Followers

Saturday, April 30, 2011

“Jangan sertai himpunan itu atau kamu akan dibuang UM!” - INILAH tema Hari Pekerja tahun 2011!

Seorang aktivis Universiti Malaya yang juga Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Izzuddin Hilmi Mohd Zaini telah diingatkan supaya tidak menyertai himpunan hari pekerja 1 Mei esok ataupun berdepan dengan tindakan dipecat dari universiti itu.

izzuddin hilmi leading the crowd of 200Menurut sumber amaran tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor dan Alumni Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Rohana Yusof.

“Jangan sertai himpunan itu atau kamu akan dibuang UM!” katanya kepada pelajar UM berkenaan.

Sumber juga mendakwa Izzuddin (atas, baju putih) telah dihubungi oleh Rohana sebelum ini untuk berjumpa dan berbincang sesuatu di pejabatnya.

Setelah berjumpa dengannya, beberapa pertanyaan telah ditujukan kepada mahasiswa tahun akhir itu.

Antaranya tentang pembabitan Izzuddin dalam himpunan 1 Mei nanti dan beberapa soalan lain berkenaan penglibatannya dalam gerakan dan politik luar.

Izzuddin dalam kenyataannya menegaskan beliau berjumpa dengan Rohana atas sebab 'kerelaannya' sendiri setelah dihubungi sebelum ini.

“Saya dinasihati olehnya dan mengeluarkan amaran agar jangan sertai Himpunan Pekerja 1 Mei nanti.

“Saya tanya kalau saya sertai, Datuk jawab...sertai atau kamu akan dibuang universiti,” tambahnya lagi.

NONEJawatankuasa 1 Mei yang terdiri daripada lebih 60 kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan mengadakan perarakan sempena Hari Pekerja dengan tema 'Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi' pada 1 Mei ini.

Peserta diberitakan akan berkumpul di Stesen Monorel Chow Kit dan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 10.30 pagi dan berakhir dengan bacaan deklarasi Hari Pekerja di Dataran Merdeka.

Selain Izzuddin yang mewakili SMM, turut hadir dalam sidang media sebelum ini ialah penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Bawani KS, Pengarah Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Valerie Thomas, wakil Suaram, Andika Abd Wahab.

Kalau begitu tukar nama saja! Utusan Porno dan Berita Porno!

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.

Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran.

NONE"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam.

"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi,” kata Hata.

Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf.

Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana.

Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah.

NONE"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi."

Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu.

Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka.

"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar.

NONE"Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung," katanya

Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya.

Friday, April 29, 2011

Ibu Aminulrasyid cuba 'bersihkan' nama anaknya

Setahun sudah berlalu sejak kematian remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah, tetapi kenangan silam dan beberapa dakwaan yang dilemparkan kepadanya masih belum ditarik balik.

NONE"Anak lelaki saya ditembak mati dan polis memfitnahnya dan keluarga saya bagi menutup jenayah yang dilakukan mereka itu,” kata ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad (kanan).

Antara mereka, dakwa ibu yang merintih itu adalah bekas ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang melabelkan Aminulrasyid sebagai seorang “penjenayah”.

Dalam laporan polisnya hari ini, Norsiah menuntut Khalid, yang baru-baru ini dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua polis negara menarik balik kenyataannya itu.

"Pada hari tersebut, malah sebulum jenazah anak saya dituntut, Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa anak saya dan rakannya, Azamudin Omar, cuba merempuh kenderaan polis dan mereja menjumpai sebilah parang dalam kereta keluarga kami.

NONE"Kenyataan itu dibuat dengan niat jahat dan cuba memaparkan Aminulrasyid sebagai seorang penjenayah bagi menutup kesalahan yang dilakukan oleh polis,” kata Norsiah.

Aminulrasyid di tembak mati selepas dikejar oleh polis berhampiran rumahnya di Shah Alam pada awal pagi, 26 April tahun lalu.

Sehingga sekarang, hanya Korporal Jenain Subi (kiri) adalah anggota polis yang didakwa dan akan dibicarakan atas pertuduhan membunuh tanpa niat. Pada kejadian itu, 21 das tembakan dilepaskan ke atas Aminulrasyid.

Jika didapati bersalah Jenain menghadapi hukuman penjara 30 tahun dan juga didenda.

PAS perlu kekal dalam Pakatan

Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu berkata, beliau berpandangan bahawa parti Islam itu perlu kekal bersama Pakatan Rakyat walau walau apa saja nasib yang bakal menimpa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, keputusan berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan tidak harus dibuat secara bersendirian oleh mana-mana pemimpin PAS tetapi dibuat oleh parti.

Katanya, isu melibatkan tayang video lucah oleh trio Datuk T itu juga masih dalam siasatan dan beliau perbincaraan kes Liwat II juga masih berjalan.

"Saya berharap ada siasatan menyeluruh kemudian selepas itu barulah kita berbincang.

"Setakat apa yang berlaku sekarang ini, (ia) bertaraf spekulasi dan kita tidak mahu komen atas spekulasi.

"Siasatan yang berwibawa mesti datang daripada pakar dan sebagainya dan hasil siasatan itu kita akan bincang sama ada hendak terima atau tidak," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, parti itu juga tidak akan membuat pendirian rasmi kerana isu berkenaan setakat ini masih dilihat sebagai satu spekulasi.

"Kita tidak akan membuat pendirian selagi perbincangan rasmi tidak dibuat di peringkat parti dan di peringkat hukum.. kita akan tunggu di peringkat majlis syura ulama.

"Kalau (pandangan dibuat) di peringkat peribadi dia tidak secocok dengan pandangan jitu yang akan dibuat oleh majlis ulama," katanya.

Sumpah laknat: Eskay tak hadir, masjid kecoh

Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.

NONEMereka berkumpul di situ kerana sebelum ini, salah seorang anggota trio 'Datuk T" - Datuk Shazryl Eskay Abdullah - memberitahu semalam yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Semalam, Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan itu hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar.

Dua lagi anggotanya ialah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

NONEKeadaan bertambah panas apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi terdapat seorang penyokong PKR yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Selepas itu, kedengaran penyokong PKR bertakbir, dan keadaan menjadi bertambah panas apabila perkataan kasar, seperti 'bodoh' kedengaran di kalangan mereka yang berada dalam masjid.

NONEBerikutan itu berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dan wartawan di situ,

Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid yang bergerak keluar ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.

Beliau meminta semua orang keluar dari masjid bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

NONEAbdul Razak berkata, beliau difahamkan upacara sumpah laknat itu telah dibatalkan.

Difahamkan terdapat wartawan yang mendapat kiriman SMS dari Eskay pada jam 2 petang tadi, memberitahu yang beliau bersolat Jumaat di masjid lain dan dalam perjalanan ke masjid di Sentul baru itu.

Kerajaan Malaysia sedang mengundang bala dari Allah... MasyaAllah..Nauzubillah min zalik.

Lebih banyak klip video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di Youtube.

alleged four full sex videos on youtube 290411Empat klip tersebut - sepanjang antara 4 minit hingga 4:24 minit - serupa dengan video 22 minit yang ditayangkan kepada wartawan pada 21 Mac di hotel Carcosa Seri Negara.

Ini adalah bahagian ketiga daripada video seks tersebut yang dibocorkan di internet, tetapi tidak seperti dua klip sebelum ini, empat klip terbaru itu memaparkan aksi seks.

Bagaimanapun, video yang dimuatkan oleh "rabiaab11" telah dikeluarkan dari Youtube kerana ia melanggarkan polisi lamanweb tersebut berhubung kandungan berunsur seks.

Berdasarkan maklumat pada Youtube, empat klip tersebut dimuatkan antara jam 2 petang hingga 6 petang semalam.

Video memaparkan beberapa aksi sek termasuk aksi wanita terbabit melakukan seks oral ke atas lelaki dalam klip tersebut.

Tidak seperti klip-klip yang muncul pada 4 April dan pada hari Rabu, yang sepanjang 1:45 saat, empat klip yang dimuatkan 'rabiaab11' semalam adalah lebih panjang.

Dua tahun di bawah Najib: Politik samseng semakin ketara

Hanya dalam jangka dua tahun, Barisan Nasional yang seketika dahulu diumpamakan sebagai "kapal yang sedang karam", kini menjadi kapal selam pertama negara kita - terapung dengan stabil di permukaan lautan. Slogan dan logo 1Malaysia di merata-rata - menggantikan "senyuman Pak Lah". Suasana "feel good" kini menyelubungi zaman Najib.

Suasana "feel good" kembali semula. Mahathir yang mendominan dari segi kepimpinannya memberi penilaian sedemikian, "Pentadbiran Najib jauh lebih baik daripada Abdullah Ahmad Badawi", direstui rakyat yang sudah membiasakan diri dengan pimpinan dominan. Namun, seperti era Mahathir yang sarat dengan projek mega, suasana "feel good" dalam zaman Najib juga diwujudkan dengan taburan wang.

Setahun sebelum ini kita masih memberi penilaian sebegini, "UMNO di bawah pimpinan Najib pada hakikatnya tidak berbeza dengan zaman Abdullah Ahmad Badawi". Setahun kemudian, pada hari ini, kita perlu memberi penilaian bahawa UMNO di bawah pimpinan Najib lebih teruk daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam perhimpunan UMNO di mana Najib mengambil alih tampuk pimpinan, dengan semangat yang berkobar-kobar beliau melaungkan "berubah atau rebah". Namun, dua tahun selepas itu, kita mendapati janji Najib untuk berubah hanyalah hiasan, seperti gagasan 1Malaysia-nya, hanya mewujudkan suasana baik secara kolektif tanpa makna yang konkrit.

Pada hakiktnya, dasar perkauman tetap kekal sementara slogan 1Malaysia berkumandang. Model Ekonomi Baru (MEB) yang mengandungi program transformasi ekonomi dan kerajaan hanyalah lanjutan daripada Dasar Ekonomi Baru.

Ketika MEB diketengahkan, media terutamanya akhbar Cina telah menari mengikut rentak kerajaan Najib - memansuhkan DEB, kuota bumiputera, membantu 40% rakyat termiskin - namun akhirnya ia meleset. Bukan sahaja kuota bumiputera tidak dimansuhkan, sebaliknya membincangkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera, bagaimana untuk menambah ekuiti saham bumiputera. Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) yang menentukan lima tahun akan datang mencadangkan agar menggariskan matlamat 30% saham bumiputera, malah menggerakkan lima agenda bumiputera. Seterusnya, TERAJU yang menggerakkan agenda bumiputera ditubuhkan pada Februari, untuk memantapkan lagi agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

Ketika Najib memujuk kaum lain dengan topeng "1Malaysia"-nya, dengan "budi yang sedikit seperti peruntukan kepada sekolah" dan sebagainya, beliau giat menggerakkan dasar perlindungan bumiputera - untuk memastikan undi Melayu kekal bersama UMNO. Persoalannya adalah dasar affirmatif kaum ini melanjutkan semangat kronisme sejak zaman Mahathir, terus menyalurkan kepentingan kepada kroni UMNO.

Semasa membentangkan RMK10 pada tahun lalu, kerajaan Najib berjanji agar sektor swasta menjadi peneraju dalam bidang ekonomi. Ia berakhir sebaliknya, di mana GLC semakin berkembang, misalnya Kumpulan Wang Persaraan mengambil alih saham dari syarikat seperti WCT, IJM, UMW Holding dan PLUS, menjadi pemegang saham yang besar di syarikat-syarikat tersebut. Selain itu, keadaan monopoli masih kekal, dan kerajaan Najib tidak menyediakan gelanggang yang sama rata untuk persaingan syarikat swasta.

Lebih teruk dari zaman Abdullah

Dua tahun yang lalu, walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa ahli politik dari pelbagai peringkat ke mahkamah, namun politik wang masih berleluasa, dan korupsi terus bermaharajarela. Ketika bekas PM Abdullah ditanya mengapa beliau meluluskan peruntukan ketika pilihan raya, beliau masih cuba membela tindakan kerajaan menyogok pengundi dengan pelbagai alasan. Namun, Najib lebih berterus-terang, tanpa berselindung untuk mengungkapkan "You help me, I help you".

Melainkan PRK "3 dalam 1" ketika Najib baru mengambil alih teraju sebagai PM, iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai - pentadbiran Najib selama dua tahun ini telah melalui 11 PRK, iaitu Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Dalam 11 PRK ini, BN tidak berhenti daripada perbuatannya untuk menyogok pengundi.

Menjelang PRK, pelbagai peruntukan dari pelbagai peringkat kerajaan disalurkan ke dalam kawasan pengundian. Masalah yang dilonggok bertahun-tahun diselesaikan dalam sekelip mata. Jalan diturap, warga emas diberi kebajikan. Sepanjang tempoh kempen pilihan raya, pegawai dari pelbagai jabatan dihantar untuk berkhidmat di kawasan pengundian - membuka kaunter rawatan, perkhidmatan pemeriksaan tubuh, ceramah keselamatan di jalan raya dan sebagainya - cubaan untuk menggulakan pengundi.

Selain daripada jamuan yang disediakan, orang parti politik terus menyogok pengundi dengan hadiah, wang tunai dan sebagainya. Ketika PRK Merlimau, pemimpin akar umbi MCA ditemui (kantoi) wartawan semasa memberi duit kepada pengundi, namun polis dan SPRM yang menerima aduan hanya berpeluk tubuh.

Menyedari imej MCA dan Gerakan yang gagal diselamatkan, Najib mula menggunakan "1Malaysia" sebagai jenamanya. Sejak PRK Galas, pertubuhan 1Malaysia mula memasuki kawasan pengundian untuk memikat hati pengundi Cina. Mereka menyediakan jamuan atas nama "1Malaysia" - tarian selain cabutan tuah - menukarkan pilihan raya yang serius kepada karnival yang meriah. Gambar Najib yang besar pada pentas seolah-olah mengingatkan pengundi, "You help me, I help you".

Keganasan dalam PRK

Selain mendodoikan pengundi dengan wang, PRK yang diadakan dalam pemerintahan Najib juga memperlihatkan peningkatan tahap keganasan. Dalam PRK Bagan Pinang, bulan ketujuh selepas Najib memegang tampuk kerajaan, berlakunya satu kes berdarah dalam kawasan pengundian. Beberapa orang pekerja PAS diserang, dibelasah sehingga cedera, malah salah seorang daripadanya dicederakan senjata tajam. Walaupun kejadian ini berlaku di depan Balai Polis Teluk Kemang, namun anggota polis tidak mengambil tindakan untuk menghalang tragedi ini.

Sesungguhnya, "budaya samseng" dalam pilihan raya telah wujud sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi. Sama ada PRK Ijok mahupun Permatang Pauh, kita telah menyaksikan kejadian keganasan terhadap pekerja yang berkempen. Namun, mencederakan orang dengan senjata, adalah sesuatu yang baru.

Keganasan yang membeliakkan berulang dalam PRK seterusnya. Ketika PRK Merlimau dan Kerdau, kereta Anwar dihalang oleh kira-kira 30 orang anggota kempen BN, dibaling batu dan diketuk bendera. Meskipun aduan polis telah dibuat oleh anggota PKR, namun tetap tidak dipedulikan.

Selain itu, meskipun samseng BN menyerang pekerja pembangkang, namun sekurang-kurangnya orang awam berada dalam "zon selamat" - ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi. Dalam zaman Najib, orang awam pula dijadikan sasaran.

Dalam PRK Merlimau dan Kerdau, orang awam yang hadir ceramah pembangkang diserang cermin kereta, dipancitkan motorsikalnya, diconteng keretanya. Malah, tersebar sms ugutan untuk memberi amaran agar orang awam tidak menghadiri ceramah pembangkang seandainya tidak mahu kenderaan mereka dirosakkan.

Pilihan raya seharusnya gelanggang sama rata untuk semua parti politik yang bertanding. Namun demikian, sikap Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis berpeluk tubuh untuk membenarkan kejadian keganasan berlaku telah menjejaskan keadilan pilihan raya. Daripada apa yang berlaku di atas, pilihan raya dalam zaman pentadbiran Najib jauh lebih kotor daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi. Fenomena ini mungkin akan dibuktikan dalam PRN Sarawak

'Tiada hak rampas selipar, apatah negeri berdaulat'

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan bahawa tiada pihak yang berhak merampas apa-apa daripada sesiapa, apatah lagi jika daripada negara yang berdaulat.

“Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat.

NONE“Insya-Allah, harapan saya mesej ini sampai kepada dunia,” tulisnya Nik Aziz di laman twitter.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyatakan demikian selepas pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W Jones di pejabat menteri besar Kelantan di Kota Bharu, tengah hari ini yang menyentuh mengenai isu Palestin.

“Tidak lupa saya tegaskan pendirian saya terhadap isu Palestin dan rasa tidak puas hati dengan polisi Amerika Syarikat di Palestin,” tulisnya.

Selain isu Palestin, menurut Nik Aziz, banyak perkara yang dibincangkan dengan duta berkenaan seperti isu pendidikan, senario politik di Malaysia dan lain-lain.

Thursday, April 28, 2011

Rahim wakilkan Eskay sumpah laknat bagi semua

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.

NONEBagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:

"Eskay (bersumpah) wakili semualah."

'Atas nama Allah, Rasulullah'

Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.

Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.

"Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami (Datuk T) ambil ini semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaram dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri," katanya.

Beliau yang mengakui mengenali Anwar secara peribadi juga berkata, "atas nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak cucu kita", beliau dan rakan-rakannya bertangungjawab sepenuhnya atas pendedahan itu.

Video Lucah Bhg Dua - Polis, Datuk T Bersekongkol, Kata Saifuddin




SHAH ALAM 27 APRIL : Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube, menguatkan hujah bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.



Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.



Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution percaya polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet.



" Penyebaran bahagian kedua atau ketiga sekali pun bukan merupakan satu perkara baru dan tidak memeranjatkan kerana perkara tersebut dilakukan oleh pihak polis sekali dengan bantuan Datuk T,” kata Saifuddin kepada TVSelangor.



" Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis.Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T," tambah beliau.



Saifuddin kesal diatas cubaan bertalu-talu untuk mengaibkan Anwar menerusi fitnah.



" Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka,” kata beliau.



Klip bahagian dua didedahkan pada hari sama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay menyerahkan DNAnya untuk “memperketatkan” fakta kes.



Bahagian pertama video lucah itu dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan.



Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian akhir.



Gandingan 'Datuk T” iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana “mahu menyelamatkan negara” .



Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk “membinasakan” Anwar kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman.



Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun.



Saifuddin berkata persepsi umum bahawa video itu adalah fitnah Umno semata-mata diperkuatkan dengan tiadanya tindakan ke atas gandingan Datuk T sungguhpun terbukti mereka melakukan jenayah mengedar bahan lucah dan mengugut Ketua Pembangkang.



" Akibat dari pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas Datuk T, maka ini mengukuhkan lagi tanggapan awam bahawa video itu bermotif politik yang membabitkan pemimpin Barisan Nasional dengan kerjasama pihak polis sendiri,” kata Saifuddin.



Ditanya mengenai tindakan polis mengambil DNA Eskay, Saifuddin memnyifatkannya sebagai helah semata-mata untuk mengaburi agenda sebenar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.



" Siasatan itu kononnya DNA diambil dan sebagainya hanyalah satu lakonan semata-mata… seolah-olah pihak polis sedang bertindak ke atas salah seorang Datuk T iaitu Datuk Eskay. Walaupun kesalahan mereka (Datuk T) sangat jelas di bawah Seksyen 292 tetapi siasatan polis kelihatannya tidak menjurus ke arah itu, “ kata Saifuddin.



Walaupun polis selesai menjalankan siasatan, Pejabat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berpuas hati dan dua kali mengarahkan siasatan lanjut dijalankan, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai motif Gani.



Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin yang menyaksikan video penuh 21 minit itu menolak bahawa pelaku itu Anwar berasaskan susuk tubuh dan bahasa tubuh pelaku.

Ini Yang Umno Takut Bila PR Perintah Perak

Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini meluluskan peruntukan lebih RM600,000 untuk memasang sebanyak 56 papan iklan Kempen Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA di seluruh negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata papan iklan Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA ini akan dipasang di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan.

Beliau berkata, kos pemasangan papan iklan ini menggunakan peruntukkan Dana Akaun Amanah Penswastaan dan disalurkan kepada Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).

Beliau berkata, projek pemasangan dan pembinaan papan-papan iklan ini akan dilakukan secara tender terbuka yang akan diiklankan di akhbar-akhbar utama.

"Usul untuk memasang papan iklan Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada 1 April 2011," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan MMKN, hari ini.

Menteri Besar berkata, pemasangan papan iklan ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat yang mahu melaksanakan transformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara.

"Ia juga sejajar dengan Program kedua yang terkandung dalam Program 100 Hari jika Pakatan Rakyat memerintah negara iaitu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.

Wednesday, April 27, 2011

'1Melayu reaksi pemerkasaan kuasa Cina'

Mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo berpendapat cadangan pergerakan 1Melayu 1Bumiputera adalah reaksi semulajadi oleh orang Melayu terhadap pemerkasaan kuasa politik Cina.

NONE“Bagi orang Melayu sendiri corak pengundian kaum Cina dan dasar DAP yang dilihat anti segala-galanya yang membabitkan kepentingan bumiputera dan agama Islam merupakan satu petunjuk jelas bahawa sudah wujud gelombang mahu memperkasakan kuasa kaum Cina dalam politik setelah mereka menguasai ekonomi,” tulisnya di blognya.

Khir memberikan contoh bagaimana orang Melayu dan bumiputera, melihat sokongan kaum Cina kepada Pakatan khususnya pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu sebagai sokongan kepada pemerkasaan kuasa politik Cina melalui DAP.

Dakwanya tindakan itu bagi menghakis dan seterusnya menghapuskan apa-apa sahaja keitimewaan bumiputera seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

NONE“Justeru apakah mahu dipersalahkan penulis Melayu dan orang Melayu jika ada yang menganjurkan slogan 1 Melayu 1 Bumiputera sebagai jawapan kepada pengundian bercorak perkauman sebahagian besar kaum Cina hari ini?” katanya.

Khir berkata apabila orang Melayu membicarakan soal hak pribumi maka ia dianggap sebagai perkauman, tetapi apabila kaum Cina bercakap soal sekolah Cina, bahasa Cina dan ekonomi - kaum Cina tidak dianggap perkauman.

Bahasa Melayu

“Mengapa apabila ditubuhkan PERKASA maka ia dianggap pertubuhan perkauman, namum ratusan pertubuhan lain yang bersandar dan bertunggakkan kepentingan kaum Cina tidak dianggap perkauman oleh akhbar-akhbar yang dikuasai oleh kaum Cina?

NONE“Apakah bukan satu sikap perkauman apabila ada kaum Cina yang menggesa dan mendesak bahasa Melayu dijenamakan semula sebagai bahasa Malaysia?

“Kononnya, nama bahasa Melayu bersifat perkauman dan menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan serasi untuk belajar dan bercakap. Mungkin suatu hari nanti apa sahaja ikon kebangsaan yang ada nama Melayu mahu dihapuskan atas alasan tidak mencerminkan konsep 1 Malaysia,” katanya.

Menurut Dr Khir sama ada slogan 1 Melayu 1 Bumiputera yang dicadangkan oleh Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan itu berbentuk perkauman adalah bergantung kepada pelaksanaan, tuntutan dan kehendak gerakan tersebut.

perkasa first agm 270310 keris 03“Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia.

1Malaysia

“Namun jika ia bertujuan menyatukan kaum bumiputera bagi tujuan menindas dan menghancurkan kaum Cina maka konsep ini harus dianggap perkauman dan ditentang sehabisnya. Saya sendiri tidak akan bersetuju dengan sebarang konsep menindas dan menghancurkan kedudukan kaum lain,” katanya.

NONEMenurut beliau lagi, ramai juga yang tertanya-tanya apakah kumpulan-kumpulan NGO yang sering menggunakan konsep 1 Malaysia untuk mendesak penghakisan hak-hak bumiputera bukan merupakan satu tindakan perkauman?

"Mengapa orang Melayu sering dianggap perkauman bila bercakap soal penyatuan Melayu sedangkan kaum lain boleh sahaja bercakap soal penyatuan mereka tanpa bantahan orang Melayu?" akhirinya.

Utusan suara orang Melayu Umno

Naib presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata akhbar Utusan Malaysia perlu terus menyuarakan denyut nadi dan pemikiran orang Melayu kerana sebuah pergerakan politik yang diharapkan, tidak berani lagi untuk berbuat demikian.

"Mereka yang dulunya cukup lantang kini sudah bertukar menjadi liberal," kata Zahid yang juga menteri pertahanan tanpa menyebut nama pergerakan politik yang dimaksudkannya.

NONE"Jadi, untuk mengharapkan mereka terus bersuara bagi mempertahankan kepentingan orang Melayu, saya tidak fikir
mereka akan berani lagi bertindak demikian," kata Zahid yang pernah menjadi ketua pergerakan Pemuda Umno dalam tahun 1990-an.

Pemuda Umno ketika itu menjadi kumpulan pendesak dalam melindungi hak keistimewaan Orang Melayu. Bagaimanapun, pergerakan itu kini dilihat lebih berpendirian sederhana dan liberal.

"Oleh kerana banyak agenda nasional yang diteraskan oleh kerajaan untuk membangunkan orang Melayu masih belum mencapai sasaran, Utusan tidak seharusnya berada di persimpangan hanya kerana serangan pihak yang tidak senang dengan suara-suara orang Melayu.

"Bagi saya secara peribadi, Utusan kena terus menyuarakan denyut nadi dan pemikiran orang Melayu," kata Zahid ketika merasmikan mesyuarat agung Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) hujung minggu lalu.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, malah ada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dianggap sebagai terlalu perkauman dan ada pihak tertentu memberi cadangan serta pandangan kepada kerajaan supaya meminggirkan ahli politik yang menerajui NGO tersebut.

NONE"Sedangkan dia bersuara atas platformnya sebagai ahli politik
bebas dan sebagai peneraju kepada sebuah NGO demi kepentingan orang Melayu," katanya.

"Mengapakah ini saya bangkitkan? Saya bangkitkan kerana apakah tidak relevan lagi bagi orang Melayu membangkitkan isu Melayu. Sekali lagi saya tegaskan, tanpa mengetepikan hak dan kepentingan bangsa lain. Kalau orang lain membangkitkan isu mengenai kaum mereka, kita tidak marah tetapi kenapa bila kita bangkitkan mengenai kaum kita, mereka menuduh kita perkauman.

"Sebabnya kerana antara kita orang Melayu sudah tidak ada lagi kesatuan pemikiran, tidak ada lagi penyatuan di kalangan orang Melayu. Bila kesatuan itu tidak ada, maka senanglah kita diperkotak-katikkan oleh pihak tertentu tetapi jangan dalam keadaan ini menyebabkan kita seolah-olah berada di satu persimpangan. Kita tidak boleh berhenti di persimpangan, jalan kita mesti lurus.

NONE"Kepada pihak yang gemar melabelkan kaum Melayu sebagai
perkauman, mereka ini sepatutnya melihat bagaimana toleransinya kaum Melayu. Lihat sahaja kejayaan orang Cina yang tinggal di kampung Melayu, urusan hidup dan perniagaan mereka berjaya kerana dibantu oleh orang Melayu tetapi berapa ramaikah orang Melayu di kawasan kampung baru yang majoritinya masyarakat Cina mampu berjaya?" soalnya.

Berikut adalah ucapan penuh Zahid yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini:

Saya tidak berhasrat untuk berucap pada hari ini kerana bimbang, apakah ucapan saya nanti mempunyai nilai berita atau tidak terutamanya berada di atas pentas hari ini adalah bekas ketua saya sendiri, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga tokoh wartawan.

Tetapi sebagai salah seorang yang lahir daripada Utusan Malaysia, saya fikir saya perlu bercakap.

Bagi saya, KVUM ini telah memainkan peranan yang cukup berkesan kepada veteran-veteran Utusan yang selama ini berjuang untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu. Setiap tahun, badan ini berjaya memberi dividen kepada semua ahlinya walaupun jumlah tersebut mungkin tidak besar tetapi ia cukup bermakna. Ia membuktikan jasa veteran Utusan ini tidak dilupakan.

Saya berharap selepas ini, KVUM lebih kreatif untuk menjana kewangan badan ini terutamanya dengan menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta dan jika boleh badan ini harus memiliki bangunan sendiri untuk memudahkan segala aktiviti berkait dengan urusan kelab.

Mutakhir ini Utusan Malaysia diserang dari segenap sudut, dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah oleh pelbagai pihak. Namun, Kumpulan Utusan bukan hanya sebuah kumpulan persuratkhabaran. Kumpulan Utusan adalah institusi yang menjadi pemangkin kepada kesinambungan nasionalisme Melayu, tanpa mengetepikan kepentingan lain- lain bangsa dan kaum di negara ini.

Kumpulan Utusan diserang mutakhir ini kerana keberanian akhbar ini mendedahkan beberapa perkara dan pada masa yang sama merelevankan isu-isu nasional. Namun pihak yang tidak senang dengan Utusan seolah-olah menganggap isu-isu mengenai agenda Melayu tidak lagi relevan, seolah-olah isu Melayu ini adalah isu yang cauvinis bagi golongan bukan Melayu.

Pada hal, apa yang dibangkitkan oleh Utusan ini cukup relevan dengan masalah nasional. Adakah membangkitkan isu Melayu itu dianggap sebagai perkauman. Bagi saya, Utusan harus menjadi suara kepada keseluruhan orang Melayu dengan tidak sedikit pun berhajat untuk mengetepikan kepentingan lain-lain kaum. Ada media, ada akhbar yang memaparkan isu kaum tertentu tetapi mengapa mereka tidak pula dianggap sebagai cauvinis.

Apa yang diperjuangkan oleh Utusan ini adalah soal bagaimana 'keindukan' negara kita ini harus dipertahankan supaya generasi Y (generasi muda) sedar bahawa apa yang dinikmati oleh mereka sekarang adalah hasil perjuangan nasionalis dalam Utusan serta pemimpin politik terdahulu.

Kita mungkin generasi X (generasi tua) tetapi generasi Y sekarang yang tidak membaca Utusan dan media arus perdana lain merasakan, apa yang dinikmati sekarang adalah kerana meritokrasi mereka sendiri, bukan disebabkan perjuangan terdahulu dan di sinilah peranan yang harus dimainkan oleh Utusan.

Oleh yang demikian, walaupun Perdana Menteri mengatakan bahawa beberapa isu yang dibangkitkan Utusan adalah pandangan pengarang dan bukannya pendirian kerajaan tetapi suara Utusan adalah suara kita, suara orang Melayu keseluruhannya, suara denyut nadi dan pemikiran orang Melayu.

Ya...Sekarang orang Melayu berpecah tetapi, salahkah Utusan yang menjadi darah daging orang Melayu menyuarakan rasa sebenar orang Melayu tanpa disaluti rasa dendam terhadap kaum lain, tanpa mengenepikan teras negara kita sebagai sebuah negara majmuk. Kemajmukkan ini diterima oleh semua tetapi soalnya sekarang adalah usaha pihak tertentu untuk melakukan peminggiran secara sistematik terhadap Utusan yang menjadi suara orang melayu.

Oleh kerana banyak agenda nasional yang diteraskan oleh kerajaan untuk membangunkan orang Melayu masih belum mencapai sasaran, Utusan tidak seharusnya berada di persimpangan hanya kerana serangan daripada pihak yang tidak senang dengan suara- suara orang Melayu. Bagi saya secara peribadi, Utusan kena terus menyuarakan denyut nadi dan pemikiran orang Melayu.

Dahulu, mungkin antara kita mengharapkan sebuah pergerakan politik tetapi pergerakan parti politik itu tidak lagi menyuarakan pemikiran orang Melayu. Mereka yang dulunya cukup lantang kini sudah bertukar menjadi liberal. Jadi, untuk mengharapkan mereka terus bersuara bagi mempertahankan kepentingan orang Melayu, saya tidak fikir mereka akan berani lagi bertindak demikian.

Malah ada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dianggap sebagai terlalu perkauman dan ada pihak tertentu memberi cadangan serta pandangan kepada kerajaan supaya meminggirkan ahli politik yang menerajui NGO tersebut, sedangkan dia bersuara atas platformnya sebagai ahli politik bebas dan sebagai peneraju kepada sebuah NGO demi kepentingan orang Melayu.

Mengapakah ini saya bangkitkan? Saya bangkitkan kerana apakah tidak relevan lagi bagi orang Melayu membangkitkan isu Melayu. Sekali lagi saya tegaskan, tanpa mengetepikan hak dan kepentingan bangsa lain. Kalau orang lain membangkitkan isu mengenai kaum mereka, kita tidak marah tetapi kenapa bila kita bangkitkan mengenai kaum kita, mereka menuduh kita perkauman.

Sebabnya kerana antara kita orang Melayu sudah tidak ada lagi kesatuan pemikiran, tidak ada lagi penyatuan di kalangan orang Melayu. Bila kesatuan itu tidak ada, maka senanglah kita diperkotak-katikkan oleh pihak tertentu tetapi jangan dalam keadaan ini menyebabkan kita seolah-olah berada di satu persimpangan. Kita tidak boleh berhenti di persimpangan, jalan kita mesti lurus.

Kepada pihak yang gemar melabelkan kaum Melayu sebagai perkauman, mereka ini sepatutnya melihat bagaimana toleransinya kaum Melayu. Lihat sahaja kejayaan orang Cina yang tinggal di kampung Melayu, urusan hidup dan perniagaan mereka berjaya kerana dibantu oleh orang Melayu tetapi berapa ramaikah orang Melayu di kawasan kampung baru yang majoritinya masyarakat Cina mampu berjaya?

Apakah mereka dibantu? Saya tidak membangkitkan rasa perkauman tetapi ia sesuatu yang harus kita fikirkan. Adakah hakikat toleransi ini menyebabkan kita terus mahu dipinggirkan.

Pengamal-pengamal media adalah pemikir dan pemikiran yang dicetuskan oleh Utusan bukan hanya untuk generasi terdahulu, hari ini dan generasi Y tetapi orang juga melihat kelak bagaimana relevansi ini harus ada kesinambungan dan bukan hanya sekadar kita mahu menyedarkan orang Melayu tetapi apa yang lebih penting untuk kesinambungan generasi akan datang.

Meskipun kita berhasrat untuk menjadi bangsa yang bertaraf antarabangsa tetapi ia tidak bermaksud kita harus korbankan identiti bangsa kita. Lihat sahaja sebuah negara jiran yang kononnya atas semangat mahu memupuk integrasi dengan memansuhkan sekolah aliran kebangsaan dan sebagainya tetapi akhirnya di mana identiti mereka? Benarlah dari segi wajah kita mampu mengenal pasti siapa mereka tetapi identiti yang menjadi cerminan bangsa itu sudah hilang.

Akhir sekali, saya sekali lagi menyeru Utusan supaya terus menjadi pemangkin kepada denyut nadi orang Melayu, pemangkin kepada pemikiran orang Melayu dan juga pemangkin kepada suara orang Melayu keseluruhannya.

TV3 potong interbiu dengan saya: RPK

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin (RPK) menyangkal laporan TV3 bahawa belaiu 'tidak percaya lagi' dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu pada 2006.

NONESelepas dua siri interviu dengan Raja Petra disiarkan dalam
buletin utama di stesen swasta tersebut, beberapa pihak terus melabel penulis blog itu telah mengubah pendiriannya dengan 'menarik balik' dakwaan tertentu dalam akuan bersumpah (SD) yang telah difailkannya.

RPK mengaku beliau berkata "Saya rasa mustahil kot" dalam interviu dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Australia, tetapi mendakwa ayat pertengahannya telah dipotong dalam segmen yang disiarkan pada 13 April.

"Ia adalah interviu (selama 90 minit), sedikit sebanyak daripadanya mengenai SD saya. Bolehkah anda tidak ambil (siarkan) satu ayat sahaja tetapi ambil (siarkan) keseluruhan perenggan?” soalnya dalam temuramah video Skype dengan Malaysiakini dari Bangkok Ahad lepas.

Raja Petra berada di Bangkok untuk menghadiri forum anjuran Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM). Beliau adalah pengerusi MCLM dan gerakan itu mendakwa laporan itu telah diputarbelit.

rosmah mansor and altantuya murder caseBeliau berkata, kenyataannya telah disalah lapor kerana
interviunya telah disunting oleh penyiar, menyebabkan maksud sebenarnya telah berubah.

“Mungkin TV3 patut diminta menyiarkan keseluruhan perenggan,” katanya sambil menambah tanggungjawab itu terletak di bahu penyiar berkenaan untuk menjelaskan perkara tersebut.

Raja Petra mendakwa apa yang dikatakannya dalam perenggan tersebut ialah: Apabila saya diberitahu saya tak percaya lagi, saya rasa mustahil kot, Rosmah masuk hutan panjat bukit tengah malam, jadi saya tak percaya lagi, sehingga saya mendapat pengesahan.

Melayu mesti tolak perkauman sempit Umno

Semenjak selesai Pilihan Raya Sarawak di mana DAP telah menang di 12 kerusi DUN, DAP telah menjadi sasaran pencacai Umno khususnya Utusan Malaysia dengan slogan ‘Bersatulah Melayu’ mereka.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata, ini dilakukan walaupun diketahui umum bahawa semua parti-parti komponen PR juga turut menunjukkan prestasi yang semakin meningkat.

DAP, katanya dijadikan sasaran kerana mereka telah berjaya memperolehi kebanyakan undi dari masyarakat Cina dan dengan itu dikatakan bahawa Cina telah bersatu bawah DAP.

Katanya, dengan gaya pemikiran perkauman sempit yang menguasai minda Umno, maka tidak pelik bagi kita apabila kejayaan DAP untuk meraih undi Cina ditafsirkan sebagai penyatuan Cina untuk ‘menentang Melayu’.

“Pemikiran perkauman yang menguasai minda Umno, yang diluahkan melalui lidah tidak rasmi mereka, iaitu Utusan Malaysia, tidak berkemampuan memikirkan sebab dan alasan yang lain mengapa masyarakat Cina secara padu menyokong DAP,” tulis beliau di dalam blognya.

Menurutnya, mata mereka dikaburi perkauman dan telinga mereka didendangkan dengan sorakan-sorakan perkauman, tiada yang mereka mampu lihat dan tiada yang mereka mahu dengar melainkan perkauman.

Hakikatnya, kata beliau masyarakat Cina telah menyokong calon DAP dan menolak calon SUPP. Kedua-duanya adalah berbangsa Cina.

“Persoalannya, mengapa masyarakat Cina menyokong seorang calon Cina dan menolak calon Cina yang satu lagi?” soalnya.

Kata beliau, ianya tidak boleh dijawab dengan alasan perkauman kerana pada hakikatnya dua-dua calon adalah berbangsa Cina.

Yang berbeza, ujarnya adalah seorang calon (SUPP) berdiri bersama BN dan seorang lagi (DAP) berdiri bersam PR.

Katanya lagi, BN melambangkan kerajaan yang tenggelam dengan rasuah dan kronisma sambil PR pula melambangkan kerajaan yang bebas rasuah, telus dan berkebajikan.

Tambahnya, keadaan Taib Mahmud sebagai pemimpin yang kaya raya hasil rasuah jelas terukir di pemikiran masyarakat Sarawak dan oleh itu masyarakat Cina menolak BN dan sekutu-sekutunya.

“Kita seharusnya mengucapkan tahniah kepada DAP dan kumpulan NGO Cina yang telah berjaya mendidik masyarakat Cina untuk menolak pemimpin Cina yang rasuah ataupun yang bersubahat dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah,” ujarnya.

Menurutnya, penolakan menyeluruh oleh masyarakat Cina terhadap amalan rasuah adalah berdasarkan kefahaman yang telah dibina bertahun-tahun melalui proses pendidikan formal dan tidak formal yang menyakinkan mereka bahawa rasuah ini akan memusnahkan negara.

“Oleh itu, saya sememangnya bersetuju bahawa masyarakat Cina telah bersatu, tetapi bukan untuk menentang Melayu, mereka bersatu untuk menentang rasuah dan penyelewengan.

“Mereka telah berjaya membuktikan di Sarawak bahawa mereka akan menolak mana pemimpin Cina, walau ‘BESAR’ mana sekalipun, walaupun presiden pada sebuah parti, sekiranya pemimpin itu mengamal atau bersubahat dengan rasuah,” katanya.

Sememangnya, tambah beliau orang Melayu juga wajib bersatu seperti mereka tetapi bukan bersatu di atas dasar perkauman seperti seruan Utusan Malaysia dan Perkasa.

Katanya, orang Melayu harus bersatu di atas prinsip menolak pemimpin yang rasuah, lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa orang Melayu beragama Islam dan Rasulullah (SAW) telah menyatakan dengan jelas bahawa “pemberi dan penerima rasuah berada di dalam api neraka”.

“Sepatutnya, kita yang menunjukkan penolakan dan penentangan terhadap rasuah dan pemerintahan yang menyeleweng ini jauh lebih awal dari masyarakat lain.

“Sepatutnya kita yang berada di depan mendahalui yang lain, menjadi ummat yang boleh dicontohi, tetapi malangnya kita tetap berada ditahap lama, ditinggalkan masyarakat lain, khususnya masyarakat Cina pada ketika ini,” ujarnya.

Ini, ujarnya berlaku kerana malangnya, orang Melayu Islam di bawah pengaruh Umno dan Umno di atas sebab kejahilan mereka, telah mengharuskan rasuah di dalam alam politik dengan menganggap pengampunan Allah akan terjamin apabila dilakukan umrah sekali sekala.

Tambahnya, Umno yang menakut-nakutkan masyarakat Melayu sehingga terus menyokong perasuah dan perompak rakyat dari Umno kerana sekiranya tidak, maka Cina akan mengambil-alih kuasa.

Menututnya lagi, Umno yang memperbodohkan masyarakat Melayu sehingga mereka terus tidak sedar bahawa pada hakikatnya bila Umno kalah yang menang bukan DAP; tetapi PAS atau calon Melayu dari PKR.

Beliau berkata, dalam suasana kejahilan, ketakutan dan kebodohan ini Umno meraih kemenangan demi kemenangan dengan sokongan Melayu.

“Oleh itu, Umno ingin suasana sebegini terus kekal di kalangan masyarakat Melayu, supaya mereka akan terus berkuasa,” katanya.

Beliau menambah, inilah cabaran yang perlu diharungi PAS, khususnya untuk membebaskan masyarakat Melayu yang beragama Islam dari belenggu kejahilan, ketakutan dan kebodohan yang dipasang oleh Umno ke atas mereka.

Ini, ujarnya sehingga, satu hari kelak, masyarakat Melayu Islam akan bersatu, bukan untuk menentang Cina, tetapi untuk menentang rasuah dan menolak pemimpin yang rasuah dan parti yang membudayakan rasuah.

“Kalau DAP boleh berjaya dengan masyarakat Cina, mengapa tidak kita, masyarakat Melayu yang beragama Islam?

“Sekiranya tidak maka kita akan ketinggalan dan masyarakat lain akan menjadi jauh lebih maju dari kita,” ujarnya lagi.

Ini, tambahnya bukan sekadar lebih maju dari sudut material, tetapi lebih maju dari sudut nilai ketamadunan juga.

“Maka akhirnya apa yang akan ada dengan masyarakat Melayu Islam?” soalnya.

Tuesday, April 26, 2011

Kediaman PM dan TPM tidak pernah siap

Subky Latif

KETIKA saya ke Putrajaya tersesat ke satu jalan mati. Si hujung jalan mati di tebing sungai tersergam sebuah mini istana. Ia rupanya kediaman Timbalan Perdana Menteri.

Ia bukan jalan masuk ke kediaman Tan Sri Muhyidin Yassin itu. Jalan itu sempit. Untuk pusing ke belakang pun sulit. Ia sesuai bagi penghuninya lari kalau dia diburu dari jalan masuk yang sebenar.

Mengikut orang-orang di Putrajaya, Tan Sri Muhyiddin tidak tetap bermalam di situ dan dia belum betul pindah ke situ walau pun sudah lebih dua tahun jadi Timbalan Perdana Menteri.

Saya diberitahu, mini istana itu sedang direnovasi. Mungkin itu yang menyebabkan TPM tidak menetap tetap di situ.

Kononnya sebaik sahaja dia pindah ke situ, dia mengubah suainya.

Rumah itu dibina untuk Timbalan Perdana Menteri ketika penjawatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana malamnya sama banyak dalam dan luar negeri dan di dalam negeri pun dia ada rumah sendiri, maka kurang sangat dia bermalam di situ.

Bila Tun Abdullah Badawi menjadi tuan baru bangunan itu, dia dikatakan membuat ubah suai. Apabila dia pindah ke kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Najib pun menjadi penghuninya.

Cita rasa pasangan suami isteri itu biasanya lebih tinggi dari penghuni sebelumnya. Lebih banyak ubah suai dilakukan.

(Kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana)

Tidak diketahui besar mana belanja renovasi itu.

Tiba giliran Muhyiddin Yassin menjadi penghuninya, dia mengesahkan rumah itu tidak pernah siap. Sedang direnovasi lagi.

Jika 50 tahun Barisan Nasional memerintah, jika gaya hidup demikian diteruskan, berapa puluh lagi mini istana itu akan menghadapi ubah suai. Ia mungkin kekal menjadi bangunan yang tidak pernah siap.

Abdul Khalid Samad, Anggota Parlimen Shah Alam berceramah di Taman Melewar, Gombak. Dia menyebut satu peruntukan dalam bajet negara yang dibentang Najib ialah mengubah suai kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana sebanyak RM65 juta.

Wau! Banyaknya!

Wang sebesar itu boleh membina sebuah kediaman yang kecil sedikit dari kediaman Perdana Menteri yang ada itu. Kalau dibina di tanah di luar Putrajaya bagi banglo sejuta ringgit sebuah, boleh dapat 65 buah.

Apa lagi kurangnya kediaman Perdana Menteri yang ada itu?

Adakah ia satu contoh mendahulukan rakyat? Atau ia mendahulukan Perdana Menteri dan anak-anaknya selama menjadi Perdana Menteri?

Adalah betul ia bukan rumah Najib dan Rosmah. Ia kediaman Perdana Menteri dan bagi sesiapa saja yang menjadi Perdana Menteri selepas ini.

Orang tidak tahu akan keperluan renovasi sehingga RM65 juta itu. Tetapi yang dapat dikhayalkan itu tuntutan yang dibuat oleh Puteri Gunung Ledang apabila Raja Melaka meminangnya.

Raja Melaka pun tak sanggup menunaikannya padahal baginda adalah raja. Ertinya dalam kediaman Najib itu ada ruh dan impian Puteri Gunung Ledang. Ia satu kehidupan kayangan yang fantasi. Impian Puteri Gunung Ledang itu satu kisah dongeng. Tetapi fantasi pasangan Najib ialah satu transformasi dongeng?

Biasanya peruntukan RM65 juta itu tidak dibelanjakan mengikut nilai peruntukan itu. Ia boleh memberi komisyen hingga 30 peratus. Barisan Nasional terkenal dengan keberanian menggandakan peruntukan sesuatu projek, hingga yang sepatutnya murah menjadi mahal tang-tang-tang.

Ia satu cara untuk menghalalkan lintah darat mengaut duit negara.

Tunku Abdul Rahman Putra dulu anak Sultan. Sebagai Perdana Menteri dia tinggal di bangunan yang dinama Residensi di tengah Jabatan Perdana Menteri. Bangunan lama yang digunakan oleh Orang Putih dulu. Kerajaan ketika itu membina kediaman Perdana Menteri yang dinamakan Seri Taman di belakang Masjid Negara. Bila siapa Tunku enggan pindah. Rumah itu pun didiami oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Razak

Tunku itu anak Raja. Tetapi agaknya kerana berjiwa rakyat, dia memilih kediaman yang sederhana. Tetapi anak rakyat yang menjadi Perdana Menteri, mungkin berjiwa raja, maka memilih gaya hidup dan impian bangsawan.

Amat tidak sedap mendengar cerita kediaman Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri yang tidak pernah siap ini. Ia cerita yang berkembang dalam masyarakat. Ia boleh memburukkan imej pimpinan negara.

Cerita yang saya dengar mungkin lagi memburukkan Perdana Menteri dan timbalannya. Maka wajar Perdana Menteri atas nama Menteri Kewangan membuat penjelasan supaya orang tidak bersangka tidak baik kepada pemimpin negara.

Umno jemput DAP masuk BN?

Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya.

Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA.

Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan.

Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.

Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu.

Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya.

Pulau Pinang Lubuk Judi Kata Utusan Malaysia

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berpendapat laporan akhbar Utusan Malaysia semalam bertajuk 'Pulau Pinang lubuk judi?' hanya mahu menempelak kerajaan Persekutuan.

Katanya, beliau tidak nampak isu tersebut memberi imej buruk kepada kerajaan negeri itu yang diterajui DAP, memandangkan umum mengetahui bahawa kuasa meluluskan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno BN.

Begitu juga penguatkuasaan terhadap sebarang judi haram. Ia adalah bidang kuasa polis bukannya kuasa kerajaan negeri.

"Saya rasa Utusan pun tahu la. Lesen judi bukan diluluskan oleh kerajaan negeri, tapi oleh kerajaan persekutuan.

"Kalau Utusan cakap macam itu, macam dia menepuk air kena ke muka sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di ibu negara hari ini.

Tambahnya, pihak kerajaan negeri juga tidak berkuasa mengambil tindakan undang-undang kerana bidang kuasa tersebut hanya ada pada pihak polis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar pro-Umno itu semalam berhubung peningkatan kadar tangkapan sindiket judi di pulau pinang.

Guan Eng bagaimanapun menegaskan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak pernah meluluskan sebarang lesen untuk tujuan itu.

"Jadi saya tidak tahu, dia (Utusan) serang kerajaan DAP Pualu Pinang ke, atau kerajaan Persekutuan dan pihak polis," katanya.

Turun harga barang

Sementara itu, pada sidang media sama, beliau yang juga Setiausaha DAP Kebangsaan mahu kerajaan memberi penjelasan berhubung harga barangan keperluan masih tinggi biarpun nilai ringgit meningkat.

Katanya, nilai ringgit yang kini pada RM2.99 untuk 1 USD adalah pada kadar tertinggi dalam tempoh 14 tahun.

"Kesannya, barangan import kita jadi murah sebab nilai ringgit kita tinggi, namun untuk 6 bulan ini kita tidak lihat lagi harga barang diturunkan," katanya.

Sebelum ini ujarnya, kerajaan sering menggunakan perbandingan dengan Amerika untuk menaikkan sesuatu harga barang, namun dalam keadaan terbaru ini tiada pula perbandingan sama dibut untuk menurunkan harga barang tersebut.

"Kita bagi tempoh sebulan kepada kerajaan BN untuk bertindak menurunkan harga barang ini," katanya.

Teks Penuh Fatwa DR Yusuf

Terjemahan Fatwa Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi
Mengenai Kes Fitnah (liwat) Anwar Ibrahim

Soalan:

Bolehkah Syaikh jelaskan kedudukan kes fitnah serta pertuduhan keatas sdr Anwar Ibrahim seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak dimana ianya dilakukan tanpa bukti dan saksi. Apakah pandangan syara’ mengenai hal ini?

Jawapan:

Dengan nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang.
Segala pujian untuk Allah, Selawat dan salam untuk Rasul Nya serta keridaan Allah buat orang yang mengikut Sunnah dan bimbingan baginda.

Syariat Islam diturunkan untuk melindungi kepentingan manusia, menjaga agama, nyawa, harta, maruah dan nama baik seseorang. Ini terkandung dalam maqasid Shariah (matlamat syara`) dimana Islam melindungi kepentingan asas manusia iaitu nyawa, akal, harta, keturunan serta nama baik orang ramai.

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam hadis baginda bermaksud:

“Setiap orang Islam haram menceroboh orang Islam yang lain; Haram menceroboh nyawanya, hartanya dan maruahnya”.

Dalam hadis tadi, baginda menegaskan dengan jelas tentang pengharaman perkara2 tersebut itu. Sebaliknya Islam mengajar agar tiap orang melindungi dan menjaga maruah orang lain. Malah jika benarpun seseorang itu telah melakukan kesalahan, Islam menuntut agar ia tidak dihebahkan atau digembar gemburkan tapi dilindungi demi menjaga maruah seseorang itu.

Dalam sebuah kisah, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang yang menasihati Mai’z agar datang menemuinya untuk membuat pengakuan zina dengan katanya:

“Mengapa tidak engkau tutup sahaja perkara ini dengan pakaian kamu. Andai saja engkau sembunyikan perkara itu, tentu ia lebih baik bagi kamu.”


Quran menjelaskan dalam Surah an-Nur 24:19 -

“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya kebejatan di kalangan orang yang beriman, untuk mereka seksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat.”

Oleh kerana itu Islam menetapkan hukuman yang amat berat terhadap orang yang mengaibkan orang lain atau menceroboh maruah dan nama baik orang lain. Islam telah menetapkan tiga jenis hukuman terhadap orang yang melakukan fitnah keatas orang lain iaitu; hukuman fizikal, hukuman moral dan sosial serta hukuman spiritual. Firman Allah dalam surah An-nur 24:4 -

“Orang yang menuduh (wanita) orang Islam lain dgn tuduhan zina tapi tidak mengemukakan empat orang saksi maka sebatlah dia sebanyak 80 kali. Dan janganlah kamu terima persaksiannya buat selama-lamanya. Dan mereka itu orang yang fasiq”

Ulama sepakat mengatakan tuduhan zina kepada lelaki muslim sama hukumannya dengan tuduh zina terhadap wanita muslimah. Ulamak juga sepakat bahawa tuduhan liwat adalah sama dengan zina.

Dalam hal ini lumrahnya tuduhan zina ini ditujukan kepada golongan wanita. Namun jika ada sesiapa yang menuduh oang lelaki yang berbuat demikian maka menurut ijmak ulama ia termasuk dalam lingkungan makna ayat ini.

Hukuman fizikal yang dimaksudkan ialah 80 kali sebat. Manakala hukuman moral dan sosial ialah dengan menolak kesaksiannya buat selama-lamanya. Imam Abu Hanifah menegaskan bahawa walaupun orang berkenaan sudah bertaubat namun hukuman ini tetap berlaku dan berkuat kuasa iaitu ia tidak boleh menjadi saksi selama-lamanya. Adapun hukuman agama pula adalah ia dianggap sebagai orang yang fasiq.

Sebenarnya tidak akan ada orang yang berani berbuat demikian, iaitu menuduh dan memfitnah orang lain dengan tuduhan palsu melainkan orang yang fasiq atau rusak agama.

Sehubungan dengan ini al-Quran menceritakan dengan agak terpeinci sebuah peristiwa yang dikenal sebagai “Hadith al-Ifk” (kisah fitnah). Peristiwa yang berlaku di Madinah ini melibatkan isteri kesayangan Rasulullah s.a.w sendiri, anak Abu Bakar as Siddiq Khalifah pertama dan sahabat paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. Beliau adalah Ummul Mukminin (ibu kaum mukminin) Aisyah r.a.. Aisyah telah dituduh secara jahat oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang kononnya ia telah berzina dengan seorang sahabat yang soleh serta terkenal baik dan tidak pernah bersikap serong serta berbuat jahat.

Cerita palsu ini berkembang dengan cepat dari bibir ke bibir dan menjadi perbualan ramai. Hampir sebulan lamanya perkara ini merebak di Madinah sehinggalah Allah menurunkan ayat-ayat al-Quran membersihkan nama baik Aisyah dari angkara fitnah ini. Ayat tersebut menyelar golongan munafiq yang melakukan kerja jahat tersebut. Ayat ini juga menegur masyarakat umat Islam ketika itu kerana tidak bertindak membendung fitnah yang menular itu di peringkat awal dengan tegas.

Allah berfirman dalam surah al-Nur 24:11 -

“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong (palsu) itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu menganggapnya buruk bahkan sebenarnya ada kebaikan untuk kamu. Setiap orang akan memikul dosa perbuatannya. Manakala orang yang paling besar peranannya dalam hal ini dari kalangan mereka pasti akan mendapat balasan azab yang paling besar pula.”

Yang memikul dosa besar dalan hal ini adalah kepala mereka iaitu Abdullah Bin Ubai Bin Salul, bapa kaum munafiq. Dialah yang mengheboh-hebohkan khabar angin ini. Dialah yang menyebutkan -

“Demi Allah! Aisyah tidak selamat dari rangkulan orang itu dan orang itu pun tidak selamat dari godaan Aisyah.”

Fitnah ini berterusan memamah nama baik Saidatina Aisyah untuk beberapa lama hinggalah Al-Quran menegaskan dalam Surah al-Nur 24:12 -

“Sepatutunya apabila kamu mendengar cerita seperti ini, orang mukmin lelaki dan perempuan perlu menyangka yang baik dan sopan terhadap sesama sendiri lantas mengatakan; ini adalah pembohongan yang nyata.”

Ertinya - sepatutnya kamu menolak fitnah itu sejak awal-awal lagi dengan menekankan tentang dosanya dan perlunya orang berkenaan membawa dan menampilkan 4 orang saksi. Allah menegaskan dalam ayat berikutnya juga di surah an-Nur 24:13 -

“Seandainya mereka tidak menampilkan para saksi maka orang orang itu adalah golongan pendusta.”

Al-Quran mensyaratkan 4 orang saksi dalam kes yang berkaitan dengan maruah dan kehormatan diri. Dan sememangnya Islam bersikap keras dan tegas dalam hal yang melibatkan maruah serta nama baik orang lain. Berbeza dengan kes berkaitan dengan harta maka Islam memada dengan dua orang lelaki sebagai saksi atau seorang lelaki dan dua orang perempuan sebagai saksi.


Dalam kes berkaitan dengan maruah seperti fitnah ini, Islam mensyaratkan mesti dibawa empat orang saksi. Quran menjelaskan “Seandainya mereka tidak menampilkan para saksi maka merekalah golongan pembohong”.

Al Quran menjelaskan lagi dalam ayat berikutnya (an-Nur 24:14) -

“Kalaulah tidak kerana kurnia Allah dan rahmat Nya kepada kamu di dunia dan akhirat nescaya kamu ditimpa azab yang besar akibat perbuatan kamu itu.”

Maksudnya - Kerana rahmat dan kasih sayang Allah kepada kamu maka kamu tidak digegar dan ditelan bumi ataupun di landa dengan bencana taufan dan sebagainya sepertimana yang dialami oleh umat-umat sebelum ini.

Al Quran menegaskan lagi (al Nur 15) -

“Ketika kamu menerima fitnah tersebut dengan lidah kamu dan kamu menyambungnya dengan pertuturan mulut kamu sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu, malah kamu menyangkanya perkara kecil (menyambung cerita fitnah) pada hal di sisi Allah perkara itu adalah suatu yang amat besar.”

Al-Quran memberikan pertunjuk yang cukup indah - Alangkah baiknya ketika mula kamu mendengar fitnah itu, kamu mengatakan ‘tidak wajar kita menghebahkan perkara ini… Maha suci Allah. Ini semata-mata pembohongan yang besar”. Allah menegaskan (an-Nur 24:16-17) -

Allah ingatkan : “Alangkah baiknya ketika kamu mula mendengar khabar angina atau fitnah seperti itu kamu lantas berkata: Tidak wajar kita membicarakan perkara seperti ini; maha suci engkau (Ya Allah) Ini memang pendustaan dan pembohongan yang besar. Allah menasihatkan kamu agar jangan sekali-kali mengulangi perbuatan seperti ini buat selama-lamanya, seandainya kamu benar-benar orang yang beriman.

Dalam ayat berikutnya Allah berfirman (an-Nur 24:18) -

”Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat hukumnya. Allah Maha Mengetahui Maha Bijaksana”.

Kes pertuduhan seperti ini adalah suatu yang serius dan besar dalam ajaran syariat Islam; lebih-lebih lagi terhadap orang Islam. Perbuatan melimparkan pertuduhan palsu seperti ini menurut Islam adalah merupakan dosa besar dan haram hukumnya.

Umat Islam perlu mengelak diri dari mencemarkan maruah dan nama baik orang lain yang tidak bersalah. Kecuali jika benar benar ada bukti dan keterangan yang sah dan nyata dengan membawa saksi-saksi yang cukup seperti yang dikehendaki oleh syara’.

Inilah nasihat saya kepada umat Islam di Malaysia . Mereka perlu takut kepada Allah. Janganlah menuduh, memfitnah secara membuta tuli, merosakkan maruah dan nama baik orang kerana menurut hawa nafsu atau menurut dorongan politik dan golongan tertentu yang suka mendorong orang lain melakukan kejahatan seperti itu dengan menggunakan media massa dan sebagainya.

Kalau tidak, mereka harus ingat bahawa pengawasan Allah terhadap kejahatan seperti itu tidak pernah luntur atau luput. Allah mungkin membiarkan atau memberi tempoh dan penangguhan masa untuk menjatuhkan hukuman Nya; namun Allah tidak pernah lupa atau cuai untuk berbuat demikian bila sampai masanya. Allah berfirman dalam Surah Ibrahim 14:42 -

“Jangan kamu menyangka Allah lalai tentang apa yang dilakukan oleh golongan yang zalim itu”.

Saya menasihatkan anak-anak saya rakyat Malaysia lelaki dan perempuan agar jangan mudah menceroboh maruah orang Islam yang lain. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang memang terkenal baik, dihormati, berakhlak mulia dan luhur, seorang pendakwah yang berbudi pekerti mulia di dunia Islam; seperti sdr. Anwar Ibrahim dan lain-lain.

Amat jelas, bahawa pertuduhan terhadap beliau adalah bermotifkan muslihat politik serta dilakukan oleh orang-orang yang memandang ringan perbuatan mengaibkan orang dengan tuduhan jahat seperti itu. Allah berfirman dalam surah al-An’am 6:144 -

“Siapakah yang lebih zalim dari orang yang melakukan pembohongan terhadap Allah untuk menyesatkan orang ramai tanpa ilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada golongan yang zalim”

Saya berdoa agar Allah mendedahkan hakikat yang sebenarnya. Saya mohon agar Allah menangkan yang hak serta benar dan menumpaskan kebatilan yang batil. Saya berdoa agar Allah menyatakan kebenaran sdr Anwar Ibrahim. Agar Allah bebaskan beliau dari pertuduhan jahat ini. Biarlah Allah dedahkan konspirasi orang-orang yang memburuk-burukkan beliau dan menyibarkan pembohongan dan fitnah di kalangan orang ramai secara tidak bertanggongjawab dan tidak takut melakukan dosa serta penderhakaan yang nyata kepada Allah.

Insyaallah! Ketahuilah bahawa kebenaran tidak akan hilang atau tumpas, justeru Allah pasti akan memenangkan yang hak dan benar, Allah akan menumpaskan kebatilan walaupun golongan petualang tidak suka dan benci. Allah berfirman dalam Surah al-Isra’ 17:81 -

“Dan katakanlah: Telah tiba kebenaran dan telah lenyap kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap”.

Sekian , wassalamu alaikum warahmatullah wabarakatuh..

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran