Followers

Tuesday, January 18, 2011

TAHNIAH CEKGU.........WANITA DI MARTABATKAN

Mengapa PAS pilih calon wanita? Sejarah Islam menunjukkan permulaan membina negara pada awal 1470 tahun dulu.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w mengajak pemimpin-pemimpin Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah untuk mengadakan bai'ah janji setia bagi menguatkan sebuah pemerintahan yang adil, di antara yang diminta melafazkan janji setia ia...lah dua orang wanita.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) disifatkan sebagai tunjang utama kepada pembentukan dan kejayaan negara selama satu dekad penubuhannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pelbagai langkah dan dasar dilakukan oleh kementerian itu bagi mewujudkan masyarakat yang menitik beratkan golongan yang mengalami kesusahan.

“Kejayaan KPWKM adalah mencerminkan komitmen kerajaan kerana ialah pelengkap kepada transformasi negara kita.

“Transformasi sosial adalah cabaran yang paling getir dalam sesebuah negara kerana bukan mudah untuk mengubah sikap dan nilai masyarakat, namun dengan adanya kementerian ini ianya mampu untuk direalisasikan,” katanya dalam ucapan perasmian ulang tahun ke-10 KPWKM, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Menurutnya, KPWKM ada kumpulan sasar paling besar kerana ia merangkumi semua golongan yang memerlukan perhatian.

Najib berkata, sejarah Malaysia membuktikan betapa wanita negara ini telah menunjukkan peranan dan kekuatan mereka.

“Lihatlah saja sokongan padu yang diberikan Ibu Zain, Tub Fatimah Hashim, Tan Sri Aishah Ghani dan ramai lagi dalam sokongan meraih kemerdekaan.

“Golongan wanita mewakili lebih 45 peratus dalam pembabitan setiap sektor awam mahupun sektor swasta,” katanya.

Najib berkata, wanita kini mampu menyumbangkan tenaga dalam sektor ekonomi seperti Gabenor Bank Negara, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Kemajuan Perindustrian (Mida) dan juga beberapa jawatan utama lain.

"Kerajaan akan terus memberi sokongan sepenuhnya kepada KPWKM dalam setiap dasar yang diperjuangkan.

"Tempoh 10 tahun agensi berkenaan ditubuhkan bukanlah tempoh yang panjang, namun dapat dilihat KPWKM berjaya mengukuhkan paksinya tanpa menoleh ke belakang terus gigih membela, menjuarai dan menerajui program pembangunan serta kesejahteraan rakyat," katanya.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran