Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan akhbar berkata, belia di negara ini tahu menilai yang mana intan dan kaca.
"Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita.
"Mereka tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan," katanya.
Idris mengulas seruan Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri di Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen semalam supaya generasi muda tidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya.
Silap sasaran
Menurut Idris, nasihat Muhyiddin itu sebagai satu kenyataan yang tersilap sasaran.
"Mungkin beliau membayangkan sedang berucap dengan perwakilan Umno yang terdiri daripada saluran satu yang hanya menelan maklumat melalui media lapuk Umno sahaja," katanya.
Katanya, belia di negara ini sudah boleh melihat contoh kehidupan yang dipamerkan oleh pimpinan negeri Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari segi keterampilan, ketelusan dan ketertiban ketika melaksanakan mandat rakyat.
"Macam mana Tan Sri Muhyiddin hendak menyeru supaya belia ini bersama dengan Umno BN, sedangkan mereka mengalami keperitan hidup lantaran sikap gelojoh dan boros pemimpin Umno sehinggga memberi kesan kepada mereka untuk membina kualiti hidup yang lebih baik," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment