Followers

Sunday, August 28, 2011

Khianat: Wajah Nik Aziz diconteng salib

Sekurang-kurangnya tiga kain rentang PAS yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.

Malah lebih teruk dari itu, beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib.

Kejadian tersebut dikesan sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.

Antara yang menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut adalah wajah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad yang diconteng dengan dakwat merah.

Menurut seorang penduduk yang memaklumkan kejadian itu kepada Harakahdaily, beliau berkata perbuatan khianat dan tak berakhlak tersebut dipercayai dilakukan semasa waktu berbuka puasa dan waktu ramai orang berada di masjid dan surau utk qiamullail.

"Sebelum kejadian ini sudah 4 kali kain-kain rentang sambut Ramadan yang jumlahnya 12 bidang kesemuanya telah dipotong pada waktu yg sama,' katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama awal Ogos lalu yang kini hangat diperdebatkan semua pihak.

Berhubung isu itu, PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily melahirkan rasa kesal dengan tindakan "puak-puak jahat" tersebut.

"Ini kerja orang yang tidak ada akhlak. Saya tidak mahu kata Umno yang buat tetapi rakyat tahu siapa yang buat ini dan dapat menilai sendiri," katanya.

Menurutnya lagi, PAS tidak pernah membuat perkara serupa kepada mana-mana pihak walaupun tidak berpuas hati terhadap satu-satu isu.

"Conteng salib itu seperti tuduh orang jadi Kristian lah. Ini bukan benda ringan, tetapi dah mereka jahil nak buat macam mana," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, beliau bagaimanapun tidak akan berbuat demikian dan hanya berdoa kepada Allah agar pihak yang bertanggungjawab diberikan hidayah.

Sunday, August 21, 2011

Ekonomi membimbangkan, kerajaan BN belanja ikut suka

Kesemua perbelanjaan kerajaan wajib melalui ‘ujian ketat’ di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memastikan semua kementerian memperolehi agihan yang adil untuk dibelanjakan dengan bijak.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Liew Chin Tong berkata, apa yang dilakukan selama ini oleh kerajaan Barisan Nasional adalah tidak sihat kerana peruntukan bajet hanya ditentukan oleh Najib sahaja.

“Bila Perdana Menteri kata dia akan bagi sejumlah wang tertentu, ia bermaksud beliau tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah tidak sihat untuk ekonomi Malaysia,” katanya dalam sidang media Bajet Alternatif Pakatan Rakyat ‘Kesejahteraan Untuk Semua’ di sini hari ini.

Liew yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP memberi contoh, pada tahun ini dan tahun lepas Kementerian Pelajaran telah diarah untuk mengurangkan perbelanjaan mereka.

“Ini member kesan besar kepada pelajar di sesetengah asrama yang tidak dapat menyediakan makanan pada hari Sabtu dan Ahad.

“Ini juga membawa kesan kepada rakyat dan oleh itu kita mahu Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bagaimana mereka menggunakan wang rakyat,” katanya.

Beliau yakin jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan, peruntukan dan perbelanjaaan secara membazir serta pengurangan bajet yang tidak adil akan dihentikan secepat mungkin.

Beliau menambah bajet adalah tanggungjawab rakyat kepada rakyat jelata, dan bukannya untuk kepentingan mana-mana pihak tertentu.

Sidang media itu turut dihadiri oleh wakil-wakil Pakatan Rakyat iaitu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Timbalan Yang Dipertua PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaakob dari PAS, Pengarah Stretegik PKR Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua dari PKR.

Pakatan Rakyat juga akan membentangkan cadangan gaji minimum kebangsaan sebagai alternatif kepada cadangan BN yang dilihat sebagai tidak serius dalam usaha menangani masalah gaji dan upah pekerja di negara ini.

Dr Dzulkefly menjelaskan Majlis Rundingan Gaji Minimum yang diluluskan kerajaan baru-baru ini tidak masuk akal kerana ia adalah langkah terkebelakang yang hanya melewatkan pelaksanaan gaji minimum dalam erti kata yang sebenar.

“Apabila kita bercakap tentang gaji minimum, apa yang kita mahukan adalah termasuk produktiviti,” katanya.

Beliau berkata lambakan pekerja dari luar negara yang kebanyakannya mempunyai kemahiran yang rendah menyebabkan kualiti kerja di Malaysia turut rendah mutunya.

Menurutnya, jika masalah ini tidak ditangani segera, langkah kerajaan untuk mengkaji gaji minimum tidak memberi apa-apa kesan positif kepada pekerja Malaysia.

Rafizi pula yang menyentuh tentang Bernas sebagai satu-satunya pengeluar padi tempatan menyatakan monopoli syarikat itu dengan mendapat subsidi kerajaan adalah tidak adil sama sekali kerana rakyat tidak dapat merasai nikmat subsidi tersebut.

“Bernas berikan pinjaman dan baja kepada para petani, dan kemudian petani-petani ini harus menjual semula kepada Bernas dengan harga yang ditetapkan Bernas,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lembap pada suku kedua tahun 2011 menunjukkan tanda-tanda yang membimbangkan.

Katanya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merosot kepada hanya 4 peratus (berasaskan tahun ke tahun), iaitu kadar paling perlahan semenjak suku keempat tahun 2009.

“Umum mengakui bahawa data-data ekonomi sedia ada menunjukkan kegagalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan menjadi tanda aras kelembapan projek-projek yang telah diumumkan sehingga kini.

“Pentadbiran UMNO-BN mampu membelanjakan sejumlah besar wang hasil cukai rakyat ke atas untuk kos pengiklanan untuk menonjolkan ETP, namun ujian sebenar kejayaan adalah di peringkat akar umbi,” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa jika hasil ekonomi tidak dinikmati di peringkat bawahan, rakyat tidak akan bertolak ansur lagi dengan pendekatan Najib yang selalu membuat pengumuman ekonomi secara besar-besaran tetapi gagal dari aspek pelaksanaan.

PAS kesal kenyataan PM, mungkin tarik diri


PAS hari ini melahirkan kekesalan terhadap kenyataan Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum (PRU) ke 13 boleh diadakan bila-bila masa meskipun jawatankuasa (JK) parlimen khas untuk reformasi pilihanraya sedang bersidang.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar) dalam satu kenyataannya hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu dan berkata ia adalah bukti terhadap sikap sebenar ketidak-ikhlasan BN.

Ia juga melambangkan sikap berpura-pura kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

“Tujuan utama JK Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar.

"Apa guna dibentuk JK Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum JK Khas ini menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan Barisan Nasional tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada,” selar Tuan Ibrahim.

Perdana Menteri Najib semalam dipetik sebagai berkata bahawa PRU akan datang tiada sebarang kaitan dengan JK Khas parlimen yang bakal ditubuhkan Oktober ini.

“Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Murshidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat turut melahirkan rasa terkilannya terhadap kenyataan Najib semalam.

“Sejauhmana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?” soal beliau.

Bagi Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, adalah mustahak untuk rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka kepada sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan.

“Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu,” tambah beliau.

Kerajaan, kata beliau harus sedar terhadap kemarahan rakyat dan tuntutan yang diadakan dalam perhimpunan aman Bersih 2.0 baru- baru ini dan dengan sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya akan terus merosot.

Sekiranya ini berlaku, tambah Tuan Ibrahim keadaan ini adalah sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.

Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga katanya akan mempercepatkan bantahan rakyat, jesteru menyemarakan semangat untuk himpunan Bersih 3.0 diadakan.

“PAS ingin tegaskan kerajaan tidak patut dan sememangnya ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.

Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat,” tegas beliau.

Menurut beliau, PAS akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam JK Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna sekiranya ia diadakan setelah Perdana Menteri membuat kenyataan sedemikian.

Manakala, pada 24hb Ogos ini juga satu mesyuarat Pakatan Rakyat akan diadakan untuk membincangkan secara serius perkembangan muktahir ini bagi membuat satu keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Najib dan Barisan Nasional untuk melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum PRU ke 13 yang bakal menjelang.

Tuesday, August 16, 2011

Umno beri warganegara pada PATI, borang sumpah dibongkar

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mendedahkan pengkhianatan Umno-BN yang memberikan kewarganegaraan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi, Zuraida tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing berkenaan.

Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.

Skrip itu antara lain memerlukan seseorang PATI menyokong dan mengundi Umno-BN bagi mendapat kerakyatan- selain menyatakan ikrar taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, sultan dan negara Malaysia.

Skrip itu berbunyi “Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi”

“Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.

“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.

“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”

“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya”

Keadilan Daily

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Hudud


1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.

8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.

15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.

19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92.

Saturday, August 13, 2011

Najib Rosmah elak disoal bicara mengenai Saiful Bukhari?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datik Seri Rosmah Mansor akhirnya mengelak juga dari disoal bicara mengenai satu dakwaan yang mengaitkan mereka dengan dalang di sebalik tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka berdua berdalih bahawa mereka hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam sekadar menghormati ketetapan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah pada Isnin lepas membenarkan permohonan Anwar memanggil 13 saksi untuk disoal bicara secara sukarela ooleh pihak pembelaan.

"Saya menghormati keputusan hakim. Sebagai rakyat Malaysia, saya hormat, tidak kira apa juga jawatan saya. Sebab itu saya hadir ke majlis itu dan telah menyatakan pendirian saya.

“(Persoalan mengapa saya mengelak) itu tak payahlah. Saya telah sampaikan mengikut hak dan saya tahu apa hak saya.

"Saya telah sampaikan kepada barisan pihak peguam bela Anwar. Anwar pun ada di sana sekali dan saya dapat peluang berjumpa dengannya,” beliau berdalih kepada wartawan.

Peguambela utama Anwar, Karpal Singh bagaimanapun berkata Najib, Rosmah serta saksi-saksi lain sebenarnya nyata mengelak dari dikaitkan dengan Saiful yang juga bekas pembantu peribadi kepada Anwar.

"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," dedah Karpal.

Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.

Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.

Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.

Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.

"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.

Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".

Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.

Saturday, August 6, 2011

Guna sahaja dakwat kekal, batalkan biometrik

Pakatan Rakyat hari ini mendesak kerajaan membatalkan sahaja hasrat menggunakan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana dilihat banyak mengundang masalah berbanding manfaat yang diperoleh.

Bercakap pada sidang media di pejabat pakatan rakyat hari ini, ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan tentang kepincangan sistem itu dikemukakan.

Bukan itu sahaja, beberapa pendedahan terbaru juga jelas mereka menunjukkan sistem itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, sewajarnya kerajaan kembali semula kepada tuntutan Bersih iaitu menggunakan dakwat kekal yang setakat ini diyakini penyelesaian terbaik untuk mengatasi pengundian berganda.

"Sementara tidak ada teknologi canggih selesaikan masalah ini, maka kembalilah kepada tuntutan Bersih untuk guna dakwat kekal.

"Kita dah buat eksperimen di Pulau Ketam untuk pilih ketua kampung. Pegawai Daerah guna inai sahaja. Semua berjalan lancar dan tiada sebarang kekeliruan berlaku," katanya.

Turut serta pada sidang media itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Liew Chin Tong (Bukit Bendera).

Selain itu, turut dipersoalkan kos yang terlalu tinggi dibelanjakan untuk sistem biometrik yang manfaatnya masih 'meragukan' itu.

"Kita nak tahu siapa dapat projek pemutihan warga asing tanpa izin ini.

"Kita harap kerajaan telus dalam hal ini," kata Tian lagi.

Mengulas lanjut isu pengundian berganda, Tian berkata sistem biometrik hanya boleh mengesahkan pengundi itu mempunyai kad pengenalan sah namun tidak mampu mengesan mereka yang mempunyai lebih dari satu kad pengenalan.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan seharusnya bersedia sepenuhnya terlebih dahulu dan tidak "over confident" dengan sistem baru yang mahu digunakan.

Ia bukan sahaja mengundang keraguan, malah turut membazirkan wang rakyat.

Maka ujarnya, kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menggunakan dakwat kekal sahaja seperti yang dituntut rakyat.

Sementara itu Liew Chin Tong turut mengingatkan Datuk Seri Najib bahawa perdana menteri itu masih ada tiga hari lagi untuk memanggil sidang tergempar parlimen dari tempoh seminggu yang diberikan pakatan rakyat.

Sidang itu khas bagi membincangkan pendedahan banyak pihak berhubung isu pertukaran status penduduk tetap PR kepada warganegara dalam masa beberapa jam sahaja dan didaftar sebagai pengundi.

Wednesday, August 3, 2011

Pakatan selamatkan RM200 bilion wang rakyat


Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan satu belanjawan yang baik bagi tahun 2011 untuk semua rakyat di negara ini, di samping menyelamatkan RM200 bilion wang rakyat yang tiris dalam belanjawan yang disediakan dan diibentangkan oleh kerajaan BN bagi tahun lalu.

Bagi mencapai matlamat itu, Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan belanjawan yang menekankan kesemua subsidi akan disalurkan terus kepada rakyat, khususnya golongan sasar, bagi menjadikan belanjawan itu benar-benar berguna kepada pelbagai lapisan rakyat negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah belanjawan yang turut menekankan tentang penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin Umno BN, sehingga menyebabkan peruntukan subsidi RM200 billion untuk petroleum tidak sampai kepada orang ramai.

Menurut beliau, peruntukkan tersebut cukup besar. Ia sepatutnya sampai kepada sasaran, tetapi terjadi di sebaliknya ekoran sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin Umno BN yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan subsidi itu bagi kepentingan mereka sendiri.

Katanya, kejadian itu menyebabkan rakyat menjadi amat terhimpiit dengan kenaikan harga petrol dan diesel, walaupun mereka tidak sepatutnya menerima bebanan itu ekoran subsidi yang begitu besar yang telah disediakan oleh kerajaan.

"Begitu juga dengan subsidi bagi padi atau beras untuk petani. Walaupun subsidinya ada dan jumlahnya agak besar, tetapi para petani tetap juga tak dapat, tetap terus miskin dan hidup susah.

"Sebaliknya yang mendapat subsidi itu adalah orang yang dah kaya yang memiliki syarikat-syarikat besar terutama Bernas," katanya pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Jawankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahlli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzullkefly Ahmad, pemimpin PKR dan DAP telah mengadakan rundingan dengan ahli-ahli ekonomi utama di tanah air di tempat yang sama.

Rundingan tersebut diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan ekonomi, termasuk langkah-langkah untuk mengatasi inflasi di negara ini, di samping mendapatkan pelbagai pandangan untuk digarap oleh Pakatan Rakyat dalam belanjawannya bagi tahun 2011 yang akan dibentangkan Oktober ini.

Pada sidang media bersamanya dengan Datuk Seri Anwar itu, Mohamad menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan oleh Pakatan Rakyat itu akan turut menekankan langkah-langkah yang akan dilakukan di negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat untuk kepentingan rakyat.

"Langkah-langkah tersebut seperti yang terdapat dalam Buku Jingga. Antaranya termasuklah mengadakan skim kifalah bagi ibu tunggal seperti yang dilakukan oleh Kerajaan kelantan yang akan turut dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat lain termasuk Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

"Selain itu, kita juga akan turut menyediakan subsidi yang akan disalurkan terus kepada rakyat termasuk subsidi petroleum dan lain-lain subsidi sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah negara pada pilhanraya umum akan datang," tegas beliau.

Tuesday, August 2, 2011

Contoh2 Pendatang Asing Yang Didaftar Sebagai Pemilih Oleh SPR


Komentar
Sumber Malaysia Waves

NOTA EDITOR: Terima kasih Poji kerana research yang taraf dunia. Seperti yang Tulang Besi telah nyatakan sebelum ini, Barisan Nasional akan merampas semula Selangor dengan bantuan mamat2 Indon, Bangla dan Myammar. Kalau Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mengambil tindakan dengan kadar segera, maka bersiap sedialah untuk meninggalkan Bangunan SUK dgn kadar segera. Berhentilah buat kerja syok sendiri dan mula kan kerja2 bersih daftar pemilih. Asyik harap PAS je sampai kiamat tak boleh selesai masaalah ni.

TAWAS ke, Jom Shopping ke, semua program USELESS dan TAK GUNA kalau Kerajaan Pakatan Rakyat tidak dapat halang mamat Indon, Bangla dan Myammar dari mengundi.

PRU-13: Misi Pertahan Kuasa Dengan Kod "71"
Jelas dari sumber maklumat Website Suruhanjaya Pilihanraya sendiri dengan jelas, tiada menyatakan bahawa hanya "Warganegara Malaysia" sahaja yang ditakrifkan sebagai "layak" mendaftar sebagai pengundi dan layak mengundi setelah permohonan diluluskan.

Dalam Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga tiada dinyatakan bahawa "Pemastautin Tetap" juga layak sebagai pengundi. Hanya "Warganegara Malaysia" sahaja layak sebagai pengundi.

Dibawah ialah contoh MyPR ataupun Kad Pengenalan Malaysia Pemastautin Tetap (Bukan Warganegara Malaysia).

Dibawah ialah deretan nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia:

  1. 530824715008
  2. 671219715084
  3. 380424715016
  4. 650503715054
  5. 501124715020
  6. 561210715515
  7. 600602715505
  8. 690510715008
  9. 430106715072
  10. 470111715030
  11. 520915715311
  12. 521111715089
  13. 540622715164
  14. 620620715179
  15. 341026715342
  16. 500815715527
  17. 550707715285
  18. 600510715209
  19. 600720715004
  20. 620816715170
  21. 310622715144
  22. 560908715088
  23. 310901715366
  24. 550904715110
  25. 330118715194
  26. 381230715143
  27. 390203715054
  28. 441205715223
  29. 561124715156
  30. 600110715007
  31. 670918715070
  32. 190721715277
  33. 231027715339
  34. 380825715199
  35. 450727715030
  36. 600102715082
  37. 690608715487
  38. 490815715248
  39. 560101715028
  40. 650815715336
  41. 130427715247
  42. 601107715043
  43. 621214715098
  44. 310425715292
  45. 461014715173
  46. 530717715088
  47. 540201715166
  48. 540515715070
  49. 570527715200
  50. 570601715138
  51. 581215715168
  52. 630713715169
  53. 650418715009
  54. 740829715002
  55. 751028715081
  56. 560112715031
  57. 600703716187
  58. 551020715021
  59. 560920715152
  60. 631009715020
  61. 720322715099
  62. 630106715423
  63. 610515715039
  64. 730917715089
  65. 540515715038
  66. 450316715060
  67. 530927715123
  68. 561005715014
  69. 600718715048
  70. 711010715108
  71. 780413715187
  72. 610615716151
  73. 700620715291
  74. 571210715063
  75. 400811715118
  76. 640403715074
  77. 300407715169
  78. 321030715144
  79. 370722715197
  80. 510609715365
  81. 590613715555
  82. 590703715751
  83. 600323715545
  84. 610710715093
  85. 740612715001
  86. 611101715519
  87. 460814715054
  88. 740715715100
  89. 620427715177
  90. 311007715171
  91. 620805715829
  92. 520111715033
  93. 541230715004
  94. 570515715078
  95. 650612715256
  96. 510115715162
  97. 591022715064
  98. 750410715037
  99. 790607715125
  100. 740313715087
  101. 570101715246
  102. 530824715008
  103. 671219715084
  104. 520312715195
  105. 571109715405
  106. 380424715016
  107. 371215715103
  108. 540818715051
  109. 540830715038
  110. 650110715416
  111. 631105715311
  112. 600102715437
  113. 560703715527
  114. 600616715215
  115. 420107715155
  116. 550618715195
  117. 670624715104
  118. 620520715462
  119. 680810715254
  120. 590517715459
  121. 611106715008
  122. 291218715301
  123. 640505715198
  124. 460404715123
  125. 350727715278
  126. 601217715204
  127. 650410715207
  128. 560317715190
  129. 591104715295
  130. 420928715056
  131. 560405715465
  132. 620824715082
  133. 480309715078
  134. 500610715152
  135. 520407715200
  136. 560405715086
  137. 590406715165
  138. 640806715378
  139. 641130715187
  140. 750612715000
  141. 460202715205
  142. 581126715211
  143. 610305715479
  144. 450905715018
  145. 490227715209
  146. 610518715202
  147. 470806715117
  148. 511113715120
  149. 560314715291
  150. 581110715129
  151. 760612715077
  152. 791225715079
  153. 490322715186
  154. 580909715037
  155. 650503715054
  156. 670308715014
  157. 700404715027
  158. 560605715953
  159. 510808715181
  160. 620620715419
  161. 470116715101
  162. 470320715176
  163. 520328715042
  164. 420616715348
  165. 580318715246
  166. 250622715425
  167. 540429715138
  168. 540515715302
  169. 610203715099
Buktinya, print screen semakan dilaman Website Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dibawah:

br />
Harap dapat penjelasan dari Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Kesemua nombor-nombor diatas menggunakan Kod nombor "71" sebagai rujukan kelahiran diluar negara Malaysia.

Kalau tiada respon dari pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, kita mesti bersetuju bahawa Misi Kod 71 adalah Misi menjual Negara Malaysia kepada Pendatang Asing dan penggeraknya ialah Pemerintah Negara Malaysia sekarang yang takut kehilangan kuasa.

Demi kuasa, Maruah Negara diserah pada warga Asing.

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran