Followers

Sunday, November 14, 2010

MB S'gor: Bersihkan air Sg Klang lebih cekap, murah

Projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) tidak akan dilaksanakan buat masa ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelaksanaan projek itu tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana ia melibatkan kos yang tinggi.
"Kita mesti cari sumber air yang lebih murah dan cekap. Pembersihan Sungai Klang adalah lebih cekap daripada mengimpot air dari Pahang (seperti disaran kerajaan persekutuan)," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.

Khalid, juga mengkritik kenyataan pihak-pihak tertentu yang mendakwa, krisis air akan berlaku menjelang 2012 di Lembah Klang.

“Pihak yang sama juga, berkata Selangor akan kehabisan air pada 2008. Anggaran tidak tepat ini diguna untuk justifikasi pembelanjaan melampau untuk bekalan," katanya lagi.

Khalid adalah antara pihak yang menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk mengimport air dari Sungai Pahang ke Lembah Kelang kerana perbelanjaannya terlalu besar.

Kerajaan Selangor juga, katanya, tidak mahu membebankan pengguna dengan menaikkan kadar tarif air.

Jika tiada penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor dan pembinaan loji rawatan air itu diteruskan, rakyat akan menanggung beban dari segi kos, katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Isa Abu Kassim (BN-Batang Kali) mengenai andaian bahawa Selangor bakal berdepan dengan krisis bekalan air pada 2008 yang disifatkannya kurang tepat.

Abdul Khalid berkata walaupun sehingga kini iaitu 2010, masalah itu tidak berlaku di negeri ini, kerajaan negeri perlu membuat persiapan bagi menangani masalah bekalan air di Selangor pada masa depan.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran