Followers

Wednesday, May 11, 2011

Memo Editor Bukan Islam tidak mungkin jadi PM


Bukan Islam tidak mungkin dapat menjadi Perdana Menteri di negara ini walaupun Pakatan Rakyat (PR) berjaya menumbangkan kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, meskipun tiada halangan dari segi Perlembagaan, komposisi kerusi Dewan Rakyat tidak memungkinkan bukan Islam dilantik ke jawatan itu.

“Jika wakil DAP menang, mereka hanya dapat kerusi di kawasan bukan Islam yang kurang daripada kawasan orang Islam. Kerusi orang Islam, hanya Pas lawan UMNO. Jika Pas kalah, UMNO menang. Jika UMNO kalah, Pas menang.

“Jadi tidak timbul bukan Islam jadi Perdana Menteri selagi majoriti memihak kepada kerusi yang diwakili parti orang Islam,” katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kedudukan Perdana Menteri untuk dilantik daripada kalangan orang Islam tidak akan berubah selagi umat Islam masih menjadi pengundi majoriti di negara ini.

“Isu ini bukan isu Pas atau pendirian Pas, tetapi tidak ada disebut dalam perbincangan paderi bahawa orang Kristian akan jadi Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di sini semalam berhubung dakwaan perbincangan sekumpulan paderi dan pemimpin DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran