Followers

Wednesday, January 26, 2011

BERPULUH TAHUN RAKAT DIPERBODOHKAN KERAJAAN UMNO/BN

Mungkin ramai lagi penduduk Johor yang tak sedar selama ini anda semua telah ditipu hidup-hidup oleh kerajaan. Isu ini bukanlah isu baru, bukan penipuan yang baru, tetapi merupakan penipuan berpuluh tahun sejak termetranya perjanjian Air antara Kerajaan Negeri Johor dan Singapura.
Isu perjanjian air ini menunjukkan betapa "bodohnya" kerajaan kita menjualkan air kepada Singapura dengan harga yang sangat murah. Bukan sahaja menjual air begitu murah, malah membelinya semula dengan harga yang sangat mahal.
Inilah kerajaan yang mengaku mereka bijak mentadbir negara, bijak menjaga ekonomi. Untuk pengetahuan pembaca, terutama rakyat di Negeri Johor, Malaysia menjual sumber air mentah kepada Singapura dengan harga RM 0.03 per 1000 gallons, kemudian membeli semula air yang telah dirawat dari Singapura dengan harga RM 0.50 per 1000 gallons. Sedangkan Johor sudah memiliki kemudahan untuk merawat air sendiri namun masih terus membeli air daripada Singapura.
Kalau dilihat, strategi ekonomi yang bodoh ini tentu sekali akan membankrapkan Negeri Johor betul tak? Tetapi mengapa Negeri Johor masih mampu bertahan walaupun sudah begitu bodoh menguruskan perniagaan air ini? Jawapannya mudah sahaja, Kerajaan bijak memperbodohkan rakyatnya.
Walaupun, Negeri Johor menjual air begitu murah kepada Singapura, kemudian membeli semula air ini dengan harga yang sangat mahal, namun kerajaan yang bijak memperbodohkan rakyatnya ini menjual semula air terawat yang dibeli dari Singapura ini kepada rakyat Johor pada harga RM 3.95 per 1000 gallons.
Dengan kata lainnya, rakyat johorlah yang terpaksa membayar harga kebodohan pemimpin Barisan Nasional Johor. Sayangnya maklumat ini hanya boleh diketahui melalui blog-blog dan media alternatif seperti MiLo SuaM dan lain-lain. Media arus perdana akan terus memperbodohkan rakyat dengan cerita-cerita dongeng dan propaganda bangang agar rakyat tidak menentang kerajaan.
Mungkin ada di kalangan pembaca terutama penyokong-penyokong kerajaan yang akan mengatakan bahawa maklumat ini adalah berita palsu dan fitnah yang sengaja direka-reka untuk memburukkan kerajaan. Terpulang kepada anda untuk menilai, namun untuk pengetahuan anda, maklumat ini diperolehi dari blog Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir [Sumber: Tun Mahathir]. Mungkinkah Tun Mahathir sengaja membuat fitnah untuk memburukkan Kepimpinan Barisan Nasional yang diterajui oleh Najib? Anda nilailah sendiri.


Tun Mahathir turut mendedahkan bahawa beliau juga tidak tahu mengapa Kerajaan Johor masih lagi mahu membeli air daripada Singapura walaupun kita boleh memproses air sendiri.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran