Followers

Tuesday, November 1, 2011

JKKKP naik turun rumah penduduk agih beras

Anehnya tiba-tiba pemimpin Umno di sini seminggu dua ini menjadi baik sangat, kelam kabut turun naik rumah penduduk membawa beras, gula dan biskut.

Pasukan yang naik turun rumah penduduk terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan wanita Umno cawangan.

Kelibat mereka mudah dicam, wanitanya mengenakan tudung atau seledang kepala berwarna merah.

Namun bekalan makanan yang dibawa hanya akan diberi sekiranya borang yang dibawa diisi tuan rumah. Borang itu juga terdapat ruangan nombor kad pengenalan.

Ada penduduk yang enggan menyerahkan kad pengenalan tidak diberi sumbangan tersebut, biar pun mereka sudah naik ke rumah mereka.

Ketika ditanya orang ramai mengapa perlunya diberi kad pengenalan, jawapan lazim bagi mereka sekadar hendak isi borang sebab Dato’ Fatmi Che Salleh hendak tengok.

Di kawasan Dun Kota Lama Sabtu lalu petugas Umno menyerahkan sumbangan kepada penduduk yang tinggal di kawasan pusat bandar.

Petugas Umno membawa beg plastik yang tertera gambar Fatmi dan Datuk Seri Najib Razak.

Persoalannya mengapa baru sekarang pemimpin Umno nampak baik hati sangat sehingga JKKKP menjaja nama-nama ketua bahagian mereka.

Penduduk memberitahu mereka diberi beras 5 kg, gula 2 kg, susu 2 tin, minyak masak, biskut satu tin dan ada yang sudah dibuka serta milo paket kecil.

Di Tumpat pula orang ramai memberitahu mereka hanya diberi beras sahaja tanpa ada makanan lain.

Mungkinkah semuanya itu angkara wang royalti yang kini disihir menjadi wang insan.

Malah isu tersebut juga dibangkit anggota Exco, Datuk Husam Musa pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Menurutnya perairan Kelantan sudah lama diteroka minyak dan gas oleh Petronas.

Misalnya telaga Bintang dan Lawit yang bertindih dengan Terengganu sudah diteroka sejak 25 tahun lalu.

Manakala di lapangan PM301 dan PM302 terdapat 16 telaga. Selain itu lapangan minyak dan gas juga ada di kawasan yang bertindih dengan Vietnam dan Thailand.

Kata Husam jumlah tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar Kelantan sekarang sebanyak RM6 bilion.

Apakah jumlah royalti itu kini menjadi sebahagian duit insan sehingga diguna Umno untuk membeli beras dan barangan keperluan lain. Sedangkan wang royalti berbilion ringgit, tidak sepadan dengan bantuan beras sahaja.

Duit royalti juga difahamkan ditukar kepada projek membaiki rumah penduduk di kalangan penyokong Umno di Kuala Krai dan Gua Musang.

Penyelia Parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin berkata, pemimpin Umno mengagihkan kayu, zink dan batu bata bagi membaiki rumah penyokong mereka.

”Saya yakin segala peruntukan itu adalah daripada wang royalti yang ditukar menjadi wang ihsan,” katanya.

1 comment:

  1. Alamak..ini cerita biasa tiap kali pilihanraya la..tapi tak salahkan? tak salah kalau dalam masa 5 tahun selapas pilihnaraya yg lepas kita buat kerja sebelum tarikh pilihanraya seterusnya di umumkan..itu tak boleh di kira rasuah pilihanraya..kalau 5 tahun nak kena kerja keras untuk pastikan dapat undi, teruklah kita kan?

    ReplyDelete

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran