Followers

Tuesday, January 18, 2011

KERAJAAN PIMPINAN UMNO MELAYU MEMALUKAN ISLAM ?

Memalukan, "Kerajaan Negeri Pahang" POTONG 10% Daripada Peruntukan Sekolah Agama Rakyat.


KOMEN AKU:pemimpin2 umno Pahang yang potong anunya tak kesah pun hal2 sekolah agama malah peruntukan dikurangkan tapi yg pelik tapi benar LGE ketua mentri PP yang tak potong anu nya pula siap bagi elaun tambahan pada guru SAR kesah pulak hal2 sekolah agama ni... sapa lebih mulia yg potong anu ke yang tak potong anu nya??nyot nyot nyot

"Ketika merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG SMA Al-Khairiah Temerloh tahun lalu, Pegawai Khas Agama Menteri Besar Pahang iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad mencadangkan Sekolah Agama Negeri (SAN) diserahkan kepada Kerajaan Pusat, dengan hujah, 18 SAN yang ada di Pahang ini daif, sempit dan ketinggalan termasuklah tidak ada padang permainan.

Beliau ketika itu memberi bandingan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang diserahkan kepada kerajaan BN melalui SABK, katanya, sudah pun jauh maju ke hadapan. Kenyataan beliau itu telah mendapat reaksi keras dan kecaman daripada ibu bapa pelajar yang hadir .

Mereka berpendapat, sebagai pegawai yang berkhidmat di bawah negeri, Syed Ibrahim sepatutnya berikrar mengekalkan SAN yang ada di bawah kuasa Sultan dan bukannnya dengan mudah untuk menyerahkan sekolah terbabit kepada Kerajaan Pusat.

Tindakan beliau jelas sekali menghina kemulian Sultan itu sendiri sebenarnya. Inilah bukti sikap biadap pemimpin UMNO BN terhadap rakyat terutamanya umat Islam di negeri Pahang ini sebenarnya. Beliau yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau jelas sekali tidak layak untuk menjadi Pembantu Khas Agama MB, jika inilah bahasa yang diucapkan ketika itu.

Ternyata fenomena yang berlaku sekarang 18 buah Sekolah Agama Negeri di Pahang kini memang berada dalam keadaan daif dan cukup menghibakan sebenarnya. Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto), nyata mengabaikan nasib sekolah-sekolah agama di negeri ini.

Disaat, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sibuk menambah peruntukan untuk sekolah agama malah mereka yang terbabit dengan agama di negeri masing-masing, tiba-tiba terdengar berita Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh orang Melayu Islam UMNO memotong 10% peruntukan kepada sekolah agama di negeri ini. Jika benar dakwaan tersebut, ianya sungguh memalukan dan ternyata UMNO BN gagal membela nasib pendidikan Islam di negeri ini sebenarnya. Syed Ibrahim selaku Pegawai Khas Agama kepada MB harus bertanggungjawab atas perkara ini. Ternyata apa yang ditakuti rakyat kini menjadi kenyataan dan itulah realitinya sekarang ini.

1 comment:

  1. teman dah lama tahu...semua orang amno dah potong anu...yg tinggai, tunggoi aje.

    ReplyDelete

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran