Followers

Tuesday, August 16, 2011

Umno beri warganegara pada PATI, borang sumpah dibongkar

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mendedahkan pengkhianatan Umno-BN yang memberikan kewarganegaraan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi, Zuraida tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing berkenaan.

Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.

Skrip itu antara lain memerlukan seseorang PATI menyokong dan mengundi Umno-BN bagi mendapat kerakyatan- selain menyatakan ikrar taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, sultan dan negara Malaysia.

Skrip itu berbunyi “Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi”

“Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.

“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.

“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”

“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya”

Keadilan Daily

2 comments:

  1. Alang2 menyelok pekasam lebih baik terjun ke dlm tangki taik. Rekrut ramai2 pendatang2 INDO-BANGLA-MYANMAR-VIET-NEPAL-MAT AFRIKA. Beri mereka status warganegara pasti akan melonjak ekonomi 1Malaysia.Akan harmonilah kehidupan rakyat berbiilaaang bangsa 1Malaysia...akan bertambah kukuh lagi lah keselamtan rakyat dan 1Malaysia ......akan sifarlah kemiskinan rakyat 1Malaysia. "Anak kecil main api...terbakar hatinya yang sepi..." bullshit.

    ReplyDelete
  2. mana raja2 melayu nih.. amno nak jahanamkan agama dan negara takkan raja2 melayu senyap jer... buat lah sesuatu... ini dah kes keselamatan negara dan rakyat... takkan raja2 melayu pun takut nak ambil tindakan kat amno... atau dah banyak termakan budi

    ReplyDelete

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran