Followers

Thursday, June 30, 2011

Bersih 2.0 Untuk Kebaikan Sistem Demokrasi


Kerajaan Selangor menyokong Gerakan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 kerana ia membawa kebaikan kepada sistem demokrasi di negara ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya membantu dari segi penyampaian maklumat bagi memberi penerangan kepada rakyat negeri Selangor berhubung peranan yng dimainkan oleh Gerakan Pilihanraya

Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 bagi mewujudkan pilihanraya yang adil dan bersih.

Katanya, peruntukan RM15,000 yang digunakan untuk tujuan itu juga adalah kecil jika dibandingkan dengan pelbagai perbelanjaan dijalankan Kerajaan Persekutuan termasuk lawatan melibatkan menteri yang menelan belanja lebih besar.

“ Yang sebenarnya kita menyokong demokrasi, kita menyokong pendidikan. Jadi untuk menerangkan kepada rakyat negeri Selangor, Apakah itu Bersih? Apa yang dia buat? Itu adalah sumbangan kita kepada keberkesanan demokrasi.

“RM15,000 sangat murah dibandingkan dengan lawatan menteri pun mahal,” katanya kepada wartawan dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata perkara itu tidak seharusnya dijadikan isu dan kepada pihak yang mempertikaikannya dinasihatkan melihat kepada isu yang lebih besar daripada itu.

'Ya Ke, ya Ke, ya Ke', polis akan bertindak ke atas Pemuda


Pemuda Umno akan berdepan dengan tindakan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di hadapan ibu pejabat PKR pada lewat malam Isnin lalu, kata Menteriu Dalam Negeri.

NONE
Ditanya secara spesifik sama ada polis akan bertindak berhubung insiden itu, Hishammuddin Hussein berkata: "Ya, ya, ya."

Katanya, tida ada mana-mana individu yang akan mendapat layanan istimewa dan kerajaan telha menjelaskan pendiriannya itu.

"Saya beritahu mereka (polis) melayani Pemuda Umno dengan cara sama. Tidak ada orang mengatasi undang-undang," katanya.

Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

NONE
Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.

Bagaimanapun exco pergerakan itu Lokman Noor Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau hanya dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya berucap:

NONE
"Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9 haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di sini".

Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka itu.

Polis serbu, geledah sekretariat BERSIH 2.0,Dah Sah Alat UMNO Ni


Sekretariat BERSIH 2.0 di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini diserbu dan digeledah oleh polis.

Sepuluh anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower.

NONEMaria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini.

Beliau yang ketika itu di bangunan Parlimen berkata dia dimaklumkan polis datang dengan lima kereta tanpa logo polis yang bercermin gelap dan mereka juga tidak memakai seragam. Sebuah trak besar polis tiba kemudiannya.

Sementara itu, menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi.

Tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk.

NONEAnggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggeledah pejabat itu.

Tumpuan mereka adalah baju-T BERSIH yang kemudiannya dihitung jumlahnya sebelum dirampas oleh polis.

Adalah dipercayai serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli.

Polis juga mencatatkan butiran Mykad kakitangan Empower yang dijadikan sekretariat BERSIH 2.0.

Selain itu, butiran Mykad kira-kira 20 wartawan dan jurugambar yang berkumpul di luar pejabat itu juga dicatatkan selain diminta membekalkan nombor telefon masing-masing.

Pada sidang akhbarnya di lobi parlimen, Maria berkata beliau dimaklumkan bahawa polis kemudiannya merakamkan kenyataan daripada kakitangan BERSIH.

NONEBeliau juga mencabar ketua polis negara bagi membuktikan bahawa mereka telah melakukan jenayah dan hentikan 'menakut-nakutkan' rakyat.

Menurut Maria sejak beberapa hari lalu hampir 100 orang telah ditahan kerana memakai kemeja T BERSIH dan mengedarkan risalah berhubung perhimpunan 9 Julai ini.

“Ini adalah hak asasi manusia, adalah hak kita untuk berhimpun secara aman dan kami telah berulang-kali tekankan bahawa ia adalah perhimpunan aman.Kita tidak akan timbulkan huru-hara seperti yang didakwa,” katanya.

Dalam serbuan tersebut, tujuh beg barang, lima kotak dan empat kain rentang dirampas.

Manakala tujuh petugas Empower (NGO yang bergabung dalam BERSIH) dibawa ke ibupejabat polis Petaling Jaya untuk soalsiasat.

MB : Polis Diminta Tidak Sekat Program Kerajaan Selangor

Kerajaan negeri Selangor meminta pihak polis agar tidak menyekat sebarang programkerajaan negeri untuk memberi penerangan kepada rakyat khususnya berkaitan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, pihak polis seringkali cuba menutup dewan dan menghalang program yang dianjurkan kerajan negeri kerana mereka dikatakan berbincang mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung 9 Julai depan.

Malah katanya, kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut memandangkan ia telah menyekat kebebasan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menyebarkan maklumat telus kepada rakyat.

“Oleh itu saya meminta dalam usaha program-program kita ini, saya meminta pihak polis agar tidak menyekat semua program kerajaan negeri dalam usaha memberi penerangan dan berjumpa dengan rakyat. Saya difahamkan pihak polis di negeri Selangor juga mencuba untuk menutup dewan-dewan dan tempat perjumpaan kerana mereka dikatakan berbincang tentang program Bersih.

“Saya akan berjumpa ketua polis negeri supaya tidak menyekat program-program negeri untuk berjumpa dengan orang ramai. Program-program negeri mesti dibenarkan dan pihak polis boleh mendengar forum-forum serta ceramah negeri yang dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu Abdul Khalid turut memberitahu media bahawa beliau amat menyokong tuntutan Bersih 2.0 yang mahukan Pilihan Raya Umum (PRU-13) dibuat dengan adil,telus dan cekap.

Katanya lagi, kerajaan negeri tidak memperuntukkan kewangan dalam perhimpunan Bersih 2.0, sebaliknya menyediakan peruntukan khas untuk membantu mengedarkan risalah kepada rakyat supaya mereka faham apa yang diperjuangkan Bersih.

“Kita tidak membuat keputusan untuk Bersih, itu paling penting. Tetapi kita juga memberi peruntukan untuk membolehkan mereka memberikan penerangan yang betul kepada seluruh masyarakat di Selangor,” katanya.

Beliau dengan tegas turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan terdapatnya fahaman komunis dalam perjuangan Bersih 2.0 dengan berpendapat Bersih adalah golongan yang memperjuangkan demokrasi supaya rakyat dapat bersuara dengan aman sekaligus mendorong pembangunan negara dengan lebih pesat.

Himpunan Bersih 2.0 Usaha Terakhir Desak Pilihanraya Adil Dan Telus


Perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah jalan terakhir untuk rakyat menuntut sebuah pilihanraya bersih dan adil kerana semua usaha sebelum ini gagal, kata Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Provokasi polis dan bantahan Umno terhadap perhimpunan aman itu menunjukkan Perdana Menteri Najib Razak gagal mengamalkan kesederhanaan dan menghormati prinsip asas demokrasi.

“Sekarang ini isu yang pertama pilihan raya tidak bersih, kita tuntut yang bersih. Kedua perhimpunan aman. Jadi (Kerajaan) patut izinkan,” kata Anwar.

Sebaliknya sejak awal minggu ini polis menahan orang awam yang memakai kemeja Bersih, di samping menyoal siasat penganjur Bersih dan pemimpin politik yang menyokongnya di bawah Akta Hasutan dan Akta Polis.

Tiga puluh ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan reman sehingga 2 Julai di Pulau Pinang ketika mereka meraih sokongan rakyat untuk perhimpunan pada 9 Julai itu.

Media arus perdana pula dikerah untuk memaparkan Bersih sebagai gerakan menghidupkan fahaman komunis atau dipergunakan oleh pembangkang bagi menggulingkan kerajaan.

Anwar berkata segala alasan polis dan media arus perdana itu adalah fitnah semata-mata dan menegaskan Bersih hanya menjurus sepenuhnya kepada aspek tuntutan rakyat mahukan sistempilihanraya yang pincang diperbaiki.

“Itu kepentingan keseluruhan (Bersih 2.0), untuk meluahkan dengan cara ini kerana semua jalan-jalan lain telah gagal. Kami telah menghantar memo, siri perbincangan, bantahan. Semuanya telah dibuat, penghujahan dengan fakta dan bukti,” kata Anwar selepas berucap pada Wacana Ekonomi di sini pagi tadi.

Justeru beliau menyelar tindakan menangkap aktivis-aktivis NGO termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Micheal Jayakumar dengan menganggap ianya sebagai usaha mencemari hasrat rakyat untuk berhumpun secara aman.

“Saya lihat ada kecenderungan untuk mencari alasan untuk buat penangkapan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan mendera orang seperti mana pemimpin-pemimpin PSM termasuk ahli parlimen Dr Jayakumar. Itu tidak adil,” tambah Anwar lagi.

Tuesday, June 28, 2011

Apa Punya Umno......

'Sejak bila pula kemeja-T dianggap cetus perang?

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim hari ini berkata penangkapan dan tahanan reman ke atas 34 petugas parti itu, termasuk ahli parlimen Dr D Jeyakumar, menunjukkan BN gentar dan mahu terus berkuasa.

Beliau bertanya bagaimana pula kemeja-T, yang dijual secara meluas di Pasar Seni dan di tempat lain, boleh dianggap sebagai memerangi Yang di-Pertuan Agong, sedangkan mereka tidak bersenjata.

dr nasir hashim
"Kami telah menyertai pilihan raya yang diadakan secara demokratik sejak 1999 dan tidak ada sebarang niat untuk mengguling atau memerangi Yang di-Pertuan Agong," tegasnya.

Sebaliknya, kata beliau, tindakan ke atas petugas parti itu di Pulau Pinang kelmarin, menunjukkan pihak berkuasa dan BN gentar dengan membuat dakwaan palsu mengaitkan parti itu dengan komunis.

Katanya, PSM sentiasa menjadi parti akar umbi dan (setiausaha agung) S Arutchelvam, Jeyakumar dan beliau sentiasa turun padang, memperjuangkan isu-isu pekerja termasuk gaji minimum dan hak-hak asas untuk pekerja ladang.

Katanya, mereka juga tidak bersetuju dengan cukai perkhidmatan dan oleh itu mengapa mereka perlu terlibat dalam penderhakaan.

Arutchelvam yang turut hadir dalam sidang akhbar itu, berkata parti itu menyokong idea berhaluan kiri dengan PKMM, API, AWAS dan pergerakan PKM, tetapi bukan untuk menghidupkan semula komunisme.

Beliau juga menegaskan bahawa ahli-ahlinya sudah menjelajah seluruh negara sebagai sebahagian daripada kempen 'Udahlah' yang menggesa supaya ditamatkan 54 tahun pemerintahan BN.

"Ini tidak ada kena mengena dengan kempen BERSIH 2.0 yang kami sokong, tetapi adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang isu-isu nasional," tegasnya.

Monday, June 27, 2011

Bersih 2.0: Suhakam mahu Putrajaya benar himpunan aman 9 Julai


Di sebalik tindakan keras pihak berkuasa yang dilihat semakin meningkat, Suhakam mahu pentadbiran Najib membenarkan perhimpunan-perhimpunan aman termasuk anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pada masa yang sama, Suhakam berkata pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

“Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu (dengan) sewajarnya,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa.

Pemuda Umno dan Perkasa mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh dan masa yang sama.

Bersih 2.0 mendakwa pihaknya hanya mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut sistem pilihan raya yang bebas dan adil dengan diletakkan lapan tuntutan.

Hasmy berkata Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub ddalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Kata beliau, Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

“Dan, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ia perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan,” katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pihak polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mana-mana kumpulan yang mahu mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut.

Pihak polis sudah mula memanggil pihak penganjur ketiga-tiga perhimpunan itu.

Malah pihak polis juga sudah mula menahan mereka yang memakai kemeja-T Bersih 2.0

Suhakam: Perhimpunan Aman Tidak Seharusnya Disekat

Ambiga Sreenevasan dan A Samad Said selepas disoal siasat berhubung Himpunan Bersih 2.0 di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini. – Foto Choo Choy May


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata, perhimpunan aman tidak harus disekat daripada diadakan kerana ia adalah hak asasi awam untuk berbuat demikian.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, Suhakam berpendirian bahawa perhimpunan jalanan yang ingin dianjurkan oleh Bersih, perhimpunan oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Gerak Aman pada 9 Julai ini harus dibenarkan selagi ia diadakan dalam suasana yang aman dan tenteram.

Saturday, June 25, 2011

Ayah Bolehkah Saya Pinjam 3Juta RM Dari Bank

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Moral: Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi… yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya… yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk... Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita.. Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati… pihak syarikat akan senang2 cari orang lain… gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... Fikirlah... selama ni... apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?… untuk insan yang kita sayang??

Nazir Razak Terus Membisu

CIMB Group Holdings Bhd terus membisu tentang keputusannya untuk menarik diri daripada persaingan untuk bergabung dengan RHB Capital Bhd.

Ditanya sama ada ini disebabkan oleh harganya yang tinggi, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Nazir Razak, berkata: "Semuanya sudah terjawab. Saya rasa sudah jelas, jika anda baca kenyataan saya, semuanya jelas".

Penganalisis berkata perubahan keputusan ini bermula apabila Abu Dhabi Commercial Bank mula menjual 25 peratus kepentingannya kepada dana pelaburan berpangkalan di Abu Dhabi, Aabar Investments, pada harga yang agak tinggi.

Dana itu membayar RM10.80 sesaham bagi kepentingan itu semasa nilai patutnya dikatakan pada kira-kira RM10.50 sesaham, dan ini dikatakan telah merumitkan pengambilalihan RHB yang dicadangkan itu.

Mereka berkata harga terendah yang dipinta mungkin menjadi halangan dan menyebabkan CIMB dan Maybank menarik diri daripada rundingan-rundingan berkaitan. Nazir berkata langkah terbaik ialah menarik diri kerana ia tidak akan menghasilkan penggabungan yang boleh mewujudkan nilai.

"Ini adalah proses yang amat menyakitkan; rundingan penggabungan amat membimbangkan bagi pekerja mereka dan juga pekerja kami," katanya.

Lewat semalam, kedua-dua CIMB dan Maybank, membuat pengumuman tentang pembatalan rundingan masing-masing dengan RHBCap dibatalkan.

Menyentuh tentang masa pengumuman yang berlaku hampir serentak, beliau berkata: "Itu cuma kebetulan. Kami perlu mempercepat kenyataan kami kerana ada berita daripada Business Times Singapura," katanya kepada pemberita pada Hari Terbuka GLC di sini Jumaat.

Ditanya tentang keutamaan bank itu sekarang, beliau berkata: "Kami sentiasa menetapkan keutamaan kami untuk membina sebuah paltform Asia.

"Kami mempertimbang semua peluang... keutamaannya sentiasa luar negara," tegasnya. - BERNAMA

Friday, June 24, 2011

Malu Pula Rasanya Kalau Tak Serta Ni

Patutlah Isa Samad Di Lantik Pengerusi Felda

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata tidak ada masalahnya jika Felda meminjam wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – berjumlah RM6 bilion seperti yang ditimbulkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum ini.

isa samad interview 150509

Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.

Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu "penghormatan" kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan.

"Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar.

"Kalau saya meniaga saya ada duit, takkan saya nak guna semua duit saya sendiri, saya mesti pinjam. Itu yang penting, apa yang masalahnya kalau pinjam?

"Saya pun tak tahu apa masalah yang ditimbulkan itu. Saya beli kereta pun pinjam, saya tak tahulah kalau semua orang ANAK ini semua bayar tunai, saya tak tahulah," katanya lagi, menyindir NGO yang menimbulkan isu berkenaan.

Selain ANAK, perkara itu juga ditimbulkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menuntut Felda menjelaskan sama ada salah sebuah anak syarikatnya – Felda Global Ventures – mengalami kerugian dalam pelaburan di seberang laut.

Felda

Dalam satu kenyataannya, Anwar mendakwa kerugian daripada pelaburan dalam tempoh 2007 hingga 2010 itu berjumlah hampir RM500 juta.

Kerugian itu didakwa melibatkan pelaburan ke dalam syarikat Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia.

Pernah rugi

Sementara itu, ditanya sekiranya beliau menyentuh mengenai kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam ucapannya terdahulu, Mohd Isa secara ringkas berkata beliau hanya menyentuh mengenai kerugian itu secara umum.

"(Felda) pernah juga rugi pada awal-awal, tapi yang penting adalah bagaimana kita menguruskan kerugian itu supaya jadi baik," katanya lagi.

Dalam ucapannya terdahulu, Mohd Isa turut meminta wakil peneroka ke AGM berkenaan supaya "bersyukur" dan "tidak terpedaya" dengan golongan tertentu yang didakwa terus "mencucuk" masyarakat peneroka berhubung kerugian yang dialami Felda.

NONE

"Kita akan rugi sebab perjuangan mereka ini sampai pilihan raya ke-13... Jangan terpedaya kata kami di Felda nak menindas, nak menipu. Tak ada begitu sebab kita tahu tujuan hendak hapuskan kemiskinan luar bandar.

"Ada orang mencucuk masyarakat Felda, tapi apa nak buat memang ada orang macam itu," katanya lagi yang dipercayai merujuk kepada tindakan berterusan oleh kumpulan peneroka yang memfailkan saman ke atas Felda.

Thursday, June 23, 2011

BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA WAHAI TEMAN-TEMAN...


as"kum ...kepada semua masyarakat ISLAM adakah kita mahu negara kita ini dijadikan sebagai negara ISLAM yang menyokong Perjuangan MURTAD...lihat betapa sedihnya perjuangan ini disokong oleh pejuang-pejuang ISLAM yang berkepentingan politik sempit hingga sanggup mengenepikan adab-adab b...angsa melayu demi mempertahankan pejuang MURTAD...apa yang akan kita jawab di ahkirat nanti....wahai bangsa ku yang beragama islam bangunlah..bangunlah dari lena yang panjang...jangan biarkan ia berdiri diatas bumi yang bertuah ini...jangan biarkan selangkah pun ia berpijak di bumi tanah pusaka nenek moyang kita....ayuh kita pertahankan ISLAM...biar darah kita mengalir tetapi jangan biarkan anak cucu kita merempat dan mengemis di tanah yang bermaruah ini...----

Dan saya pasti ianya merujuk kepada pemimpin spt dibawah :

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

Wednesday, June 22, 2011

Rakyat terhibur Perkasa, Pemuda Umno bertelagah

Dewuda PAS Pusat (DPPP) melihat adegan serang-menyerang antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berhubung himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai begitu menghiburkan rakyat yang sebelum ini sedikit terganggu apabila diasak oleh pelbagai ugutan oleh kedua-dua pihak ini.

Khairy meminta Presiden Perkasa, Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana mengeluarkan kenyataan ‘perkauman, menghasut dan berbahaya’.

Manakala Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris, pula mahu Khairy disiasat di bawah ISA kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, paling menarik sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

“Situasi pada masa ini nampaknya begitu menyebelahi Bersih dan rakyat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, Bersih terus mara walaupun pada mulanya ada pihak yang cuba membuat kacau dan mengugut mahu melakukan huru hara.

“Termakbulah doa orang-orang yang beriman yang bertekad menyertai Bersih kerana Allah memecah belahkan golongan yang takut pada perpaduan rakyat melalui Bersih,” katanya.

Tambahnya, mereka mahu memecah belahkan sokongan rakyat pada Bersih yang akhirnya mereka sendiri yang berpecah dan bercakaran.

Katanya, DPPP yakin dengan keikhlasan rakyat yang akan turun 9 Julai ini, segala ancaman dan ugutan dari Perkasa atau pihak-pihak lain hanyalah menambahkan semangat mereka sahaja.

Tegasnya, semakin di desak, diugut, ancam, maka semakin kuatlah iltizam rakyat menuntut perubahan.

“DPPP mengesa seluruh Jentera Penerangan PAS, khususnya jentera pemuda untuk mempertingkatkan promosi Bersih melalui ceramah, roadshow, edaran risalah serta kempen siber,” katanya lagi.

Beliau menambah, setiap rakyat berhak untuk tahu tentang Bersih dan himpunan 9 Julai.

Menurutnya, mereka wajib tahu hak demokrasi mereka dan penyelewangan yang berlaku dalam Pilihan raya serta 8 tuntutan Bersih.

“Kepada Pemuda Umno dan Perkasa, mari sertai Bersih atau duduk sahaja dirumah menjadi suri rumah kalau tidak berani berdepan dengan tuntutan rakyat.

“Ayuh anak muda, ayuh rakyat. Katakan Ya pada ‘Bersih’ dan Ya untuk ‘Hak Demokrasi’ anda. Mari kita ‘kuningkan’ Kuala Lumpur 9 Julai ini,” katanya.an Pem

Khir Toyo Pinjam Bank RM3 Juta,MUDAHNYA BANK MELULUSKAN PINJAMAN

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo membuat pinjaman bank sebanyak RM3 juta bagi membeli dua lot tanah dan sebuah rumah banglo di Seksyen 7, di sini, empat tahun lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh Pegawai Bank HSBC, cawangan Petaling Jaya, dekat sini, Chuan Yew Tean, 35, yang bertanggungjawab menguruskan urusan pinjaman tersebut.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai hasrat Mohamad Khir untuk membuat pinjaman oleh seorang pegawai atasannya pada sekitar Mei 2007, iaitu semasa beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus Pusat Premier di bank itu.

"Pegawai atasan saya memberitahu bahawa Mohamad Khir mahu mengambil pinjaman untuk membeli hartanah.

"Saya menghubungi Mohamad Khir dan beliau memberitahu mahu membeli hartanah yang berharga dalam lingkungan RM3 juta hingga RM3.5 juta," katanya.

Selain itu, Chuan juga memberitahu bahawa beliau dimaklumkan oleh pegawai atasannya mengenai kedudukan Mohamad Khir sebagai seorang Menteri Besar.

Saksi pendakwaan ke-14 setersnya berkata, beliau menghubungi Mohamad Khir memandangkan statusnya sebagai seorang pelanggan premier.

"Untuk menjadi premier, seseorang itu mesti mempunyai deposit tetap sebanyak RM200,000 di dalam akaun," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Pada keterangan lain, Chuan memberitahu bahawa beliau telah menghubungi seorang jurunilai daripada Rahim & Co, yang merupakan panel kepada Bank HSBC untuk membuat nilaian terhadap hartanah yang ingin dibeli oleh Mohamad Khir.

"Pihak bank hanya memberi pinjaman tidak melebihi 10 peratus daripada harga tawaran atau harga pasaran, yang mana lebih rendah," katanya.

Saksi menambah, jurunilai yang dilantik meletakkan harga hartanah tersebut pada jumlah RM3.5 juta dan pihak bank bersetuju untuk meluluskan pinjaman sebanyak RM3 juta.

"Mohamad Khir mesti bersetuju dengan jumlah yang diluluskan, jika tidak, pinjaman tidak akan diteruskan," katanya.

Pada keterangan lain, Chuan bersetuju dengan cadangan oleh Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin bahawa layanan yang diberikan kepada Mohamad Khir adalah dikategorikan sebagai 'biasa' kepada seorang pelanggan premier.

"Bukan semua orang boleh menjadi premier," Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki didengari berkata selepas saksi selesai menjawab soalan.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini yang masuk hari kelapan pada Selasa, juga mendengar keterangan daripada seorang perunding reka bentuk, Noorizwandy Rajab, 38, yang turut memainkan peranan dalam kerja-kerja pengubahsuaian banglo itu.

Saksi pendakwaan ke-19 berkata, dia dilantik oleh pereka laman, Nasir Ismail sebagai pengurus projek, pelukis pelan dan juga diminta untuk menguruskan pekerja-pekerja yang melakukan tugas tersebut.

"Projek itu adalah untuk kerja-kerja meroboh dan membina semula banglo dua tingkat di lot 8," katanya yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud.

Noorizwandy yang berkelulusan diploma jurusan seni bina daripada Institut Bina Usahawan memberitahu, dia dibayar gaji sebanyak RM5,000 sebulan semasa bekerja dari Mac 2006 hingga April 2007.

Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di Lot 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, pada harga yang lebih rendah daripada syarikat Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Mohamad Khir didakwa membeli hartanah itu pada harga RM3.5 juta, sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah tersebut pada 23 Disember 2004. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, Mohamad Khir boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mohtarudin menggingatkan wartawan supaya lebih berhati-hati semasa menulis berita selepas dimaklumkan berlaku kesilapan dalam laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal berita.

Kesilapan itu dibawa ke pengetahuan beliau oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed sebaik sahaja prosiding bermula.

"Apa yang dilaporkan agak menyimpang jauh. Pihak Pendakwa Raya dan peguam bela yakin mahkamah memerlukan laporan yang adil, tepat dan munasabah," katanya.

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran