Followers

Tuesday, July 6, 2010

Ohh! Rupanya UMNO-BN Menderita !

Umno lahir dalam rumah penjajah. Bermula dengan kekuasaan memerintah. Pemimpin Umno lahir dengan kemewahan dan mendapat pendidikan di England. Anak, cucu hatta cicit mendapat warisan yang sama. Apa mereka tahu tentang perit getir perjuangan dan penderitaan. Mereka menerima kemerdekaan dan setreusnya memerintah dengan sekadar basuh kaki sahaja. Dipersiapkan oleh penjajah sebelum menganugerahkan kemerdekaan.
Pemimpin Pas semenjak awal dari Hizbul Muslimin sehingga bernama Pas telah membilang jeriji besi. Merengkok dalam penjara. Pejuang dan pendokongnya sentiasa berkorban membanting tulang, memeras keringat dan mengikis harta untuk infaq dan berkhidmat kepada rakyat. Separuh abad tidak mengenal erti kuasa dan pemerintahan tetapi jiwa mantap mengharungi apa sahaja demi agama, bangsa dan tanah-air.
Kalah dalam pilihanraya itu biasa. Menang itu luar biasa. Hari ini Allah memberi kemenangan kepada sebahagian negeri mengecapi kemanangan khususnya di Kedah dan Selangor termasuk Wilayah Persekutuan. Mka bermadahlah pemimpin UMNO selaku Menteri Wilayah Persekutuan

“Sukarnya bila hilang kuasa” kata Nong Chik.

BN hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa, kata Pengerusi Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Katanya, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat.

"Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

"Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka."Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa,
" katanya yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar Malaysia.

Benarlah firman Allah dalam surah al-Nisa : 104 bahawa musuh pun rasa sakit yang sama. Dok ingat mereka kuasa banyak, duit banyak relax je.

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). jika kamu menderita kesakitan, Maka Sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran