Mat rempit, penagih dadah, bohsia, bohjan dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya kita labelkan mereka sebagai sampah masyarakat.
Golongan ini adalah bebanan kepada masyarakat dek kerana mereka ini kita ramalkan akan merosakkan masa depan negara.
Mungkin ada benarnya.
Namun ada satu lagi golongan perosak yang bermaharajelela.
Yang ini kita sanjung dan agung-agungkan. Yang ini sentiasa kita berikan layanan istimewa.
Senang cakap, inilah golongan artis yang ramai peminatnya.
Tidak dinafikan yang mungkin ada segolongan artis yang baik perilakunya namun ramai juga yang akhlak dan moralnya tidak ubah seperti bohjan dan bohsia di jalanan.
Ada yang kata tulisan ini sedikit keterlaluan jika kita labelkan artis seksi yang dedah sana sini samalah seperti pelacur murahan. Namun itulah hakikatnya.
Golongan seperti inilah yang membawa bencana besar kepada negara.
Tapi tiada siapa yang mengambil peduli, malah artis sebeginilah yang menjadi rebutan syarikat penerbitan. Pelarislah katakan.
Ada satu tugasan untuk anda.
Senaraikan 5 contoh restoran makanan segera yang ada di negara ini. 10 saat dari sekarang.
9
8
7
6
5
4
3
2
1
Pastinya dalam senarai saudara akan tercatat restoran seperti KFC dan McD. Jarang sekali tertulis Edlee Friend Chicken ataupun Sushi King.
Kenapa?
Kesimpulan mudahnya, hal ini terjadi kerana inilah antara dua buah restoran yang sering anda lihat sama ada di iklan mahupun di pasaraya-pasaraya.
Imej mereka yang selalu anda ulang-ulang dan akhirnya menjadi zikir dan pilihan anda sejak dari bangku sekolah lagi.
Nah, permainan kedua.
Dalam masa 10 saat, bayangkan imej gadis-gadis remaja kita.
Apa imej yang terbentuk difikiran anda? Yang bertudung litupkah? Atau yang selalu anda tonton dalam tv? Itu anda.
Bagaimana dengan anak-anak anda yang umurnya 7-8 tahun? Minta mereka bayangkan juga.
Wah mereka sudah sama hebat dengan anda. Imej yang sama tergambar dalam kotak fikiran mereka. Advance katakan.
24 jam melihat cerita-cerita yang menampilkan artis yang ketat dan sendat pakaiannya. Itu belum cerita aksi-aksi yang mengghairahkan.
Senang cerita, lama-kelamaan kebatilan itu sudah menjadi satu norma yang diterima masyarakat sekeliling.
Setakat adegan bercium itu sudah biasa sangat kita tonton.
Harus diingat, haram hukumnya melihat sesuatu yang mengghairahkan. Tidak kisah sama ada ianya manusia benar ataupun kartun.
Dek kerana itu, hari ini kita sudah menjadi acuh tak acuh dengan maksiat yang berlaku.
Maka tidak hairanlah kes buang bayi begitu rancak kedengaran.
Anehnya, pihak yang berkenaan terpinga-pinga mencari di manakah silapnya.
Benarlah kata pepatah melayu lama, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata, tidak nampak.
Kehancuran sesuatu tamadun itu ada kaitannya dengan apa yang kaum itu lakukan. Malah dalam Al-Quran sudah jelas diterangkan kisah kaum Nuh a.s. dan Nabi Lut a.s.
Tapi kita yang dikatakan arif dalam ilmu sejarah kurang peka akan hal ini.
Biarpun sudah dinasihat berulang kali, namun nasihat itu kita bakul sampahkan.
Selagi tidak merasa pedihnya seksa, selagi itulah kita keras kepala.
Gula itu tidak tahu macam mana manisnya selagi lidah ini tidak merasakan?
Tulisan ini aku kira cukup jelas.
Tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak namun ini adalah nasihat dan teguran untuk semua.
Tidak ada musuh yang lebih merbahaya daripada musuh dalam selimut.
Kota Baghdad itu dihancurkan oleh tentera Mongol.
Namun yang membuka pintu kotanya adalah orang Baghdad sendiri.
Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia.
usop.iluvislam.com.
No comments:
Post a Comment