Followers

Tuesday, May 31, 2011

IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir

Mungkin ramai masih ingat kejadian gangguan bekalan elektrik berlaku di seluruh negara pada 1996. Ada dakwaan ia sengaja dilakukan bagi mengizinkan kelahiran syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan akhirnya membawa perletakan jawatan Ani.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas juga diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada IPP biar pun membeli mahal daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli mendakwa Petronas membeli satu barrel dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.

“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat sini malam tadi.

Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PRK Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.

Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR berkata, belum pun kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik secara rasmi, bil terbaru yang diterima pengguna sudah tercatat kadar tarif baru.

Katanya, ramai terkejut menerima bil bulanan terbaru mereka apabila tercatat kenaikan tarif elektrik biar pun kerajaan belum mengumumkan secara rasmi.

Menurutnya juga mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga Petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.

Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.

”Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.

“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” ujarnya.

Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.

”Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani,” ujarnya.

Sobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi membodek Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.

Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

”Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri,” ujarnya.

Risiko berganda menanti rakyat selepas PRU 13

Rakyat bakal berdepan risiko berganda sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih diberi peluang mentadbir negara selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Padah yang bakal ditanggung rakyat antaranya kenaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG biar pun kenaikannya ditangguh sementara sekarang.

Lebih membimbangkan lagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diketepikan sebelum ini akan dilaksanakan sepenuhnya apabila rakyat memberi kuasa politik kepada BN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, bebanan besar bakal ditanggung rakyat akan menjadi kenyataan sekiranya BN masih diberi mandat pada pilihan raya umum nanti.

”Ini kerana keputusan kerajaan tidak menaikkan harga RON95, diesel dan LPG hanya sebagai taktik memenangi hati rakyat semata-mata.

”Pengumuman tersebut dilakukan bertujuan mengelakkan BN tidak lagi menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya umum nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor menafikan tindakan kerajaan tidak menaikkan harga RON95 ada kaitan dengan pilihanraya umum.

Azihan juga berkata, keputusan kerajaan BN menangguhkan kenaikan harga bahan api dan LPG sebagai menandakan pilihanraya imum ke-13 semakin hampir sekarang.

Oleh itu, AMK berhujah kenaikan harga barang pastinya tidak lagi terkawal selepas pilihan raya umum nanti apabila BN masih memiliki kuasa politik.

”Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda kenaikan harga RON95, diesel dan LPG sekarang. BN perlu dihalang daripada terus menindas rakyat,” ujarnya.

Menurutnya juga bebanan kehidupan rakyat semakin berat sekarang berikutan keputusan kerajaan sebelum ini menaikkan harga barangan keperluan harian termasuk gula dan memperkenalkan tarif baru elektrik.

”AMK mencabar Perdana Menteri supaya subsidi kepada syarikat besar penjana bebas elektrik (IPP) dimansuhkan bagi membolehkan subsidi itu digunakan untuk rakyat,” katanya.

Sekarang hampir 34 peratus warga pekerja di Malaysia yang berjumlah 4 juta dibayar gaji kurang RM700 sebulan, manakala 40 peratus rakyat berpendapatan kurang RM1500 sebulan.

Azihan juga berharap rakyat perlu bersatu-padu berjuang memastikan kuasa yang dimiliki kerajaan BN sekarang tidak lagi disambung hayatnya selepas pilihan raya umum ke-13.

”Rakyatlah yang akan menjadi tuan yang sebenar dalam menentukan situasi negara pada masa depan. Silap percaturan mereka akan menerima padah,” tambahnya.

Monday, May 30, 2011

BN MENANG, BARANG NAIK

Kerajaan BN gagal untuk menjalankan tugas menjaga kepentingan rakyat. Pemimpin sudah lari daripada tanggungjawab sebenar sebagai seorang pemimpin kepada rakyat. Sepatutnya sebagai pemimpin yang menjadi khadam rakyat perlu mencari formula bagaimana hendak menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.


Realiti Kesusahan Rakyat.

-Kenaikan harga barang keperluan rakyat seperti bawang merah RM7.00, bawang putih RM8.00 sekilo, sayuran,ikan dan minyak masak.
-Baru-baru ini di negeri Pahang minyak masak tidak ada di pasaran, sedangkan Pahang pengeluar sawit terbesar di negara ini.
- Pada tahun 2010 harga gula telah naik sebanyak 55%. Pada Jan 2010 harga gula hanya RM1.10 sekilo telah naik sebanyak tiga kali, bulan Januari 20 sen, Julai 25 sen dan 4 Disember 20 sen, sehingga mencecah RM2.10 sekilo. Pada 10 Mei 2011 gula naik lagi 20 sen menjadi harga RM2.30 sen.
- Mulai 1/1/11 Persatuan Kedai Kopi WP/Selangor menaikkan harga minuman RM1.20 kepada RM1.40 sen secawan.∙



Kenapa Harga barang naik∙

-Pemimpin bukan berjiwa rakyat, tidak fikir masalah rakyat∙ Mereka hanya membela kroni dan anak pinak sahaja∙ Mereka tidak terasa keperitan kerana yang menanggung keperluan mereka ialah rakyat.
-Rasuah meningkat, meyebabkan harga jualan meningkat kerana terpaksa membayar rasuah oleh peniaga akhirnya bebanan kos rasuah ditanggung oleh pengguna (rakyat)
-Pemimpin tidak kreatif untuk memajukan hasil bumi walaupun Malaysia negara yang subur sehingga kadar import makanan terlalu tinggi sedangkan bumi Malaysia cukup subur∙ Nilai import makanan meningkat mendadak daripada tahun 2005 sebanyak RM17.7 bilion kepada RM26.7 bilion pada tahun 2009. Import makanan menjadi tinggi kerana andaian lebih ekonomik tanah didirikan industri daripada memajukan pertanian.
-Unsur untuk mengutamakan kroni melalui permit import makanan menyebabkan kos naik mendadak, akhirnya beban ditanggung oleh rakyat.
-Tidak ada keberkatan daripada Allah kerana banyak maksiat dan perkara munkar berlaku berterusan.
- Pelabur tidak yakin kerana rasuah, menyebabkan ekonomi mengucup

Alasan untuk Membodoh Rakyat

-Datuk Ismail Sabri Menteri Hal Ehwal Pengguna berkata rakyat digalak menanam sayur-sayuran untuk meringan beban keluarga.
-Datuk Ismail Sabri berkata “bawang naik kerana di India banjir( Um 7/1/11)

-Datuk Ismail Sabri marah kepada peniaga kerana membuat spekulasi sehingga harga barang melambung
( UM 8/1/11)∙
-Datuk Ismail Sabri mengarahkan supaya kurangkan makan manis supaya kurangkan makan gula dan rakyat makan makanan rebus sahaja.∙
-Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga barang.( UM 16/1/11)∙

-Datuk Tan Lian Hoe memberi alasan pergolakan politik dunia seperti di Libya menyebabkan harga barang naik (Bernama 27/2/11)∙
-Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata daging mahal kerana Australia (Queensland) banjir (UM 5/3/11)∙
-Negara akan bankrap jika subsidi tidak dihentikan.
-Barang naik kerana rakyat di negara ini semakin ramai maka permintaan melebihi tawaran (UM 5/3/11) ∙

-Pemimpin mengeluarkan slogan “Ubah Gaya Hidup Anda” untuk kempen jimat cermat ∙
-Datuk Ismail Sabri cuba bermain wayang dengan kenyataannya "Kerajaan berusaha untuk pastikan barang tidak naik dan tidak akan hapus subsidi (Ismail Sabri, Bernama 5/3/11)

Jawapan Kepada Pemimpin Pak Pandir ∙

-PAS bersetuju rakyat kurang makan manis, tetapi bagaimana pula rakyat yang berniaga kuih mesti cukup rasa∙
-Memang kerajaan perlu menaikkan harga gula, tepung, minyak masak untuk elak negara bankrap pada tahun 2019 seperti kenyataan Datuk Idris Jala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.∙
-Pemimpin negara tidak kisah kerana semua keperluan mereka rakyat tanggung.

Alasan Kerajaan Kenapa Harga Minyak Naik∙

-Gunakan istilah penyelarasan, bukan kenaikan supaya rakyat boleh ditipu.
-Arahkan media jangan letak perkataan "naik", tetapi gunakan perkataan "penyelarasan".
-Datuk Awang Adek Timbalan Menteri Kewangan berkata “supaya minyak tidak diseludup ke negara jiran"
-Harga minyak di negara ini lebih murah daripada negara jiran.
-Datuk Tan Lian Hoe, Rakyat perlu terimakasih kepada kerajaan kerana hanya menaik minyak 5 sen sahaja sepatutnya banyak lagi∙
-Harga minyak di peringkat antarabangsa naik maka Malaysia juga terkesan∙
-Wang subsidi minyak akan digunakkan untuk memajukan pengangkutan awam.
-Wang subsidi yang ditarik akan membantu rakyat miskin.

Jawapan Untuk pemimpin Pak Pandir∙

-Jangan bandingkan dengan Singapura, kerana ia bukan negeri pengeluar minyak∙ Kena banding dengan negara pengeluar minyak seperti Brunai, Iran, Saudi, Bahrain.∙

-Walaupun minyak mahal di Singapura, rakyatnya masih mampu kerana taraf hidup rakyatnya tinggi.
-Jika minyak peringkat antarabangsa naik, Malaysia tentu beruntung kerana negara kita pengeluar minyak.∙ Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan daripada tahun 2007-2010 sebanyak RM325 bilion (setiap tahun kerajaan dapat RM80.1 bilion).∙ Jika kerajaan ambil RM14 bilion untuk sabsidi masih berbaki RM76.1 bilion.∙ Kenapa kerajaan boleh beri sabsidi untuk IPP sebanyak RM19 bilion setahun. Semata-mata kerana kroni. Rakyat ditekan dengan kenaikan harga barang.∙
-Tidak adil wang sabsidi minyak ditarik hanya untuk memajukan perkhidmatan awam di bandar, sedangkan harga minyak di kampung sama seperti di bandar.∙
-Perdana Menteri dan anggota kabinet Britain dan Singapura mengumumkan pemotongan gaji dan elaun mereka tapi di Malaysia, Perdana Menterinya mengumumkan pemotongan subsidi untuk rakyat.

Bagaimana PR Mengawal Harga Barang

InsyaAllah, jika mandat diberikan kepada PR untuk memerintah di peringkat pusat kita mampu memberi yang terbaik untuk rakyat.

-Mengambil model kerajaan Kelantan yang berjaya menguruskan negeri hampir 21 tahun walaupun mengalami kekangan kewangan tanpa terencat untuk merakyatkan ekonomi melalui program kebajikan seperti kifalah, skim al ziwaj (bantuan perkahwinan), bantuan beras secara bulanan kepada orang miskin. Sekarang negeri Kelantan termiskin nombor enam, berbanding ketika mula-mula memerintah nombor dua.
-Kedah negeri yang terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM2.3 bilion telah berjaya mencipta sejarah dengan lebihan wang RM19 juta pada tahun 2010. Jika Kedah pun mampu membuat lonjakan sudah barang pasti jika PR memerintah pusat, sudah tentu boleh membela rakyat dengan pendapatan negara yang melimpah ruah.
-Berusaha untuk memerangi rasuah yang berlaku di dalam negara, seperti laporan Ketua Audit Negara 2008 yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM28 bilion, alangkah baiknya wang ini digunakan untuk rakyat.
-Model pengurusan kewangan dan menjaga kebajikan rakyat di negeri maju seperti Selangor dan Pulau Pinang boleh dijadikan contoh jika PR memerintah kerajaan pusat.
-Memerangi ketirisan dan pembaziran adalah satu cara untuk memastikan manfaat kemewahan di pulangkan kepada rakyat. PR tidak akan mengulangi pembaziran wang rakyat seperti Majlis Bandaraya Bersejarah Melaka yang membina dua tandas awam berharga RM190,000.
-Mengoptimumkan penggunaan tanah yang subur untuk menghasilkan bahan makanan supaya wang negara tidak mengalir keluar. Lebih daripada itu ia menjadi satu keselamatan makanan tanpa bergantung kepada negara luar jika berlaku bencana di dalam negara.
-Menarik balik subsidi kepada Penjana Kuasa (IPP) sebanyak RM19 bilion dan diagih kepada 27 juta rakyat supaya dapat menyekat kenaikan keperluan rakyat.

Ini adalah sebahagian daripada jawapan untuk membuktikan bahawa BN turun, barang turun. BN naik, barang naik, banyak naik dan binasa negara.

Ustaz Idris Ahmad

Sunday, May 29, 2011

Di antara DAP dan UMNO, siapakah yang lebih mengancam survival orang-orang Melayu?



Sama ada mahu menegakkan benang yang basah atau cuma mahu membodek boss UMNO, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pun tak ketinggalan dalam sandiwara menghentam DAP. Tak ada apa yang baru dalam kutukannya melainkan mengulangi herdik lapok dan basi. Agaknya pemimpin UMNO ini ingat minda orang Melayu masih lapok dan basi. Mungkin ramai juga ahli UMNO yang meloya dengan skrip perkauman ala 1960-an ini. Segala tuduhan Tengku Adnan ini dilaporkan dengan oleh organ parti UMNO yang bernama Utusan Malaysia pada 25 Mei 2011

Tuduhan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, siapalah DAP yang mahu memperbodohkan orang Melayu sedangkan realitinya rakyat sendiri sedar bahawa parti tersebut hanya bersandiwara untuk mendapatkan kuasa.

Jawapan: Siapa yang memperbodohkan siapa? Orang Melayu semakin sedar realiti semasa bahawa UMNO semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa. Kebanyakan pemimpin UMNO takut untuk berubah kerana ubah bererti pentadbiran telus dan adil manakala penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dikurangkan kalau tak dihapuskan pun – ini juga bererti segala perubahan positif itu akan menutup peluang kebanyakan pemimpin UMNO dan kroni mereka mengaut keuntungan untuk diri dan keluarga mereka sahaja atas nama “Melayu”.

Tuduhan: Katanya, rancangan itu juga merupakan bukti bahawa DAP hanya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan bagi meraih kedudukan semata-mata.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan untuk mendapat keududukan? Bukankah para pemimpin UMNO yang hidup senang-lenang sedangkan masih ramai Melayu miskin bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di dalam bandar?

Tuduhan: “Inilah DAP yang tidak tahu menghargai apatah lagi untuk menghormati kebersamaan dan peranan yang dimainkan oleh semua kaum di negara ini malah sebaliknya mereka berbuat baik dengan orang Melayu kerana ada agenda tersembunyi”.

Jawapan: Bukan sahaja DAP menghormati kebersamaan dan peranan semua kaum, malah DAP mengamalkannya dan bukan cakap kosong. DAP bersama PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran cekap, akauntabel dan telus, dan ini dibuktikan di semua pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Siapa yang ada agenda tersembunyi? Siapa yang menjerit 1Malaysia dan 1Melayu 1Bumiputera dalam nada dan nafas yang sama? Siapa yang memberi amaran kepada MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN supaya jangan pertikai amalan dan kepimpinan UMNO?

Tuduhan: “DAP ini parti yang akan gunakan apa sahaja cara asalkan dapat mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan kuasa.”

Jawapan: Para pemimpin dari parti mana yang menggunakan apa sahaja cara asalkan dapat mengekalkan kuasa termasuk memfitnah kononnya ada usaha menubuhkan negara Kristian, kononnya mahu merampas hak Melayu? Yang terbukti mmebuat tuduhan-tuduhan ini adalah para pemimpin UMNO.

Tuduhan: DAP tidak akan mengiktiraf orang Melayu dan meletakkannya di tempat yang tinggi kecuali mempunyai agenda tersembunyi.

Jawapan: Undang-undang tertinggi di Malaysia adalah Perlembagaan Persekutuan. DAP dan Pakatan Rakyat menjunjung Perlembagaan. Segala apa yang hak kepada orang Melayu dan kaum-kaum lain diberikan sepenuhnya oleh pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Sebagai contoh, di Pulau Pinang, nasib dan kebajikan orang Melayu dijaga dengan baik tanpa menafikan hak-hak kaum lain. Guru-guru agama Islam, para huffaz, para warga tua dan mereka yang memerlukan sentiasa dibela. Pulau Pinang yang mempunyai dua majlis perbandaran MPPP dan MPSP masing-masing diketuai dua wanita Melayu Islam, yang pertama di Malaysia. Di mana bukti kononnya orang Melayu tidak diiktiraf oleh DAP? Tak kan cara UMNO bagi t-shirt percuma kepada para belia dalam kursus-kursus mereka sudah dianggap mengiktiraf orang Melayu…

Tuduhan: DAP sebenarnya mahu orang Melayu menjadi ‘pak turut’ kepada mereka yang boleh dicucuk hidung, ‘disuruh angguk mereka angguk, suruh geleng mereka geleng’ seperti yang telah berlaku di Perak sewaktu diperintah pembangkang dan juga di Selangor ketika ini.

Jawapan: Ini kes kronik mata rabun seorang pemimpin UMNO, ‘kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak’. Tanyalah orang Melayu, Cina, India, Orang Asli atau sesiapa sahaja di Selangor dan Perak; bantuan dan pertolongan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Pakatan, kalau pun tak terlalu hebat, jauh lebih baik hari ini berbanding zaman kroni UMNO-BN sahaja yang sapu bersih dahulu. Malah banyak lagi sumbangan yang mampu diberikan oleh kerajaan negeri Pakatan jika Kerajaan Pusat tidak menyekat bantuan. Malah Kerajaan Pusat masih berdegil enggan memberi hak royalti minyak yang menjadi hak sah negeri Kelantan. Mengapa masih ramai Melayu miskin di negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO? Apakah kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sudah kaya-raya dan hidup mewah makmur di bawah pemerintahan BN? Jadi siapa yang mahu Melayu jadi pak turut yang boleh dicucuk hidung? Siapa yang tahu ada kura-kura dalam perahu tapi pura-pura tak tahu? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Tuduhan: Tujuan DAP adalah untuk menimbulkan kekeliruan kepada rakyat, menjadikan masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa merasa tercabar serta marah, berlaku prasangka antara kaum sehingga keamanan negara tidak terjamin.

Jawapan: Siapa yang memfitnah angkara menubuhkan negara Kristian? Siapa yang mengadu domba kaum-kaum di Malaysia? Siapa yang sering memberi amaran kepada masyarakat pelbagai kaum supaya jangan menegur atau mempertikaikan amalan buruk UMNO? Siapa yang memfitnah Anwar Ibrahim? Siapa yang memfitnah Tok Guru Nik Aziz? Siapa yang memfitnah Lim Guan Eng? Siapa yang menggelar kaum India dan Cina sebagi pendatang? Siapa yang mencetuskan kekeliruan sehingga keamanan negara tidak terjamin?

Tuduhan: Tetapi strategi itu ternyata tidak membuahkan hasil, jadi mereka (DAP) kini merencanakan alternatif lain dengan menjadikan orang Melayu pula calon dalam parti mereka.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri? Sejak bila parti politik tidak boleh menjadikan orang Melayu sebagai calon? Apakah itu hak UMNO semata-mata untuk meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya? DAP sebagai parti pelbagai kaum telah dan akan terus meletakkan calon-calon Melayu dalam pilihan raya, sebagaimana yang dilakukan sejak penubuhannya 45 tahun lalu. Malah DAP sentiasa meletakkan calon Melayu sepanjang 10 pilihan raya yang disertainya dan akan terus berbuat demikian selaras dengan prinsipnya sebagai wadah pelbagai kaum.Roketkini.com

Saturday, May 28, 2011

Bila Orang Melayu Pandai & Berani, UMNO Akan Terkubur

Tarif elektrik: Kerajaan lulus kenaikan tarif elektrik

Tarif elektrik

Kenaikan tarif elektrik akan tetap berlaku tetapi kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

Kenyataan itu meredakan rakyat yang bimbang dengan kesan kenaikan tarif elektrik ketika majlis ekonomi dijadual bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara tersebut.



Kata Mustapa, kenaikan kos tenaga elektrik akan membebankan kebanyakan industri khususnya sektor-sektor yang berintensifkan tenaga termasuk pengeluaran keluli, minyak dan gas serta mereka yang terlibat dalam pengeluaran elektrik.

“Kami secara berterusan melibatkan mereka yang berada dalam industri. Apa sahaja kenaikan, ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya.

Mustapa juga berkata, kerajaan perlu menaikkan harga gas dan elektrik untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan.

Kelmarin, Putrajaya mengumumkan bahawa tidak akan ada kenaikan harga bahan api buat masa sekarang.

Baca Lagi

PUTRAJAYA: Seperti dijangka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota kabinetnya hari ini meluluskan kenaikan tarif elektrik yang butirannya akan diumum Isnin ini.

Keputusan itu dibuat oleh Najib ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi (NEC) di sini, lapor Malaysiakini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi tersebut.
Sejak beberapa minggu lalu, kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik.

Ia sebagai usaha langkah kerajaan menarik subsidi kepada rakyat, dalam keadaan Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menerima RM19 bilion hingga RM22 bilion subsidi setiap tahun.

Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan tarif itu, yang hanya menguntungkan kroni IPP, sebaliknya membebankan rakyat dengan segala macam kenaikan kos dan harga barangan lain.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

Artikel dari Ta
http://kiff-isme.blogspot.com

Friday, May 27, 2011

Terlalu Bijak Kerajaan BN Memerintah........... Hutang air: 'Putrajaya terlebih bayar 73%'


DAP hari ini membidas keputusan kerajaan pusat kerana membeli bon yang telah diturunkan taraf milik syarikat konsensi air pada harga 73.2 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran dan menganggap tindakan itu “melampau dan menyalahgunakan wang pembayar cukai”.

NONE
“Tidak dapat dijelaskan mengapa kerajaan memutuskan untuk menyelesaikan baki bon syarikat swasta air itu sedangkan pemegang saham syarikat berkenaan sepatutnya bertanggungjawab,” kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kiri, berbaju biru).

Sebelum ini dilaporkan syarikat Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) milik kerajaan persekutuan menubuhkan Acqua SPV Bhd bagi membeli bon yang telah diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan.

Ini kerana keempat-empat syarikat konsesi air Selangor - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS - gagal membayar pemegang bonnya.

Menurut laporan media arus perdana, Acqua SPV menawarkan untuk mengambil-alih bon berkenaan pada harga RM6.5 bilion, berbanding nilai terbitan sebanyak RM9.02 bilion.

water paips
Namun, mengikut laporan yang diterbitkan oleh The Edge Financial Daily pada Rabu lalu, harga tawaran adalah pada RM94.49 berbanding nilai pasaran yang cuma pada RM54.54 pada akhir bulan lalu, yang mana dakwa Pua adalah 73.2 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

Kata pemimpin DAP itu lagi, syarikat konsesi air itu juga telah mengisytiharkan dividen bagi pemegang sahamnya apabila mereka membuat untung.

Antara konsesi itu, Splash, iaitu anak syarikat Gamuda Bhd, mengisytiharkan dividen RM578.6 juta pada 2007 manakala PNSB pula mengumumkan dividen berjumlah sehingga RM214 juta antara 2006 dan 2010.

Ibrahim Ali Tanya Nazri Aziz, Siapa Badut Sebenarnya?

Bagaimana kalau rakyat nampak kedua duanya adalah ‘Badut’?

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Ibrahim Ali mahu rakyat, khususnya masyarakat Melayu Islam menentukan siapa ‘badut’ sebenarnya?



Ibrahim merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang dua hari lalu melabelkan beliau sebagai seorang badut dan ucapannya yang berapi-api hanya merupakan retorik dan bersifat kosong.

“Biar saya ingatkan pada 1987 semasa Operasi Lalang saya menetap di tanah air dan ditangkap di bawah ISA. Kawan saya, Datuk Nazri lari ke Jakarta dan tidak berani pulang sehingga semuanya selamat.

“Bagi saya 1987 adalah kali kedua saya ditahan kerana mempertahankan isu ketuanan Melayu. Kali pertama saya ditahan daripada 1974 hingga 1976 selama 26 bulan kerana memperjuangkan masalah kemiskinan masyarakat Baling dan menuntut ITM dinaikkan taraf kepada UiTM.

“Jika saya berani membiarkan diri ditangkap dua kali, jadi siapa sebenarnya badut? Ramai badut yang melarikan diri selepas hanya tahu cakap besar dan mulut luas,” katanya dalam satu kenyataan menerusi sms.

Nazri pada Selasa lalu berkata kerajaan tidak perlu mengambil tindakan terhadap Ibrahim berhubung isu ‘perang salib’ kerana masyarakat sudah matang dalam menghadapi isu-isu sensitif.

“Telah lebih 10 hari sejak Ibrahim membuat kenytaannya. Saya tidak lihat sebarang huru-hara. Saya tidak fikir orang ramai perlu mengambil serius dengan apa yang dikatakannya… jika kenyataannya mencetuskan reaksi, maka kita boleh tangkap dan dakwanya,” kata Nazri.

Merujuk tindakan pemimpin negara yang melarikan diri itu, Ibrahim berkata ia sesuatu yang memalukan dan beliau bersimpati dengan mereka.

“Ianya nama ‘hero pengecut bukan jaguh pecut,” perli Ibrahim pada akhir kenyataannya itu.

Presiden PERKASA itu pada 15 Mei lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut… Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya./MK

Rm 6 Bilion Dari KWSP, Adakah Felda Sudah Hampir Muflis.?

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Felda memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa agensi persekutuan itu memperoleh pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dipercayai mahu menampung masalah kewangan dialami.

Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, pihaknya mendapat maklumat Felda telah berbuat demikian dan oleh itu mahu pengurusan Felda dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan sama ada benar atau tidak perkara itu.

Beliau berkata mendapat maklumat itu daripada minit mesyuarat daripada Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) yang menyebut “permohonan sara hidup yang dibincangkan untuk dinaikkan telah dibawa ke mesyuarat gabungan JKKR dan telah dipersetujui tetapi setelah dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Perunding Peneroka, jawapannya adalah dukacita, tidak dapat dipertimbangkan kerana Felda telah meminjam dari KWSP untuk pembangunan lot peneroka sebanyak RM6 bilion.”

Bagaimanapun katanya, beliau tidak tahu bila pinjaman sejumlah itu diperoleh.

Justeru tambah Mazlan (gambar), pihaknya mempersoalkan tindakan Felda itu sambil menyifatkan ia tidak wajar selain menuntut penjelasan.

“Belum pun reda isu kemerosotan rizab Felda, terdapat pula laporan yang menyebut bahawa Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Dakwaan Anak ini jika benar, ia satu perkara amat memeranjatkan.

“Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjamkan? Bagi tujuan apa? Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda keseluruhannya,” katanya pada sidang media di sini.

Sebelum ini Mazlan mendakwa Felda mengalami kemerosotan rizab tetapi telah dinafikan oleh Ahmad dan kerajaan.

“Alasan-alasan yang digunakan Datuk Ahmad Maslan berhubung kemerosotan rizab Felda yang merosot dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 ialah ia telah digunakan untuk menampung kos peneroka.

“RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru Felda, namun laporan Felda meminjam daripada KWSP, ini amat mengejutkan dan kita mahu tahu apa yang berlaku,” kata Mazlan.

Tegas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu, sekiranya dakwaan itu tidak benar satu penafian perlu dibuat pengurusan Felda dan Ahmad.

“Kita mahu tahu kebenaran,” kata beliau.

Pada sidang media hari ini, Mazlan meminta agar Felda menjelaskan tentang status anak-anak peneroka yang meneruskan pengajian di Pusat Latihan Kejuruteraan Penerbangan Malaysia (METC).

“Anak menerima aduan mengenai status anak peneroka yang belajar di METC, walaupun peluang belajar di sana satu langkah yr METC ini mendapat pentauliahan yang melayakkan mereka untuk pergi lebih jauh,” soalnyaang dialu-alukan tetapi ia mesti telus dan Felda mesti jawab persoalan ini.

“Yang pertama apakah status terkini program itu? Berapa kos sebenar untuk seorang pelajar? Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat? Adakah benar dakwaan kos yang dibayar Felda terlalu mahal? Setakat manakah pelaja./ML

Artis Seksi, KFC dan Buang Bayi

Mat rempit, penagih dadah, bohsia, bohjan dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya kita labelkan mereka sebagai sampah masyarakat.

Golongan ini adalah bebanan kepada masyarakat dek kerana mereka ini kita ramalkan akan merosakkan masa depan negara.

Mungkin ada benarnya.

Namun ada satu lagi golongan perosak yang bermaharajelela.

Yang ini kita sanjung dan agung-agungkan. Yang ini sentiasa kita berikan layanan istimewa.

Senang cakap, inilah golongan artis yang ramai peminatnya.

Tidak dinafikan yang mungkin ada segolongan artis yang baik perilakunya namun ramai juga yang akhlak dan moralnya tidak ubah seperti bohjan dan bohsia di jalanan.

Ada yang kata tulisan ini sedikit keterlaluan jika kita labelkan artis seksi yang dedah sana sini samalah seperti pelacur murahan. Namun itulah hakikatnya.

Golongan seperti inilah yang membawa bencana besar kepada negara.

Tapi tiada siapa yang mengambil peduli, malah artis sebeginilah yang menjadi rebutan syarikat penerbitan. Pelarislah katakan.

Ada satu tugasan untuk anda.

Senaraikan 5 contoh restoran makanan segera yang ada di negara ini. 10 saat dari sekarang.

9

8

7

6

5

4

3

2

1

Pastinya dalam senarai saudara akan tercatat restoran seperti KFC dan McD. Jarang sekali tertulis Edlee Friend Chicken ataupun Sushi King.

Kenapa?

Kesimpulan mudahnya, hal ini terjadi kerana inilah antara dua buah restoran yang sering anda lihat sama ada di iklan mahupun di pasaraya-pasaraya.

Imej mereka yang selalu anda ulang-ulang dan akhirnya menjadi zikir dan pilihan anda sejak dari bangku sekolah lagi.

Nah, permainan kedua.

Dalam masa 10 saat, bayangkan imej gadis-gadis remaja kita.

Apa imej yang terbentuk difikiran anda? Yang bertudung litupkah? Atau yang selalu anda tonton dalam tv? Itu anda.

Bagaimana dengan anak-anak anda yang umurnya 7-8 tahun? Minta mereka bayangkan juga.

Wah mereka sudah sama hebat dengan anda. Imej yang sama tergambar dalam kotak fikiran mereka. Advance katakan.

24 jam melihat cerita-cerita yang menampilkan artis yang ketat dan sendat pakaiannya. Itu belum cerita aksi-aksi yang mengghairahkan.

Senang cerita, lama-kelamaan kebatilan itu sudah menjadi satu norma yang diterima masyarakat sekeliling.

Setakat adegan bercium itu sudah biasa sangat kita tonton.

Harus diingat, haram hukumnya melihat sesuatu yang mengghairahkan. Tidak kisah sama ada ianya manusia benar ataupun kartun.

Dek kerana itu, hari ini kita sudah menjadi acuh tak acuh dengan maksiat yang berlaku.

Maka tidak hairanlah kes buang bayi begitu rancak kedengaran.

Anehnya, pihak yang berkenaan terpinga-pinga mencari di manakah silapnya.

Benarlah kata pepatah melayu lama, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata, tidak nampak.

Kehancuran sesuatu tamadun itu ada kaitannya dengan apa yang kaum itu lakukan. Malah dalam Al-Quran sudah jelas diterangkan kisah kaum Nuh a.s. dan Nabi Lut a.s.

Tapi kita yang dikatakan arif dalam ilmu sejarah kurang peka akan hal ini.

Biarpun sudah dinasihat berulang kali, namun nasihat itu kita bakul sampahkan.

Selagi tidak merasa pedihnya seksa, selagi itulah kita keras kepala.

Gula itu tidak tahu macam mana manisnya selagi lidah ini tidak merasakan?

Tulisan ini aku kira cukup jelas.

Tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak namun ini adalah nasihat dan teguran untuk semua.

Tidak ada musuh yang lebih merbahaya daripada musuh dalam selimut.

Kota Baghdad itu dihancurkan oleh tentera Mongol.

Namun yang membuka pintu kotanya adalah orang Baghdad sendiri.

Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia.

usop.iluvislam.com.

MP gesa polis jelaskan sebab kematian Sarbani


Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad hari ini menggesa polis mengemukakan penjelasan lanjut berhubung sebab kematian pegawai kanan kastam Ahmad Sarbani Mohamed bagi mengelakkan kesangsian bahawa isu berkenaan cuba ditutup.

NONE

"Semua orang masih tidak puas hati dengan penjelasan (polis). Bagaimana (Sarbaini) pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan rela hati untuk berjumpa pegawai penyiasat, tiba-tiba ditemui mati," kata Khalid.

Jelasnya, kesangsian itu timbul memandangkan polis setakat ini hanya menjelaskan bahawa "Sarbaini tidak dibunuh" dan "mati mengejut."

"Banyak lagi persoalan yang pihak polis tidak jawab. Saya nak pertikaikan mengapa dia susah payah (ke SPRM) kalau dia hendak bunuh diri.

"Polis mesti jelaskan apa yang (Sarbaini) hendak ceritakan kepada SPRM sehingga membawa kepada kematiannya," kata Khalid lagi dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Jelasnya, isu berkenaan perlu dijelaskan memandangkan balu Sarbaini sendiri telah membuat satu laporan polis berhubung kes kematian itu, berdasarkan satu perbualan dengan salah seorang pegawai kanan SPRM.

NONE

Masiah @ Maziah Manap, 50, dalam laporannya pada awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya sebagai Ghani itu telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.

"Saya menyatakan kepadanya bahawa saya reda dengan kematian suami saya. Seterusnya saya bertanya soalan – apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?

"Apa yang mengejutkan saya ialah jawapan yang perlahan daripada Encik Ghani yang menyatakan – 'Bukan saya...Orang saya.'

"Saya membuat laporan ini kerana saya mengesyaki bahawa Encik Ghani terlepas cakap semasa perjumpaan di pejabat kastam," laporan tersebut dipetik.

Dalam laporan itu juga, Masiah berkata pertemuan itu dilakukan di satu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Subang pada 28 April lalu.

NONE

Sarbani, 56, ditemui mati di dalam dalam premis ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu setelah hadir ke pejabat berkenaan bagi bertemu salah seorang pegawai berhubung kes siasatan melibatkan dirinya.

Beliau merupakan antara 62 orang pegawai kastam yang ditahan pada 1 April dalam satu operasi besar-besaran SPRM ke atas jabatan berkenaan.

Thursday, May 26, 2011

Lagi 'bukti' pembelian undi pilihan raya S'wak

Meskipun pilihan raya negeri Sarawak telah berlalu lebih sebulan , namun Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) berkata mereka kini mempunyai lebih banyak bukti bagi menunjukkan bahawa pembelian undi berleluasa sepanjang tempoh berkempen.

Penyelaras MEO-Net Ong Boon Keong pada sidang akhbarnya hari ini mendedahkan rakaman pita video pendek menunjukkan wang tunai diedarkan kepada pengundi di kerusi dewan undangan negeri Tamin yang berjaya dipertahankan oleh BN.

NONEVideo berkenaan dikatakan dirakamkan di beranda rumah panjang Unban Anak Endu yang terletak di Tenting Terentang di Nanga Selangau pada malam 14 April, iaitu dua hari sebelum pengundian.

Ong mendakwa tuai rumah panjang itu bersama beberapa tuai yang lain diminta ke pejabat BN di pekan Selangau dan diberikan beberapa cek oleh tiga pembantu calon BN berkenaan.

Tuai rumah panjang Unban Anak Endu itu kemudiannya menunaikan cek berkenaan dan mengedarkan RM50 kepada setiap penduduk yang dipercayainya akan menyokong BN, dakwa Ong.

Beliau pada Selasa lalu ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen Kuching ketika melawat Bengoh dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Tiada alasan yang diberikan oleh pegawai Imigresen tetapi Ong yakin pengusirannya ada kaitan dengan usahanya mengumpulkan dalil bagi membuktikan salah laku pada pilihan raya April lalu.

Thursday, May 19, 2011

'Rogol' amah: Polis siasat Tenaganita

NONEMinggu lalu, ibu pejabat polis daerah Ampang menghantar faksimili kepada Irene Fernandez, -- pengarah eksekutif NGO hak pekerja asing itu -- supaya kenyataannya dirakamkan.

Irene kemudian bersetuju menemui polis di pejabat Tenaganita pada 3 petang ini. Bagaimanapun pegawai terbabit tidak muncul.

Menurut surat yang ditandatangani pegawai peyiasat jenayah kanan ASP Norfidawati Othman, polis diarahan oleh Pejabat Peguam Negara untuk merakamkan kenyataan Irene ekoran penyiaran semula kenyataan NGO Indonesia Migrant Care.

NONESurat itu, yang ditunjukkan Irend dalam sidang media di pejabatnya hari ini, mendakwa Tenaganita menyiarkan semula kenyataan itu pada 26 Disember atahun lalu selepas Wikileaks mendedahkan dokumen siasatannya.

Ia juga menyifatkan dakwaan terhadap Rais sebagai tohmahan.

Irene mengaku Tenaganita terliabt mengeluarkan semula kenyataan itu dalam laman rasminya tetapi menafikan ia dimuat pada tarikh yang dinyatakan.

Kenyataan Migrant Care bertarikh 1 Ogos 2007 menggesa siasatan dijalankan terhadap dakwaan rogol itu.

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran