday, July 19, 2011
Kedah Tidak Pernah Tarik Balik Larangan Tutup Pusat Hiburan - Sanusi
Kerajaan Negeri Kedah dilihat cuba berdolak dalik dalam isu penarikan semula larangan menutup pusat hiburan di negeri itu sepanjang Ramadan nanti.
Selepas penarikan semula arahan berkenaan, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyalahkan media mensensasikan isu berkenaan.
Beliau menegaskan polemik yang berlaku dalam isu berkenaan hanyalah salah faham ekoran laporan media yang tidak jelas.
Sanusi berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah bersetuju supaya operasi pusat hiburan di negeri itu dibenarkan beroperasi pada Ramadan namun ia hanya terhad kepada masyarakat bukan Islam sahaja.
“Ini kerana itu hak mereka dan kerajaan negeri juga harus memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan akidah sepanjang bulan Ramadan.
“Enakmen yang sudah diwartakan harus dikuatkuasakan untuk kepentingan semua pihak. Ini tanggungjawab sebuah kerajaan,” katanya dalam laman blognya pada Selasa.
Jelasnya, penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 telah diserahkan kepada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Perlesenan Daerah berdasarkan peraturan dan cadangan yang dikemukakan itu.
Tegas Sanusi, keputusan kerajaan negeri juga tidak mempunyai kaitan dengan gesaan yang dibuat oleh DAP sebelum ini.
“Selesailah isu sensasi yang sengaja dipanaskan tanpa diketahui puncanya. Tidak timbul sama sekali pembatalan atau tarik balik kerana takutkan DAP,” katanya.
Rabu lalu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 dilaksanakan sepenuhnya pada Ramadan tahun ini. Menurutnya, enakmen tersebut bukannya satu dasar baru sebaliknya ia telah digubal sejak tahun 1997 ketika era pemerintahan Barisan Nasional di negeri itu.
Pengumuman itu bagaimanapun mendapat bantahan daripada rakan sekutunya DAP selain MCA dan Gerakan.
Perkara itu memaksa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media Ahad lepas menjelaskan bahawa kerajaan negeri telah menarik semula larangan berkenaan dan larangan tersebut hanya terhad kepada orang Islam sahaja.
Monday, July 18, 2011
BAGAIMANA DOA DAPAT MEMPERCEPAT KESEMBUHAN PESAKIT
Sunday, July 17, 2011
Larangan hiburan hanya untuk orang Islam sahaja............Orang Melayu Silakan

Wednesday, July 13, 2011
Bersih 2.0: K'jaan langgar Perkara 10 Perlembagaan
Lapan peguam PAS dari Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, di sini, petang semalam berhubung tindakan kekerasan pihak polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Mereka yang diketuai Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi membuat laporan itu sekitar jam 5.30 petang sejurus selepas penyerahan memorandum berhubung perkara yang sama kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Menurut Ahmad Zamri, laporan yang dibuat oleh Juham itu antara lain menyentuh tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akibat melanggar undang-undang.
Perlanggaran yang dilakukan itu, pertamanya, berhubung Perkara 5 (3,) Kebebasan Diri, Perlembagaan Persekutuan yang ternyata tidak dipatuhi oleh KDN dan PDRM.
Katanya, pada hal dalam peruntukan itu telah dijelaskan, jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.
"Selain itu, kerajaan menerusi KDN dan PDRM telah melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Berpersatuan.
"Ini tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) bahawa tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
"Di samping itu, kerajaan melalui KDN dan PDRM juga telah bertindak menyalahi Seksyen 28(A) Kanun Acara Jenayah," katanya ketika ditemui di sini.
Namun, tegasnya, dalam Perhimpunan Aman Bersih 2.0, kerajaan melalui KDN dan PDRM telah bertindak menggunakan kekerasan yang tidak munasabah dalam menyuraikan perhimpunan.
"Beberapa lokasi Perhimpunan Aman Bersih 2.0 telah dikepung pihak berkuasa PDRM yang berkelengkapan penuh seperti perisai, trak meriam air (water cannon), senapang gas pemedih mata, belantan dan gari elastik plastik," katanya.
Pihak PDRM, menurutnya, telah mengepung para peserta di hadapan Menara Maybank dan melepaskan tembakan gas pemedih mata tanpa sebarang amaran bersurai.
Katanya, para peserta yang mulanya dalam keadaan aman telah bertempiaran menyelamatkan diri daripada gas pemedih mata.
"Mereka kemudian dikejar pihak PDRM dengan trak-trak meriam air (water canon) sehingga ke Jalan Pudu berhampiran Plaza Rakyat dan Hospital Tung Sin.
"Di sini pihak PDRM telah melepaskan gas-gas pemedih mata sehingga ke dalam Hospital Tung Sin dan juga menembak air asid ke arah para peserta," katanya.
Ada peserta yang telah ditahan, jelasnya, telah diperlakukan dengan ganas. Terdapat peserta yang ditendang dan dipukul.
"Mereka juga telah diikat menggunakan sejenis gari elastik sehingga menyebabkan kecederaan pada pergelangan tangan.
"Mereka telah disumbat berasak-asak ke dalam trak-trak PDRM yang telah tersedia untuk mengangkut mereka ke lokasi-lokasi tahanan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).
"Terdapat mangsa-mangsa tangkapan yang pengsan di dalam trak polis. Ada juga mangsa tangkapan dibiarkan di dalam trak selama dua (2) jam di lokasi tahanan di lokap Jinjang," ujarnya.
Di KL Sentral, tegasnya, laporan yang diterima oleh Bilik Gerakan Juham pada hari itu mendapati pihak berkuasa PDRM melalui Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah mengepung Kompleks Terminal KL Sentral.
"Orang awam ditahan tanpa sebarang alasan dan budibicara. Mangsa-mangsa tangkapan telah disumbat ke dalam trak-trak yang sudah bersedia mengangkut mereka ke pusat tahanan.
"Ini jelas menunjukkan bahawa pihak berkuasa PDRM telah mempunyai niat dan persediaan untuk menangkap sesiapa sahaja yang berada di kawasan tersebut tanpa alasan yang munasabah dan wajar," katanya.
KL Sentral yang merupakan tempat tertutup dan hub pengangkutan awam juga, tegas beliau, telah dilemparkan, ditembak, dilepaskan gas pemedih mata.
"Keadaan kompleks yang tertutup jelas mengakibatkan ramai orang awam di dalam kompleks tersebut mengalami kesulitan dan kecederaan fizikal.
"Tembakan gas pemedih mata dihalakan terus ke arah orang-orang awam sehingga menyebabkan kecederaan. Ini jelas bertentangan dengan peraturan penyuraian perhimpunan dan peraturan penggunaan gas pemedih mata," tegasnya.
Di samping itu, jelas beliau, laporan itu juga turut menyentuh penafian akses peguam.
Tangkapan-tangkapan yang dibuat, katanya, telah ditahan di beberapa lokasi tahanan seperti di Pulapol Jalan Semarak, Lokap Berpusat Jinjang, Ibu Pejabat Gerakam Am (PGA) dan Lokap Polis Bukit Jalil.
"Mangsa-mangsa tangkapan tidak pernah pada bila-bila masa dimaklumkan ke mana mereka akan dibawa. Pasukan peguam PAS telah bersedia di lokasi-lokasi tersebut untuk mengakses kepada tangkapan-tangkapan yang memberikan maklumat tangkapan tetapi telah dinafikan hak tersebut oleh PDRM.
"Tindakan ini jelas bertentangan dengan Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan dan juga Seksyen 28A Kanun Acara Jenayah," tegas beliau.
Tuesday, July 12, 2011
Penyokong Bersih taksub: Ruslan

a-samad-said-ajak-golongan-muda-ubah-negara
Monday, July 11, 2011
Peserta Bersih berhak dikalungkan wira negara
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, peserta himpunan aman Bersih 2.0 semalam berhak dikalungkan wira negara.
“Saya mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat ingin merakamkan ucapan syabas yang tidak terhingga kepada seluruh peserta Bersih yang hadir di Kuala Lumpur pada hari semalam,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, mereka berhak untuk dikalungkan sebagai wira negara kerana sanggup menghadirkan diri ke himpunan tersebut walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan dan rintangan.
“Kepada mereka yang bersabar dan ikhlas kepada Allah SWT terhadap segala rintangan yang dihadapi, ganjaran pahala anda Insya Allah akan tersimpan rapi di sisi Allah SWT. Segalanya pasti akan terbalas di hari akhirat kelak,” ujarnya.
Dewan Ulamak PAS Pusat juga, tegasnya yakin bahawa seluruh pendukung PAS dan Bersih tidak akan serik sama sekali untuk meneruskan perjuangan yang mulia itu.
Menurutnya, mereka pasti akan terus dahagakan ganjaran dan keredhaan Allah SWT.
Beliau juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang telah dikebumikan pagi tadi.
“Dewan Ulamak PAS senantiasa mendoakan agar Allahyarham Baharudin dihimpun dan ditempatkan dengan golongan para syuhada’.
“Kepada keluarga Allahyarham, kami ingin memberitahu bahawa Allah SWT pasti akan menganugerahkan ganjaran yang besar kepada hamba-Nya yang beriman apatah lagi telah membuktikannya melalui perbuatan, perkataan dan pendirian,” ujarnya.
Friday, July 8, 2011
A Samad Said: Peludah Warna
A Samad Said
Wednesday, July 6, 2011
Apa penduduk dapat Najib ke Jengka esok
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar) dalam satu kenyataannya hari ini. Pertukaran nama itu, kata beliau hanyalah sebagai satu perisytiharan bagi membina reputasi dirinya di sebalik kejayaan bekas Perdana Menteri dan arwah ayahnya Tun Abdul Razak kerana hakikatnya nasib penduduk di Bandar Jengka sememangnya jauh ketinggalan dengan apa yang cuba dipamerkan kepada Najib. “Kini, di serata tempat daripada jalan masuk ke Bandar Jengka, terpampang gambar Allahyarham Tun Abdul Razak bagi mengembalikan nostalgia tersebut. Sempena kunjungan PM kali ini, Bandar Jengka dihiasi dengan pelbagai daya tarikan dengan tersergamnya khemah, jalan-jalan diturap, longkang dibersihkan dan pelbagai gambaran seolah-olah ia sebagai sebuah bandar serba canggih dan menarik. Beginilah pembohongan dan gambaran palsu yang sering dihidangkan kepada pemimpin-pemimpin setiap kali mereka berkunjung atau mengadakan lawatan rasmi,” kata Tuan Ibrahim. Muslihat melawat Lawatan Najib ke Bandar Jengka esok, Tuan Ibrahim berpendapat lebih menjurus kepada keadaan terdesak bagi menarik dan mengekalkan sokongan peneroka kepada kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). “Lawatan ini dilakukan di saat Felda berhadapan dengan pelbagai saman daripada para peneroka yang tidak berpuas hati terhadap pengurusan yang tidak telus, menekan dan menipu mereka sekian lama,” kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat. Isu utama di Jengka Menurut Tuan Ibrahim, pelbagai isu utama yang masih belum selesai seringkali menghantui penduduk, sebagai contoh, isu utama ketiadaan bekalan air bersih bagi penduduk Bandar Jengka masih belum selesai. Beliau memberikan contoh kawasan Matau yang terletak di Bandar Jengka di mana tempat ini merupakan pengasas kepada pembentukan Bandar Jengka, sehingga kini masih tidak mempunyai bekalan air bersih. “Penduduknya masih menggunakan air telaga sebagai kegunaan seharian mereka. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi di saat negara diwar-warkan akan mencapai status negara maju menjelang 2020,” bidas beliau. Nasib penduduk Matau Matau sebagai sebuah penempatan utama dan asas kepada Bandar Jengka kini masih terbiar sebagai kawasan setinggan, dedah Tuan Ibrahim, sambil berkata bahawa sehingga kini penduduk di situ masih mengharapkan agar mereka diberikan geran kekal. “Mereka sememangnya layak untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut, memandangkan merekalah generasi awal yang meneroka kawasan itu. Kini setelah Bandar Jengka membangun, nasib mereka masih belum berubah. Hampir setiap tahun, mereka mendapat surat arahan pindah, ugutan rumah mereka akan dirobohkan, dan di atas alasan itu jugalah mereka tidak diberi kemudahan bekalan air bersih hingga kini,” terang beliau dengan kesal. Keadaan di Bandar Jengka dan janji Walaupun Jengka merupakan kawasan Felda yang paling luas di Malaysia, namun kata Tuan Ibrahim kawasan tersebut masih dibelenggu dengan terlalu banyak kemudahan asas yang belum disempurnakan. Isu air bersih menjadi isu utama hampir di semua kawasan Felda bahkan Bandar Jengka seringkali berlaku gangguan bekalan air walaupun setiap kali kunjungan para pemimpin ke kawasan Jengka, mereka mengisytiharkan peruntukan bagi mengatasi masalah bekalan air, tambah beliau. Terakhir, kata Tuan Ibrahim, ialah semasa kempen pilihan raya di Kerdau di mana beliau ialah Pengarah Pilihanraya untuk PAS ketika itu di mana PM telah mengisytiharkan peruntukan sejumlah RM10 juta bagi mengatasi masalah bekalan air. Sebelum itu, sewaktu kunjungan PM menghadiri program korban Perdana beberapa tahun lalu di sini, isu bekalan air turut disentuh, tambah beliau. “Namun janji hanya tinggal janji, sekadar pemanis bicara. Kini kunjungan beliau pada 7 Julai ini (esok), rakyat akan sekali lagi akan mendengar pelbagai perisyhtiharan projek untuk memancing undi rakyat, namun selepas program beliau selesai, segalanya akan kekal sebagaimana sebelumnya,” beliau memberikan ingatan. Harapan penduduk Bandar Jengka Selain itu, Tuan Ibrahim juga menyampaikan mesej kepada PM bahawa penduduk Jengka mengharapkan agar jalan utama yang menghubungkan Bandar Jengka dengan Kampung Awah serta jalan utama dari Jambatan Kuala Krau ke Bandar Jengka dilebarkan. “Jengka yang didiami oleh ratusan ribu penduduk, kebanyakannya menggunakan motorsikal sebagai kenderaan utama mengharapkan kunjungan PM kali ini memberi harapan baru kepada masalah yang mereka hadapi,” kata beliau yang juga bekas Adun Jengka. |
BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka


Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.
Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif.
Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.
Bekas presiden Majlis Peguam juga mahu sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.
Mazlan Aliman ditahan di Miri
Turut bersama beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman, Naib Pengerusi Anak, Aris Fezul Ismail dan Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail. Ketika dihubungi sebantar tadi, Nasaie meberitahu pihak Imigresen memaklumkan Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat ditahan atas arahan Ketua Menteri yang menyekatnya memasuki Sarawak. (Gambar: Mazlan menunjukkan surat sekatan beliau memasuki Sarawak.) Mazlan masih berunding dengan pihak Imigresen berikutan tindakan itu sama ada berlepas ke Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu semula. Mazlan dalam rangka lawatan memberi penjelasan berhubing isu tanah di Sarawak bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Nasaie yang mengiringi Tuan Guru Abdul Hadi bagi menjayakan beberapa program yang telah diatur di Sabah dan Sarawak berkata, beliau kebetulan bersama Mazlan sewaktu ditahan. Katanya, Tuan Guru Abdul Hadi tidak terbabit dengan sekatan itu dan terus dibawa dengan kenderaan yang menunggu di Lapangan Terbang Miri bagi menjayakan beberapa majlis yang telah disusun. Bagaimanapun, kenderaan yang membawa beliau diekori pihak tertentu dipercayai polis. Nasaie menyifatkan sekatan Mazlan yang juga Pengerusi Anak daripada memasuki Sarawak melambangkan ketakutan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di atas penyelewengan tanah yang dilakukannya. "Dia (Taib) sedang di ambang kejatuhan," katanya. |
Tuesday, July 5, 2011
Sah! SPR alat UMNO, BN
Tidak mengejutkan jika pemimpin-pemimpin Barisan Nasional cuba membohongi rakyat dengan mendakwa Bersih 2.0 adalah alat Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan.
Tetapi amat mengejutkan apabila dakwaan seperti itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang kini dengan jelas mendedahkan bahawa SPR bukan sebuah badan yang bebas.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata kenyataan Wan Ahmad telah mendedahkan tembelang SPR yang tidak bebas, tidak adil dan tidak berwibawa serta melanggar peranannya yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, tembelang Wan Ahmad dan SPR kini menjadi bukti jelas melalui kecaman terhadap Bersih 2.0 dalam forum “Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR?” anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO di sini semalam.
Laporan media memetika Wan Ahmad sebagai Pakatan Rakyat mula risau dengan kebangkitan BN yang telah menang dalam beberapa pilihan raya kecil tahun lalu, dan dengan itu Pakatan akan menggunakan apa sahaja cara untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Wan Ahmad juga dipetik sebagai berkata: “BN sudah mula menang… (saya rasa) mereka sudah mula risau, trend (kemenangan dalam pilihan raya) sudah berubah (memihak kepada BN).”
Sikap berat sebelah SPR yang dilihat menyokong UMNO dan BN telah menyebabkan Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Sreenavasan perlu meneruskan dengan usaha mengadakan perhimpunan secara aman bagi menuntut pilihan raya bebas, adil dan bersih pada 9 Julai ini.
Menurut Kit Siang, jika SPR benar-benar bebas, semua pesuruhjaya SPR perlu mengadakan mesyuarat tergempar untuk mendesak Wan Ahmad meletak jawatan kerana telah berpihak kepada UMNO dan BN.
“Jika ini tidak dilakukan, kenyataan Wan Ahmad hanya mengesahkan apa yang memnag terbuku dalam fikiran rakyat – SPR hanyalah alat BN, menjadi orang suruhan BN dan bukannya melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan bagi mengadakan pilihan raya yang bebas, adil dan bersih,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata kenyataan Wan Ahmad yang tidak bertanggungjawab itu menunjukkan watak sebenar beliau yang selama ini menjadi alat kepada UMNO dan sistem politik negara yang rosak.
“Kenyataan sebegini tidak mengambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas,” katanya.
Beliau mahu Wan Ahmad menarik balik kenyataan beliau atau meletakkan jawatan serta merta kerana telah menjejaskan kredibiliti SPR.
“Saya juga mencabar beliau supaya masuk dalam gelanggang politik UMNO dan menyertai pilihan raya umum ke-13,” tambah beliau. – Roketkini.com
Agong titah kerajaan supaya runding dengan Bersih
Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan supaya kerajaan pusat Barisan Nasional mengadakan rundingan dengan penganjur Bersih 2.0 bagi menyelesaikan isu perhimpunan aman menuntut pilihan raya bebas, adil dan bersih.
Seri Paduka mahu kedua-dua pihak berunding secara bertamadun bagi menyelesaikan masalah, dan tidak mengikut perasaan kerana boleh berlaku “yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran”.
“Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat,” titah Seri Paduka.
Yang di-Pertuan Agong menyeru kerajaan BN agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.
“Yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri atau pun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walau pun niat asalnya baik,” titah Agong.
Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini telah mendapat reaksi buruk dari kerajaan BN di mana polis telah menangkap lebih 100 orang kerana memakai baju-T kuning serta menahan sesiapa sahaja yang memiliki risalah menuntut pilihan raya bebas, adil dan bersih.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini mengalu-alukan titah Seri Paduka yang bimbang dengan “kegilaan” kerajaan BN terhadap rakyat prihatin yang setia dan patriotik kepada negara yang hanya mahu kepada pilihan raya bersih.
Sebagai langkah pertama untuk mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, beliau mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya bertemu dengan penganjur Bersih 2.0 untuk membincangkan kepincangan dan kelemahan sistem dan amalan pilihan raya di Malaysia.
Katanya, langkah kedua yang perlu dilakukan oleh kerajaan BN ialah untuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menarik balik pengharaman Bersih dan membebaskan semua yang ditahan termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar.
Sementara itu, walau pun Agong sudah bertitah, lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, masih mendesak kerajaan BN supaya menangkap semua yang terlibat dengan penganjuran Bersih 2.0.
Dalam satu rencana hari ini, Utusan mendakwa:
“…penganjur dan penyokong Bersih…juga tidak peduli sama ada ia akan memberi kesan buruk kepada orang ramai atau tidak, apa yang penting bagi mereka ialah berarak di jalan raya kononnya bagi menuntut sebuah pilihan yang bersih dan adil.
“Atas sebab itulah, langkah polis menutup pintu rundingan dengan kelompok berkenaan amat tepat. Masa untuk berlembut sudah berakhir, tiada lagi pujukan, rayuan mahu pun perbincangan tetapi sekarang adalah masa untuk bertindak. Ini memandangkan demonstrasi pada tarikh tersebut mempunyai seribu satu kesan buruk kepada negara.”
Utusan terus mendesak supaya pihak berkuasa supaya tidak berunding dengan penganjur Bersih 2.0 walau pun telah dititahkan oleh Seri Paduka untuk berbuat demikian. – Roketkini.com
Diterima mengadap Agung bukti Bersih bukan haram
Sebelum ini, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussien melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengumumkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.
Yang Dipertuan Agung hari ini menerima mengadap tiga pemimpim Bersih 2.0 iaitu Pengerusinya, S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin
Ekoran pertemuan itu, kata sepakat dicapai perhimpunan Bersih akan diteruskan dan menerima pandangan Perdana Menteri, ia akan diadakan di stadium.
"Perkenan YDP Agong tersebut dijunjung kasih kerana bertujuan mendaulatkan sistem demokrasi yang selama ini tempang tanpa dilihat kukuh secara konkritnya," kata naib ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss.
Rakyat pertegaskan Rukun Negara yang selama ini dipegang akhirnya menatijahkan satu pendekatan yang selama ini tidak timbul dan YDP Agong akhirnya memecahkan tradisi akan kemelut yang telah lama melanda, kata beliau.
"Kami yakin titah yang telah dipertegaskan oleh YDP Agong tidak meletakkan mana-mana pihak betul dan secara lembutnya memberikan nasihat daripada Raja yang memerintah kepada rakyat di bawah naungannya," katanya.
Dalam keadaan itu, Pemuda PAS mendesak agar PDRM terutamanya yang jelas melanggari undang-undang dengan menjadikan Akta 47 sebagai BERSIH adalah pertubuhan haram terjawab di atas perkenan YDP Agong menerima majlis mengadap BERSIH 2.0 hari ini.
"Kami meminta agar seluruh rakyat yang ditahan oleh pihak Polis dibebaskan dengan serta-merta berikutan sambitan dengan Bersih 2.0 ini. Sesungguhnya titah YDP Agong seharusnya dihormati oleh semua pihak terutama Polis yang jelas melanggari hak asasi manusia," tambahnya;harakahdijly