Followers

Thursday, June 10, 2010

Sebutan Semula Kes Aminulrasyid



Mahkamah Sesyen telah menetapkan 22 Jun ini untuk sebutan semula kes melibatkan seorang koperal polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dalam satu kejadian tembakan ketika remaja itu sedang memandu kereta di Seksyen 11 di sini dua bulan lepas.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan tarikh itu bagi tujuan penyerahan dokumen dan menetapkan tarikh perbicaraan.

Ketua Unit Pendakwaan Selangor Ruslan Abu Bakar dan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam hadir bagi pihak pendakwaan manakala peguam M. Athimulan dan Salim Bashir mewakili Kpl Jenain Subi.

Pada 10 Mei lepas, Jenain, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran