Followers

Sunday, July 1, 2012

Media baru berjaya gagalkan propaganda RTM


BANDAR JENGKA:Rakyat negara ini sekarang bernasib baik dengan kemunculan media alternatif internet kerana berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui televisyen seperti mahu dilakukan kepada perhimpunan Bersih 3.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pada satu ketika propaganda peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU).

(Gambar: Mohamad merasmikan Pejabat PAS Kuala Krau disaksikan Tuan Ibrahim.)

“Bila berlaku Bersih 3 dibuat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali. Kita tahu masa itu Menteri Penerangan Rais Yatim, dia perguna RTM untuk beritahu Ibrahim Libya menganut ajaran sesat, kebal dan sebagainya.

“Propaganda dibuat termasuk menyiarkan drama cerita Guru Yahya yang sesat dan disamakan dengan ajaran Ibrahim Libya. Apabila Umno guna melalui RTM sangat hebat tiap-tiap malam hinggakan PRU selepas itu kita hanya menang satu kerusi parlimen di Pengkalan Chepa.

“Bersih 3 macam itulah juga Rais Yatim nak buat, ditunjukkan perusuh himpunan mengganas termasuk peserta himpunan menterbalikkan kereta polis tapi tak cerita kereta polis sebelum itu langgar empat orang. Bila anak-anak muda tengok Youtube tiada siapa lagi yang percayakan RTM,” katanya.

Tambah Mohamad, itulah nasib Rais yang masih main lagu lama pada tahun 2012 sehingga klip rakaman video polis yang dijanjikan terus tidak disiar setelah sedar peranan media baru.

Mohamad berkata demikian ketika berceramah di Rantau Perintis dekat sini, semalam. Turut berceramah Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim.

Sebelum itu beliau merasmikan pejabat baru PAS Kawasan Kuala Krau.

Khairil Abdul Rahim,harakahdaily

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran