Followers

Saturday, May 1, 2010

bukan hanya penjawat awam

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan memperbanyakkan program kebajikan agar rakyat dapat sama-sama berkongsi hasil dan kekayaan negeri.


Sambil mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja tenaga kerja di Selangor, Khalid menyarankan supaya pekerja di semua sektor diberi penghargaan.



Dalam perutusan beliau, Khalid berkata kerajaan negeri telah menetapkan bahawa paras garis kemiskinan yang sesuai di negeri ini ialah pada kadar RM1,500 sebulan.



"Kerajaan negeri juga menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk berusaha menggandakan gaji pekerja menjelang tahun 2020.



"Bagi mengurangkan beban pekerja, kerajaan negeri telah berusaha memperkenalkan banyak program kebajikan untuk membolehkan rakyat dapat berkongsi kekayaan hasil negeri.



"Dasar tadbir urus yang baik, telus dan bertanggungjawab ditetapkan untuk memastikan ketirisan tidak berlaku dan memberi keyakinan kepada pelabur untuk berurusan," ujar Khalid.



Dalam pada itu, pada tahun 2008 dan 2009, Selangor telah berjaya mendapatkan jumlah projek industri tertinggi di Malaysia dan menduduki tempat kedua dalam pelaburan modal.



Dari segi pelaburan modal pula, Selangor berada di tangga kedua selepas Sarawak yang mendapat pelaburan modal sebanyak sekitar RM7 bilion untuk projek tunggal pengekstrakan aluminium di Bintulu.


"Kita wajar memberi penghargaan kepada para pekerja semua sektor kerana merekalah sebenarnya tunjang penggerak ekonomi negara dan kekayaan hasil bumi negara dan negeri harus dirakyatkan," tegas khalid lagi.



Khalid juga turut mengingatkan supaya warga pekerja menunjukkan produktiviti kerja yang tinggi dan pada masa yang sama, kerajaan negeri pula akan berusaha mengkaji untuk memperkenalkan dasar yang sesuai untuk menjana pertumbuhan dan memperbanyakkan program kebajikan.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran